Jika anda menyaksikan aksi UCL di antara Chelsea dan Atletico Madrid pada awal pagi tadi, anda akan dapati aksi separuh masa kedua Chelsea sangat dinamik dan agak rugi mereka gagal menang dalam perlawanan tersebut.
Keputusan berakhir dengan seri 1-1. Chelsea mara ke kalah mati dan Atletico pula tersingkir ke pusingan kalah mati Liga Europa.
3-5-2 vs 4-4-2
Antonio Conte sekali lagi menggunakan sistem 3-5-2 menggandingkan Morata dan Eden Hazard di barisan serangan paling atas.
Bakayoko, Kante dan Fabregas sebagai unit tengah. Chelsea kali ini meletakkan Zappacosta di bek sayap kiri dan Moses di bek sayap kanan.
Untuk Atletico Madrid pula, mereka menggandingkan Fernando Torres dan Griezman sebagai penyerang kembar di atas.
Kelemahan Chelsea
Kelemahan utama Chelsea adalah di bahagian sebelah kiri mereka. Zappacosta dan Bakayoko agak gugup dalam perlawanan ini. Bakayoko sangat lemah untuk berkawal (holding) dan terlalu mudah ditewaskan oleh pemain lawan.
Ini adalah laporan hantaran Chelsea dalam perlawanan ini. Jelas sekali terputus hubungan dengan Bakayoko. Zappacosta boleh dikatakan muncul dalam beberapa siri serangan dan sikap oportunistik beliau untuk melakukan beberapa percubaan jarak jauh.
Ini adalah laporan untuk hantaran Atletico yang memperlihatkan Atletico sangat kuat di bahagian sayap dengan Filipe Luis dalam prestasi terbaik beliau.
Atletico sentiasa nampak bahaya setiap kali akses ke kawasan pertahan Chelsea (defensive third) yang bertahan dengan 5-3-2. Di bawah ini saya jelaskan bagaimana Atletico memecahkan rantaian pertahanan Chelsea.
Saul sangat interaktif dengan semua pemain di sekitar beliau. Namun Atletico agak kurang mendapat yang terbaik daripada Gabi. Partey aktif menerima bola dan mencipta peluang.
Ini pula taburan hantaran daripada belakang oleh 2 bek tengah Atletico ke kawasan serangan.
Linking up di antara Torres dan Griezmann agak baik. Torres banyak memberikan masalah kepada Celsea dengan kemampuan beliau menghantar bola segera. Gol pertama Atletico adalah hasil tandukan ‘flick’ beliau ke satu ruang yang kosong.
Chelsea lebih dinamik separuh masa kedua
Chelsea memperbaiki segala aspek permaian mereka. Kawalan bola lebih tajam, gerakan lebih jitu dan kemampuan untuk memecahkan pertahanan lawan yang lebih baik.
Apa yang berlaku, Atletico Madrid terlalu toleran dengan ancaman mereka dan tidak agresif mematikan ancaman. Dengan corak pertahanan mereka yang lebih kepada bergerak untuk turun terlalu ke bawah, banyak kali Chelsea diberikan ruang di belakang garisan pertahanan akhir.
Beberapa siri ‘cutback’ dilakukan Chelsea. Tetapi malangnya ianya gagal disempurnakan. Dari awal, lagi Atletico bermasalah dengan taktikal Chelsea yang membawa bola sehingga ke byline dan melakukan cutback passes.
Alvaro Morata ternyata pemain yang sangat kompeten secara fizikal, boleh menggelecek dan juga mencipta peluang. Gandingan beliau dan Hazard memang masalah utama Atletico. Mereka berdua boleh berjuang secara duo sahaja untuk memecahkan kubu pertahanan lawan.
Kemasukan Pedro membuatkan Chelsea bermain 3-4-3 dan ia berjaya mengekalkan cengkaman mereka di dalam perlawanan ini.
Chelsea bermain sangat dinamik kerana mereka mahu menjadi juara kumpulan. Namun sayangnya, penyudah mereka agak menghampakan. Kredit juga kepada Oblak yang melakukan beberapa penyelamatan luar biasa.
Rumusan
Perlawanan ini adalah perlawanan yang lebih dikuasai Chelsea. Namun Atletico Madrid tetap memiliki kualiti yang sangat baik ketika memiliki bola.
Ianya memang pertarungan taktikal yang menarik. Cuma masalah Atletico adalah terlalu ke bawah ketika bertahan yang membuatkan ruang di belakang garisan pertahanan akhir mereka dimanipulasi Chelsea.
Ini kerana Chelsea memiliki ramai pembawa bola (ball carrier) yang sangat tinggi teknikal mereka untuk membawa bola sehingga ke byline. Cara ini berkesan untuk Chelsea memecahkan 2 banks of four Atletico Madrid.