Manchester United Hampir Pasti Miliki Matic Dengan Harga £40 juta

Jose Mourinho dijangka akan bergabung semula degan Nemanja Matic dalam masa terdekat ini. Manchester United dilaporkan sudah menghantar bidaan £40 juta untuk pemain tengah pertahanan Chelsea tersebut.

Beberapa sumber termasuk Goal dan The Guardian memberitahu pemain Serbia itu akan ke Old Trafford dalam masa terdekat untuk pemeriksaan kesihatan.

Matic juga dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan. Dijangka Matic akan menerima gaji £155,000 seminggu.

Mourinho mahukan Matic untuk membolehkan Paul Pogba lebih bebas bermain sebagai pemain tengah kotak ke kotak.

Sebelum ini, Matic pernah dibeli semula oleh Jose Mourinho dengan nilai £21 juta dari Benfica. Ianya selepas Chelsea sebelum itu melepaskan pemain berbakat itu ke kelab Portugal tersebut.

Hasilnya, Matic membantu Jose Mourinho menjuarai EPL sekali sekali lagi dalam kepulangan semula beliau ke Chelsea. Mourinho menganggap Matic sebagai pemain penting dalam sistem beliau.

Kali ini, usaha mendapatkan Matic dilihat sebagai langkah menggantikan Michael Carrick dan ‘upgrade’ kepada Fellaini di bahagian tengah.

Pemain ini mampu bertahan, menyerang, menghantar bola dengan berkesan dan seorang yang berdisiplin di dalam padang.

Dalam perkembangan yang lain, Antonio Conte kini sedang memburu Bakayoko dari Monaco dan akan cuba mengekalkan Fabregas di dalam skuad beliau.

Conte dikatakan masih ada £250 juta untuk dibelanjakan dalam jendela perpindahan kali ini. Selain Bakayoko, beliau juga giat cuba mendapatkan Alex Sandro serta dikaitkan dengan kemungkinan akan membawa pulang Romelu Lukaku.

Sumber/rujukan:

The Guardian – https://www.theguardian.com/football/2017/jun/26/manchester-united-nemanja-matic-chelsea-transfer-jose-mourinho

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN