Analisis Taktikal: Bagaimana Blok Tekanan 2-1-2 Chile Beroperasi

Dalam bola sepak, memberikan tekanan (pressing) kepada pihak lawan adalah perkara yang mustahak.

Sekali lagi saya ajak anda untuk fahami dengan ringkas maksud ‘pressing’ ataupun tekanan.

Pressing adalah perihal meneka pihak lawan secara unit ataupun berpasukan. Manakala pressuring adalah perihal menekan pihak lawan secara individu.

Sistem Blok 2-1-2 Juan Antonio Pizzi

Dalam Piala Konfederasi 2017 ini, saya agak tertarik dengan sitem binaan pasukan Chile di bahagian tengah.

Dalam perlawanan menentang Australia mereka agak terdedah dengan ancaman di blok rendah kerana isu ruang.

Ianya satu bentuk seperti jam pasir di mana konsepnya, 4 pemain akan membentuk blok tekanan sisi empat. Manakala seorang lagi akan menjadi pemain yang aktif memberikan tekanan di dalam blok 2-1-2 tersebut.

Ia adalah binaan asas di dalam rutin latihan yang kita panggil rondo di mana, akan ada pemain di tengah yang akan cuba memenangi bola.

Menariknya, inovasi struktur rondo ini dijadikan idea untuk membentuk satu platform blok tekanan kepada pasukan lawan.

Chile pada asasnya bermain dalam sitem 4-3-3. Bagaimana mereka membentuk blok 2-1-2 ini?

Ini adalah fasa di mana 2 pemain sayap akan masuk ke dalam kawasan lebih ke dalam (half-space). Anda akan mula melihat binaan blok ini wujud.

Idea ini sebenarnya untuk mendesak pasukan lawan untuk pergi ke bahagian sisi dengan segera. Untuk pasukan yang gemarkan penguasaan bola seperti Jerman, mereka sangat memerlukan laluan di tengah terutama sekali di zon 14.

Jadi Chile telah mengecilkan ruang di tengah dan pada masa yang sama mengenakan tekanan segera di blok tinggi.

Ini yang berlaku kepada Jerman ketika Chile mengenakan tekanan dengan blok 2-1-2.

Prinsip asas pertahanan adalah kompak di bahagian pertahanan. Namun sistem ini telah mencetuskan inovasi untuk mewujudkan kepadatan di tengah dari blok rendah sehingga ke blok serangan.

Ini adalah gambaran prinsip asas pertahanan dalam sistem bola sepak yang biasa.

Sistem ini memang agak bertekanan tinggi (high pressing). Ia perlu dirancang sebaiknya oleh jurulatih dalam membentuk pasukan yang bermain sistem ini.

Aksi 2 pemain pertahanan sisi perlu dinamik untuk menyokong bahagian lebar (width pasukan) ketika fasa transisi kepada serangan.

Lihat kedudukan pemain-pemain Chile dalam fasa transisi dari bertahan kepada menyerang dengan 2 pemain bek sisi mereka di tolak ke garisan paling tinggi. Blok 2-1-2 ini digerakkan.

g sis

Rumusan

Dalam perlawanan menentang Australia, pasukan Chile bergelut untuk mengekang Australia. Sistem blok tekanan padat ini membuatkan Australia diberikan ruang besar di sisi.

Pasukan seperti Australia menggemari bahagian sisi padang kerana mereka mahu mengaktifkan lebih banyak permainan bola lintang.

Jadi, secara asasnya, taktikal ini perlu digunakan pada lawan yang sesuai untuk sesebuah pasukan lawan beroperasi aktif di bahagian tengah.

Ia harus dirancang sebaik-baiknya. Para pemain diberikan kefahaman yang jelas tentang peranan mereka ketika bertahan, menyerang, hilang bola dan perubahan formasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN