Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Analisis Taktikal: AS Roma 1-7 Bayern Munich

Secara kasarnya, jurulatih Bayern Pep Guardiola bermula dengan formasi 3-5-2. Jurulatih AS Roma, Rudi Garcia pula bermula dengan formasi biasa Roma pada musim ini , 4-3-3 dengan Totti bermain sebagai trequarista (penyerang tengah yang lebih bertindak sebagai playmaker untuk pemain sayapnya).
 

Bayern Munich vs AS Roma - Football tactics and formations

 
Berdasarkan percaturan taktikal Guardiola, jelas matlamat utamanya adalah untuk menutup ruang Totti untuk mencipta peluang kepada pemain-pemain sayapnya, Gervinho dan Iturbe. Lahm dan Alonso ditugaskan bergilir-gilir untuk mengekang Totti sekiranya Roma memegang bola.
 

Kawal pengaruh Totti. Check ✓

 

Taktik Guardiola sangat berkesan pada separuh masa pertama. Posisi Robben dan Bernat menyebabkan Roma terpaksa berkampung di kubu mereka sendiri buat masa yang lama. Setiap kali penjaga gol Roma berjaya mendapat bola, beliau tak dapat memulakan serangan dari bawah kerana keempat-empat pertahanannya mempunyai seorang marker. Apabila sepakan gol dilakukan, tiga pertahanan Bayern mudah merampas bola di udara kerana mereka merebut bola dengan Gervinho, Iturbe dan Totti – bukannya dengan Andy Carroll, Peter Crouch dan Olivier Giroud.

 

Posession bola. Check ✓

 
Di bahagian tengah, Roma mempunyai kelebihan 4v3 dengan kehadiran Totti, Pjanic, Nainggolan dan De Rossi. Tetapi Bayern rela membiarkan De Rossi bebas kerana De Rossi bukanlah output kreativiti Roma. Lagipun, Mueller dan Lewandowski bergilir-gilir untuk mengasak De Rossi supaya Bayern cepat-cepat dapat merampas bola kembali.
 

Conquer bahagian midfield. Check ✓

 
Ketika menyerang, Bayern suka menyesakkan satu bahagian sayap sebelum memindahkan bola ke sayap lain dengan cepat. Contoh terbaik dapat dilihat pada gol keempat Bayern yang dijaringkan oleh Robben. Perhatikan pergerakan Robben yang kekal di bahagian sayap kanan ketika Bayern sibuk menyerang bahagian kiri. Pada separuh masa pertama sahaja, sudah beberapa kali Ashley Cole dirogol Robben melalui taktik ini
 

Penetrate bahagian pertahanan. Check ✓

 


Pada separuh masa kedua, Roma membuat perubahan. Rudi Garcia menggantikan Ashley Cole yang teruk dinodai oleh Robben dan memasukkan Jose Holebas dan Alessandro Florenzi. Secara kasar Roma bermain 4-2-4. Bayern pula beralih kepada formasi 4-3-3 biasa.
 

Bayern Munich vs AS Roma - Football tactics and formations

 
Roma berjaya mendapat gol saguhati akibat kesilapan posisi Rafinha yang entah kenapa sudah jauh di hadapan sayap kanan sedangkan bola masih berada di kubu Bayern. Tunggu la bola masuk Roma’s half kalau ye pun nak naik.
 
Tetapi Bayern masih mampu menghasilkan dua gol selepas itu hasil kelincahan dan kelajuan Xherdan Shaqiri dan Franck Ribery yang bermain ketika semua pertahanan Roma dah letih dan dah fikir nak balik je masa itu.