Brazil menang 2-0 ke atas Costa Rica. 2 gol dijaringkan pada masa kecederaan.
Analisis
Perlawanan ini memang sudah dijangka akan menjadi pasukan ofensif berhadapan dengan pasukan yang ultra defensif.
Brazil bergelut untuk memecahkan pertahanan Costa Rica pada separuh masa pertama. Hanya ada 10 minit sahaja mereka pada separuh masa pertama nampak fluid dan tajam iaitu minit ke-20 sehingga minit ke-30.
Sistem Costa Rica
Asas formasi mereka adalah 5-4-1. Dan anda sudah boleh bayangkan sistem mereka adalah defensif.
Mereka sangat rigid dan sentiasa meletakkan 8-9 pemain di belakang bola ketika pasukan lawan memiliki penguasaan.
Mereka menggunakan sweeper di belakang 2 bek tengah kiri dan bek tengah kanan. Mereka hanya meletakkan seorang pemain di atas untuk memenangi bola tinggi dan meneruskan serangan secara langsung (direct).
Ataupun…
Memenangi bola di udara dan melakukan ‘lay off’ pemain yang menjana gerakan untuk membantu penyerang dalam fasa serangan balas. Hantaran pertama (1) kepada penyerang dan penyerang akan menyebarkan (spread) bola ke pemain sokongan.
Namun Costa Rica tidak cukup tajam dalam pelan taktikal ini kerana kekurangan pemain yang benar-benar laju dan berteknikal di zon serangan.
Pelan serangan Brazil
Brazil menggunakan pendekatan yang sama dengan perlawanan pertama. Cuma aksi mereka lebih baik pada separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama mereka masih terbawa-bawa gaya permainan mereka sebelum ini.
Kesabaran mereka untuk terus mencipta peluang walaupun banyak kali untuk harus dipuji. Ini adalah rantaian hantaran mereka yang sangat kuat terutama sekali di sebelah kiri dengan sokongan Coutinho kepada Neymar dan Marcelo.
Mereka mendapat gol pertama setelah berterusan melakukan penetrasi ke dalam kotak penalti lawan, dalam keadaan yang agak cepat, peluang itu hadir dan Coutinho menyudahkan gol tersebut. Begitu juga dengan gol Neymar yang dihasilkan daripada dinamik oleh pasukan Brazil.
Brazil kali ini sangat fokus dan lebih keinginan untuk menang berbanding dengan perlawanan sebelum ini. 2 gol pada masa kecederaan adalah bukti jelas mereka terus fokus sehingga ke saat akhir.
Dengan Costa Rica yang terus bertahan sepanjang perlawanan, Brazil menolak lebih ramai pemain ke zon serangan terutama sekali Paulinho.
Willian ada isu dengan gerakan dan posisi beliau. Willian berada terlalu jauh di bahagian sayap dan menyukarkan Brazil membentuk gerakan di half-space.
Itulah sebab beliau dikeluarkan kerana bermain terlalu jauh ke ‘wide area’ sedangkan Tite mahukan ada pemain yang berada di half space dan zon 14.
Ini heatmap Willian
Bandingkan dengan Neymar
dan Douglas Costa
Amat jelas, Willian terlalu sedikit akviti di half space dan zon 14.
Gambar di bawah ini adalah gambaran bagaimana Willian kerap memilih untuk terus ‘stay wide’.
Neymar terus masuk ke dalam dan membolehkan Marcelo menggunakan ruang di sayap segera. Manakala di kanan Willian telah menghalang Fagner untuk lebih progresif. Paulinho ditolak ke garisan yang sama dengan Coutinho
Kesannya, serangan bertiga tidak membentuk rantaian. Willian-Jesus-Neymar sepatutnya ada rantaian yang kuat di serangan untuk memecahkan tembok pertahanan lawan. Ini pula contoh animasi gerakan Costa dan Fagner yang cepat melakukan transisi.
Statistik
Rumusan
Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan yang lebih berkeinginan untuk menang. Costa Rica dilihat sukar untuk menang kerana mereka turun terlalu ke bawah. Ia akan memakan stamina dan tenaga yang sangat banyak untuk menyerang balas.
Kemasukan Firmino boleh dikatakan memberikan impak di zon serangan. Relevannya, mereka menolak Paulinho ke atas untuk membantu menambahkan unit pemain serangan. Jadi lebih baik mereka melabur untuk pemain yang terus berada di dalam kotak penalti.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Coutinho (Brazil)