Analisis Taktikal: 4-4-2 Pahang Efektif, Kelantan Kurang Kreativiti Dan Rapuh

Kelantan masih gagal menyelesaikan isu taktikal utama pasukan mereka. Segalanya jelas dalam 3 perlawanan pertama Liga Super 2018, pasukan Kelantan masih tercari-cari.

Permulaan

Pahang menurunkan pemain baru mereka Forkey Doe dalam sistem 4-4-2. Sumareh dan Vathanaka di bahagian sayap. Sathit Bensoh mencuba formasi 4-2-3-1 di dalam perlawanan ini.

Kelantan bermasalah bola tinggi

Sepanjang perlawanan ini mereka bermasalah untuk bola tinggi, sama ada untuk menyerang ataupun ketika mereka bertahan.

Ancaman bola tinggi mereka terlalu mudah dipatahkan oleh Pahang. Seterusnya ketika bertahan, mereka tidak kompeten secara aerial duel. Membuatkan banyak sekali hantaran Pahang gagal dikeluarkan dengan kemas.

Hampir setiap hantaran lintang daripada pasukan Pahang adalah ancaman besar kepada mereka.

Improvisasi serangan Pahang

Dalam perlawanan ini, harus diakui Forkey Doe memperbaiki sistem serangan Pahang. Beliau berjaya melakukan linking up yang baik.

Ini yang membuatkan pemain di sekitar beliau bermain lebih baik. Ini yang Pahang hilang musim ini. Musim lalu mereka ada pakar linking up Mathheus Alves.

Seterusnya adalah, mereka mendapatkan hasil lebih baik daripada pemain seperti Chan Vathanaka dan juga Azam Azih.

Sebelum ini aktiviti bola mereka terlalu bertumpu kepada Sumareh, kali ini Pahang lebih animasi di dalam serangan mereka.

Secara asasnya, pertahanan Kelantan agak tidak ada rantaian yang jelas. Mereka memberikan ruang terlalu besar kepada Sumareh dan Vathanaka di bahagian sayap.

Anda saksikan di sini bagaimana Davies memanipulasi ruang yang diberikan oleh pertahanan Kelantan.

davies' minded from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Dalam bertahan sesebuah pasukan harus kompak. Ia tidak boleh dilakukan hanya dengan bek berempat. Jose Mourinho pernah berkata, bertahan itu haruslah melibatkan 11 pemain, dalam unit.

Lihat struktur 4-4-2 Pahang ketika menekan lawan mereka, memang mereka ada keinginan lebih baik untuk menyerang dan bermain secara kombinasi.

Jadi, ancaman daripada Pahang hadir daripada apa sahaja keadaan. Bola tinggi, bola hantaran lolos, bola mati dan sebagainya. Ini menunjukkan pasukan lawan mereka memang tidak dalam keadaan terbaik untuk bertahan.

Isu taktikal Kelantan

Mereka sekali lagi bermasalah dengan sokongan dari belakang / depth Support. Dalam perlawanan menentang Terengganu, ada satu ketika Dong Hyun kelihatan bengang dan bertanya, di mana sokongan dari belakang?

Terlalu banyak hantaran lambung segera mencari ‘target man’ mereka sedangkan pasukan lawan memiliki keupayaan di udara yang jauh lebih baik dengan adanya Alex Gomes.

Seterusnya, Kelantan tidak cukup sumber kreativiti, mereka hanya ada Dong Hyun. Ferdinand Srinaga adalah tipikal penyerang yang langsung (direct).

Kemasukan pemain seperti Farhan dan S. Veenood tidak banyak membantu mengubah permainan mereka. Kelantan tidak mampu menyerang balas dan tidak mampu mengalirkan bola lebih baik ketika menyerang.

Untuk aspek pertahanan mereka ada banyak perkara untuk digariskan. Isu ke-agresif-an di tengah ketika diserang balas, isu pembentukan formasi ketika diserang, isu reaksi ke atas bola yang lambat dan isu leka (ball watching).

Rumusan

Pahang pasukan yang berhak menang kerana mereka lebih keinginan untuk menang. Mereka pro-aktif memperbaiki aspek taktikal mereka, manakala Kelantan lebih kepada pasukan yang teknikal dan kurang taktikal.

Apabila bertarung secara teknikal, sukar untuk mereka menang ke atas Pahang yang ternyata memiliki pemain yang lebih baik daripada mereka dalam aspek teknikal. Jadi, sangat penting untuk bermain secara taktikal dengan skuad mereka yang ada.

Pahang bukanlah bermain dalam keadaan taktikal terbaik tetapi sudah cukup untuk menang 3-0 ke atas pasukan yang seperti tidak tahu ada jadual perlawanan pada semalam.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Forkey Doe (Pahang)

Pemain ini hanya memerlukan beberapa minit di atas padang untuk memecahkan kebuntuan. Gol pertama itu adalah tonik bernilai untuk Pahang lebih yakin.

Anda boleh baca analisis kami di artikel: Mengapa Dollah Salleh Dan Chan Vathanaka Perlukan Forkey Doe Di Pahang, bagaimana kami menjelaskan Forkey Doe akan memperbaiki isu serangan Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN