Brendan Gan Tersenarai Skuad Perak TBG Hadapi Liga Malaysia 2018

Perak TBG

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebentar tadi, Presiden PAFA, Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan telah mengumumkan senarai skuad Perak TBG FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2018 dalam satu sidang media.

Majoriti pemain yang membarisi skuad Perak TBG FC pada musim 2017 dikekalkan untuk saingan Liga Malaysia 2018.

Pemain-pemain yang dikekalkan ialah:

Hafizul Hakim (PG), Khairul Amri Salehuddin (PG), Nasrullah Abdul Aziz (GK), Shahrul Mohd Saad, Muhamad Syazwan Zaipol Bahari, Muhammad Rafiq Faeez Fuad, Amirul Azhan Aznan, Mohamad Idris Ahmad, Nazirul Naim Che Hashim, Mohamad Nasir Basharudin, Muhamad Rizal Che Aziz, Kenny Pallraj A/L Davaragi, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Mohd Hafiz Kamal, Mohd Nizad Ayub, Mohd Nazrin Mohd Nawi, dan Khairul Asyraf Sahizah.

Perak TGB turut mengesahkan akan mengekalkan Gilmar Jose Da Silva Filbo dan Leandro Dos Santos Oliveira selepas mengambil kira prestasi cemerlang kedua-dua pemain pada separuh musim kedua yang lalu.

Presiden PAFA turut menjelaskan 3 lagi kuota import akan diisi selepas ketua jurulatih mendapat calon yang sesuai dengan keperluan semasa pasukan.

Selain daripada nama-nama pemain yang dikekalkan, Perak TBG turut mengesahkan pemain sayap, Zaquan Adha dan kapten pasukan Shahrom Kalam akan mengambil haluan masing-masing pada musim hadapan.

Zaquan Adha telah diumumkan sebagai pemain Kuala Lumpur dalam satu sidang media oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) semalam.

Perak vs Kelantan ,Perak player,Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak (8),(Left),and,Kelantan player,Mohamad Qayyum Marjoni Sabil (7),(Right),during Super League match at Stadium Ipoh Perak on,1 March 2017,Photo by Zulfachri Zulkifli /

KLFA turut mengesahkan mereka sedang berada di peringkat akhir proses rundingan untuk membawa masuk Shahrom Kalam untuk saingan pada musim hadapan.

Pengumuman senarai pemain oleh Perak TBG sebentar tadi turut mendapat perhatian ramai pemerhati bola sepak tempatan, apabila pemain berdarah kacukan, Brendan Gan turut tersenarai antara pemain untuk menghadapi saingan pada musim hadapan.

Brendan Gan tidak beraksi sepanjang musim lalu akibat kecederaan ACL yang dialaminya ketika mewakili skuad kebangsaan dalam satu perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada September tahun lalu.

Pasukan terakhir yang diwakili oleh Brendan Gan ialah pasukan Kelantan dan beraksi mewakili pasukan pantai timur itu selama 3 musim sejak 2014.

Nama pemain baru yang lain yang turut tersenarai menganggotai skuad Perak TBG pada musim hadapan ialah pemain tengah menyerang T-Team FC musim lalu, Norhakim Hassan dan pemain kelahiran Sabah yang beraksi bersama Pulau Pinang pada musim lalu, Rafiuddin Roddin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN