Analisis Taktikal: JDT Progresif Dan Dinamik Pada Separuh Masa Pertama

JDT menang bergaya 3-0 ke atas pasukan yang terkapai-kapai sepanjang perlawanan, Persija Jakarta. Analisis kami kali ini bertumpu kepada aksi JDT pada separuh masa pertama yang sangat baik.

Pada separuh masa kedua, JDT agak bergelut untuk kekalkan permainan bertenaga mereka.

Permulaan

Asasnya JDT bermain dengan 4-3-3, pivot kembar, Natxo-Afiq. Nanti kami jelaskan apa peranan Safiq Rahim.

Persija pula turun dengan formasi yang lebih defensif. Atas kertas ianya adalah 4-4-2. Dalam perlawanan mereka banyak menggunakan 4-5-1 dan 9 pemain di belakang bola.

4-3-3 Progresif

Jika anda menumpukan kepada peranan Safiq Rahim dalam perlawanan ini, anda akan tahu struktur keseluruhan taktikal JDT.

Safiq kerap ditolak ke garisan sangat tinggi dan tidak ‘melekat’ dengan unit Natxo-Afiq Fazail. Apabila ini berlaku, JDT mewujudkan formasi kedua mereka 4-2-3-1 dengan banyak kali.

Kenapa ini berlaku? Ini untuk membolehkan Luciano Figueroa mendapat sokongan daripada 3 pemain tengah ofensif, Diaz di sayap kiri, Safiq sebagai no.10 dan Hazwan Bakri sebagai sayap kanan.

Lihat ‘heatmap’ Safiq Rahim dalam perlawanan ini. Beliau melakukan 5 hantaran kunci dalam perlawanan ini.

Ini adalah laporan hantaran Safiq Rahim yang sangat dominan di kawasan tinggi.

Peranan Safiq Rahim ini turun mengurangkan beban kerja Diaz dengan memberikan sokongan sama ada bertukar posisi ataupun memberikan sokongan dari belakang.

Natxo Insa pada asanya menjadi pivot kembar kepada Afiq Fazail. Anda lihat heatmap beliau di bawah ini yang jelas menunjukkan dia adalah pivot utama pasukan.

Ini adalah ‘heatmap’ Afiq Fazail dalam perlawanan ini dalam sistem ‘double 6’.

Anda boleh rujuk vieo analisis ini, bagaimana Natxo Insa menjadi pivot dalam perlawanan menentang Kedah tempoh hari.

Serangan JDT

Secara prinsipnya pada separuh masa pertama mereka membuatkan Persija seperti ‘tiada ruang untuk bernafas’. Konsep dia, serang, serang dan serang.

Mereka menguasai separuh masa pertama dengan 69%. Melakukan 10 percubaan gol ke arah lawan. Persija sangat rapuh ketika bertahan. Mereka gagal untuk menyaingi tenaga yang ada pada pemain JDT.

Jika JDT lebih tajam, mudah sahaja JDT selesaikan urusan dengan 4 gol lebih awal. Mereka berjaya memberikan servis secukupnya kepada ‘target man’ mereka.

Isu taktikal JDT

Pada separuh masa kedua mereka gagal kekalkan rentak kerana penggunaan tenaga terlalu banyak pada separuh masa pertama.

Mereka yang hanya berehat 48 jam selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur menyaksikan pemain seperti Luciano Figueroa jelas berhadapan dengan ‘tired leg’.

Pemain seperti Diaz dan Safiq Rahim turut mengurangkan intensiti mereka. Namun kami tak pasti, ada berapa jantung Natxo Insa yang terus berlari dari awal sehingga ke akhir.

Pada fasa ini juga Persija sangat lemah untuk menghukum JDT.

Seterusnya, Ulisses Morais agak ‘gamble’ dengan kecergasan Figueroa yang rasanya sudah nampak keletihan. Mujur tiada kecederaan untuk pemain veteran itu.

JDT juga masih bergelut dengan isu membazir di depan gol. 3-0 bukan rumusan kepada perlawanan ini kerana mereka banyak sekali mencipta peluang.

Kredit Featured Image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN