Analisis Taktikal: Bayern Munich 3-2 Barcelona

Barcelona melangkah ke final Champions League dengan agregat 5-3 biarpun tewas 3-2 di Allianz Arena awal pagi tadi. 2 gol di tempat lawan jaringan Neymar, termasuk 3 gol semasa separuh akhir pertama di Nou Camp – ternyata terlalu sukar untuk Bayern Munich atasi.

Kesebelasan utama

Pep Guardiola mengekalkan semua kesebelasan utamanya yang tewas 0-3 di Nou Camp pada minggu lepas tetapi menukar taktikal Bayern. Selepas mencuba dengan formasi 3-4-1-2 dan 4-3-1-2, kali ini Guardiola mencuba dengan formasi ‘lopsided 4-4-2/4-3-3’ pula.

Bayern Munich vs Barcelona - Football tactics and formations

 
Luis Enrique juga tidak menampilkan sebarang kejutan. Walaupun Neymar, Dani Alves dan Gerard Pique berisiko digantung pada perlawanan akhir jika mengutip satu lagi kad kuning, beliau mengekalkan semua kesebelasan utamanya dalam formasi 4-3-3.

Formasi lopsided 4-4-2/4-3-3 Bayern Munich

bayernbarca8-compressed

Pemain yang sama, taktikal yang berbeza. Tiada jurulatih bola sepak yang boleh melakukannya selain Pep Guardiola. Jika di Nou Camp Pep menukar formasi 3-4-1-2 kepada 4-3-1-2 dengan 11 pemain sama, kali ini beliau menggunakan 11 pemain sama dalam formasi lopsided 4-4-2/4-3-3 pula.

Apa yang menarik adalah posisi Philip Lahm dan Thiago. Di Nou Camp, Lahm bermain sebagai pemain tengah dan Thiago sebagai pemain sayap (Thiago kembali bermain di tengah selepas taktikal Bayern berubah ke 4-3-1-2).

Tetapi di Allianz Arena, Lahm pula bermain sebagai pemain sayap dan Thiago di tengah. Ini menunjukkan Pep ada belajar sesuatu daripada kekalahan di Nou Camp.

Cubaan Bayern menghentikan Neymar dan Messi

Dengan adanya Lahm dan Rafinha di sayap kanan, jelas Pep mahu mengeksploit work rate Neymar. Semua orang tahu Neymar bukanlah pemain sayap yang terkenal dengan kerajinannya membantu bek kiri.

Secara teorinya dengan larian Rafinha, Lahm dan Rafinha dapat mencipta situasi 2v1 di kawasan Alba. Tetapi kredit kepada Neymar. Beliau tetap turun membantu Alba ketika Rafinha dan Lahm menyerang.

Neymar melakukan 1 bentesan (tackle), 1 pintasan hantaran (interception) dan 1 clearance. Semuanya di kawasan Alba beroperasi.

bayernbarca1-compressed

Di sebelah kanan Barcelona, Guardiola tidak meletakkan pemain sayap kiri. Sebaliknya Guardiola meletakkan Bastian Schweinsteiger di tengah kiri – dengan Juan Bernat sebagai satu-satunya pemain yang mengekalkan keluasan (width) di kiri.

Berbeza dengan Rafinha yang bermain sebagai full back, Bernat lebih bermain sebagai wing back – kerap naik ke ke kawasan final third Barcelona untuk menyerang.

bayernbarca2-compressed

Keputusan Pep tidak meletakkan pemain sayap kiri ada kena-mengenanya dengan cara Lionel Messi beroperasi. Di sayap kanan, Messi bukanlah pemain sayap mahupun inside forward seperti Cristiano Ronaldo di sayap kiri Real Madrid.

Sebaliknya Messi adalah pemain tengah ke-4 Barcelona. Beliau berfungsi sebagai perancang (playmaker) yang beroperasi di kawasan tengah kanan.

Dengan kehadiran Bernat, Schweinsteiger dan Xabi Alonso (sebagai defensive midfielder), Pep mengharapkan ketiga-tiga pemainnya mampu menghentikan Messi. Dan Pep sebenarnya berjaya.

Jumlah gelecekan Messi yang melepasi pemain Bayern berkurangan secara drastik dalam perlawanan kedua ini. Di Nou Camp, Messi berjaya melakukan 9 gelecekan melepasi pemain Bayern – termasuk satu di kotak penalti Bayern yang menumbangkan Jerome Boateng.

bayernbarca3-compressed

Tetapi di Allianz Arena, Messi hanya berjaya melakukan 2 gelecekan melepasi pemain Bayern.

bayernbarca4-compressed

bayernbarca5-compressed

Bayern membuat kesilapan sama

Satu cara untuk menghentikan serangan pihak lawan apabila pasukan anda melakukan high line defending adalah dengan melakukan perangkap ofsaid. Dua pertahanan tengah perlu kerap berkomunikasi untuk memastikan mereka sentiasa berada di garisan yang sama ketika perangkap ofsaid dipasang.

Tetapi ini tidak berlaku kepada pasangan Benatia dan Boateng semalam.

Amaran pertama Barcelona muncul ketika larian dalam (deep run) Ivan Rakitic dari zon midfield memecah perangkap ofsaid Bayern. Puncanya? Benatia yang agak belakang sedikit daripada Boateng. Percubaan Rakitic kemudiannya diselamatkan Manuel Neuer.

bayernbarca6

Menentang trio MSN yang gemarkan ruang besar di belakang pertahanan lawan, Bayern melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga menghadiahkan 2 gol kepada Barcelona. Gol penyamaan Barcelona datang hasil perangkap ofsaid yang buruk oleh Bayern (dalangnya adalah Alonso)

bayernbarca7

Gol ke-2 Barcelona juga hadir hasil kesilapan yang sama. Berhajat untuk merebut bola di udara dengan Messi, Benatia mara ke hadapan dan membiarkan Suarez di lautan ruang yang luas.

Apa yang merisaukan peminat Bayern adalah, sudah berkali-kali mereka ditewaskan pasukan kerana masalah ini. Terlalu banyak ruang di belakang pertahanan digabung dengan kesilapan pertahanan adalah resepi kekalahan Bayern kepada Wolfsburg, Augsburg, Porto dan Borussia Monchengladbach.

Baca: Analisis Taktikal: Barcelona 3-0 Bayern Munich

Kecekapan ter Stegen

Disebalik pertarungan taktikal antara Guardiola dan Enrique, mereka masih memerlukan pemain hebat untuk menang. Dalam kes ini, Enrique perlu memberi pujian khas kepada aksi separuh masa pertama Marc-Andre ter Stegen.

Bayern mempunyai 8 percubaan tepat ke arah gol daripada 19 percubaan. 8 aksi menyelamat yang beliau lakukan – 5 daripadanya di sudut yang sukar – pada separuh masa pertama ternyata mengendurkan nafsu kebangkitan Bayern.

Screen-Shot-2015-05-12-at-18.21.42

Sukar untuk kami percaya beliau berjaya menyelamatkan tandukan Thomas Mueller yang menuju ke sudut atas kanan gol.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, Pep menukar taktikal Bayern. Kali ini, Bayern bermain dalam formasi lopsided 4-1-4-1 pula. Lahm kembali bermain di tengah dan Robert Lewandowski beroperasi secara berseorangan di bahagian serangan.

Pertambahan seorang pemain tengah (iaitu Lahm, kemudian Sebastian Rode) bermakna Bayern mempunyai 4 pemain tengah. Ini bermakna Juan Bernat boleh naik menyerang tanpa perlu risau serangan balas di kawasan kiri Bayern.

bayernbarca9-compressed

Jika pada separuh masa pertama Bernat bermain sebagai wing back, pada separuh masa kedua beliau lebih bermain sebagai pemain sayap pula.

Luis Enrique juga tidak ketinggalan untuk membuat pertukaran. Pedro masuk menggantikan Luis Suarez dan ini bermakna Messi kembali bermain di tengah sebagai false nine.

bayernbarca10

Bayern menyerang melalui kedua-dua sayap

Pertukaran taktikal Bayern kepada 4-1-4-1 membolehkan Bayern menggerakkan bola dari sayap kanan ke kiri (dan sebaliknya) dengan mudah. Tempo hantaran mereka bertambah laju.

Dengan Messi di tengah sebagai false nine, Barcelona tidak lagi mengancam dalam serangan kerana dengan 4 pemain Bayern di tengah. Fungsi beliau terhad kepada hantaran-hantaran pendek. Barcelona tidak mempunyai penetrasi dalam serangan.

Dengan 4 pemain tengah, Bayern mendominasi zon tengah dengan mencipta situasi 4v3. Gol penyamaan Bayern terhasil kerana dominasi tengah Bayern dan tempo hantaran mereka yang laju. Alonso menyekat hantaran Barcelona dan terus menghantar ke Schweinsteiger. Satu hantaran kemudian, Lewandowski sudah pun menjaringkan gol.

Dalam gol ke-3 Bayern, perhatikan pula orientasi hantaran Bayern yang fokus kepada kawasan sayap dan tempo hantaran mereka yang laju. Gol ini tidak akan terhasil jika tidak kerana perubahan taktikal Bayern yang dilakukan Guardiola pada separuh masa kedua.

Kesimpulan

Meskipun tersingkir Bayern masih mempunyai sebab tersendiri untuk berasa bangga dengan persembahan yang mereka tampilkan pada perlawanan awal pagi tadi. Guardiola mencuba sedaya upaya untuk menumbangkan gergasi yang beliau cipta sendiri, tetapi terpaksa akur.

Bagi Barcelona, persembahan separuh masa kedua mereka adalah cerita lain. Ia membuktikan betapa pentingnya Luis Suarez kepada mereka dan mengapa Messi perlu terus bermain di kanan.

Baca juga: Cara Unik Barcelona Raikan Kejayaan Mereka Ke Pusingan Akhir Liga Juara-Juara

Sumber: UEFA.com, Statszone Four Four Two

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN