Analisis Taktikal EPL 2016/17 : Liverpool Neutralkan Ancaman Manchester City

Liverpool 1 vs. Manchester City 0

Dalam analisis taktikal kali ini, kami memilih perlawanan tumpuan Liverpool vs Manchester City.

Permulaan

Liverpool bermula dengan formasi 4-1-4-1. Manakala Manchester City dengan pendekatan 4-2-3-1. City menurunkan Sergio Aguero yang bebas dari penggantungan. Manakala Liverpool bermain dengan sistem tanpa penyerang tulen.

Analisis Taktikal

Liverpool Fast Break Counter Attack

Liverpool memiliki sistem fast break attack yang sangat tajam dalam perlawanan ini. Mereka cepat memanipulasi ruang dan peluang.

Aliran bola dan pergerakan pemain fluid membuatkan Manchester City perlu segera kembali bertahan dalam kawalan zonal.

Sesuatu yang jelas adalah pace/kelajuan Manchester City untuk kembali bertahan (reshape) agak sukar untuk menyaingi kepantasan Liverpool.

Liverpool fokus kepada serangan dari sayap kiri dan juga half-space. Peranan Firmino yang terapung (floating) adalah untuk mencipta sokongan dari zon 14.

Ini adalah heatmap Lallana dan Roberto Firmino dalam perlawanan ini.

Ini adalah laporan peluang yang dicipta oleh Liverpool dan kebanyakannya adalah dari kiri.

Respon Manchester City

Pada separuh masa kedua, Pep Guardiola mengekalkan 4-2-3-1 namun beliau mahukan City meningkatkan lagi intensiti mereka.

Apa yang dilakukan oleh City adalah, mereka menguatkan asakan ke kubu lawan dan juga counter pressing. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, counter-pressing yang lemah punca mereka diserang balas.

Dalam perlawanan ini Liverpool mendapat 1 peluang untuk menghukum City kerana isu counter-pressing namun secara keseluruhannya City berjay mengepung Liverpool di kawasan sendiri.

Liverpool sukar untuk menyerang balas City dengan struktur City yang sangat stabil pada separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama, Liverpool jelas memanipulasi ruang yang diberikan oleh City.

Ini adalah fasa counter pressing dengan 4-2-3-1

Manakala ini adalah counterpressing dalam platform 3-3-4.

Sistem attacking 4 City jelas memberikan tekanan yang sangat baik. Namun mereka tetap gagal mendapatkan gol kerana kerap dineutralkan oleh Liverpool di kawasan tengah.

Kualiti pertahanan Liverpool berjaya melakukan 29 clearances daripada 29 cubaan. Ia adalah kadar 100%. Ini jelas menunjukkan Manchester City kurang kompeten dari segi duel.

Aguero Diasingkan (Isolated)

Idea Pep Guardiola adalah cuba mengaktifkan third man running system menerusi Raheem Sterling. Ketika Sterling melakukan larian tanpa bola dan menerima hantaran kunci, Aguero dan De Bruyne akan menyerang kawasan penjaga gol Liverpool.

Ia lebih kepada idea untuk melakukan cut back. Namun apa yang berlaku adalah Aguero gagal berhubung (connected) dengan Sterling.

Ia adalah fasa penting kerana pendekatan ini akan membolehkan pemain di sekitar Aguero dicipta ruang secara taktikal. Lihat corak hantaran ini. Anda akan melihat ia berat ke arah Sterling.

Ini adalah penjelasan ringkas bagaimana idea ini cuba dilaksanakan.

Lihat contoh di bawah ini. Sterling berjaya mengheret pertahanan Liverpool ke byline namun titik focal gagal dihubung.

Isu Pertahanan City

Sekali lagi pertahanan City menjadi tumpuan. Gol Wijnaldum adalah lebih kepada asas pertahanan. Kami pernah menggariskan peraturan nombor jersi.

Di mana, pertahanan harus mengelakkan nombor jersi mereka dilihat oleh pemain serangan lawan. Jika ia berlaku, bermakna pemain lawan ada manipulasi yang kuat ke atas mereka dari belakang, pada visi yang mereka tidak sedari.

Itulah penting shoulder check ketika bertahan. Dalam kes ini, anda boleh melihat Kolarov tidak dan 2 lagi rakan beliau tidak sedar langsung akan potensi ancaman dari belakang mereka.

Penilaian

Ia adalah kekalahan yang agak sukar diterima oleh City. Mereka tidak memiliki connection yang tajam di bahagian serangan. Kebanyakan cubaan mereka adalah dari usaha individu.

Mereka seperti hanya mencipta peluang secara gerakan taktikal namun produk akhir yang lemah. Perubahan taktikal Pep gagal menambahkan sengat di bahagian serangan. Kemasukan Ihenacho terlalu lewat.

Jurgen Klopp menumpukan aspek menyerap serangan dan cuba melakukan serangan balas. Mereka sangat bagus dalam gerakan yang fluid namun intensiti City menyukarkan Liverpool untuk sampai lebih kerap di kawasan gol.

Kedua-dua pasukan berjaya mengurangkan impak serangan di kawasan gol apabila hanya 1 cubaan tepat oleh Liverpool dan 2 oleh City sepanjang perlawanan ini.

Di atas, saya nyatakan kejayaan Liverpool melakukan 29/29 clearances. City turut melakukan 100% clearances dengan 30/30. Ia antara sebab perlawanan ini sangat sukar untuk pemain penyerang.

Pemain Terbaik

Adam Lallana (Liverpool)

Ia adalah isu ketepatan hantaran yang membawa kepada gol penting.

Statistik

Baca juga : A-Z, Reviu Bola Sepak 2016 Dari SemuanyaBOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN