Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Mengapa Dollah Salleh Dan Chan Vathanaka Perlukan Forkey Doe Di Pahang

Pada bulan November 2015, Pep Guardiola dijemput menghadiri majlis jamuan Krismas bersama kelab penyokong Bayern Munich di Vilsbiburg, Bavaria.

Dalam majlis jamuan ini, ahli kelab penyokong ini bukan sahaja dapat beramah mesra dengan Guardiola sambil menikmati bir dan Serviettenknödel, makanan tradisi Bavaria. Malah mereka turut menganjurkan beberapa aktiviti menarik – salah satunya; sesi sembang taktikal bersama pengurus berbangsa Sepanyol tersebut.

Dalam sesi sembang tersebut, Pep Guardiola menekankan satu hakikat dalam taktikal bola sepak yang sering dilupai oleh mana-mana peminat bola sepak.

“Bercakap mengenai taktik, kita tak boleh lupakan kualiti pemain. Orang banyak berkata, oh kita kena guna sistem 4-3-3. Tapi hakikatnya ia tiada makna tanpa kualiti pemain,” kata Guardiola.

“Jika anda bermain dengan Robben, Ribery dan [Douglas] Costa, ianya berlainan apabila anda bermain dengan Lewandowski, Muller dan Thiago. Kualitinya berlainan.”

Taktikal betul dengan pemain salah

Semasa siaran langsung perlawanan pembukaan unifi Liga Super 2018 menentang Perak di Stadium Darul Makmur, kamera TV beberapa kali dihalakan ke riak muka ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh. Beliau jelas nampak tidak gembira.

Sambil mencekak pinggang, Dollah nampak seperti mahu meletup dari tepi padang. Beliau menggeleng kepalanya beberapa kali. Seperti tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Perlawanan berkesudahan seri 0-0. Selepas tamat perlawanan dalam sidang media, Dollah meluahkan kekecewaannya.

“Lain yang saya suruh, lain yang mereka buat,” kat jurulatih berusia 54 tahun ini. “Entah mengapa, kami sering menggunakan hantaran jauh. Saya juga berpesan dari tepi padang tetapi mereka masih mengulanginya.”

3 hari kemudian ketika perlawanan kedua liga menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Dollah kelihatan sedikit tenang berbanding perlawanan pertama. Beliau memang berhak berasa begitu. Anak-anak buahnya beraksi jauh lebih baik berbanding aksi menentang Perak tempoh hari.

Tetapi perlawanan berkesudahan dengan Pahang tewas 0-1 hasil jaringan lewat Safee Sali melalui sepakan sudut pemain gantian, Mahali Jasuli. Dalam sidang media selepas perlawanan, Dollah tidak meluahkan kekecewaan. Sebaliknya kerisauan.

“Dari awal lagi, saya risaukan tentang penyerang. Kami tidak mempunyai penyerang yang memiliki naluri pembunuh. Kami tidak memiliki sentuhan itu,” kata Dollah menurut laporan Stadium Astro.

 

Kerisauan Dollah itu ada kebenarannya. Lupakan perlawanan menentang Perak, Pahang jelas menunjukkan peningkatan ketara ketika menentang PKNS FC. Jentera tengah mereka tidak lagi bermain dengan hantaran jauh. Pertahanan mereka tidak lagi bergelut sebagaimana ketika menghadapi ancaman Gilmar dan Wander Luiz di Stadium Darul Makmur.

Tetapi di bahagian serangan, Pahang seperti kehilangan satu lagi elemen sebelum boleh diambil serius sebagai pencabar kejuaraan unifi Liga Super musim ini.

Pada musim lepas Pahang bermain dengan sistem 4-4-1-1. Penyerang tunggal mereka, Matheus Alves gemar mengutip bola di kawasan lebih dalam (deeper area) sebelum membuat larian direct ke kubu pertahanan pasukan lawan.

Matheus Alves celebrate Pahang goal during FA Cup quater final 1st leg match between Pahang FA and Johor DT at Darul Makmur Stadium on 1 April 2016. Photo by Muhammad Muslimi / www.asiana.my

Tabiat serangan Alves ini nyata memanfaatkan Pahang pada musim 2017 atas dua sebab:

i. Pahang menjadi dominan di tengah dengan kehadiran 4 pemain di zon tengah ketika fasa merencana serangan (build-up phase). Rata-rata pasukan lawan lain mempunyai maksimum 3 pemain di tengah. Apabila Alves turun mengutip bola di zon tengah, Pahang mencipta situasi 4v3.

ii. Pertahanan tengah pasukan lawan sukar untuk mengawal ketat Alves. Jika salah seorang pertahanan tengah mengikut Alves sehingga ke zon tengah, ia akan membuka ruang buat pemain Pahang lain untuk menyerang. Jika mereka memilih tidak mengikut Alves ke tengah, Alves akan menjadi bebas.

Tetapi pada musim ini, Pahang bermain dengan sistem 4-3-3. Penyerang veteran, Nurshahrul Idlan Talaha dipilih Dollah untuk mengetuai jentera serangan bersama Mohamadou Sumareh di sayap kanan dan Chan Vathanaka di sayap kiri.

Aksi Nurshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang mengundang kritikan penyokong Pahang ketika menentang PKNS FC (Kredit: Pahang FA)

Satu kualiti yang mesti dimiliki oleh penyerang tengah tunggal dalam sistem 4-3-3 adalah skil menyimpan bola (ball retention skills). Skil ini penting bagi penyerang tunggal ini untuk membuka ruang buat rakan penyerangnya di kiri dan kanan.

Sesetengah penyerang menggunakan kelebihan fizikal beliau untuk menyimpan bola. Jika penyerang tunggal tersebut tidak mempunyai kelebihan fizikal, beliau mesti mempunyai skil gelecekan yang baik untuk menyimpan bola. Jika penyerang tersebut boleh melakukan kedua-duanya, jurulatih akan melakukan sujud syukur.

Dalam kalangan penyerang tengah yang Pahang ada pada musim ini, Nurshahrul mungkin mempunyai ball retention skills yang paling baik. Ini menjelaskan sebab kenapa Dollah masih enggan meletakkan nama Sergio Ezequiel dalam kesebelasan utama dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Aksi Sergio Ezequiel ketika menentang Perak (Kredit: Pahang FA)

Tetapi berdasarkan persembahannya dalam 2 perlawanan sebelum ini, adakah ball retention skills merupakan kualiti utama Nurshahrul?

Ketika menentang Perak, Nurshahrul bukan sahaja gagal membuka ruang untuk Vathanaka lebih menglibatkan diri dalam permainan, malah turut gagal memanfaatkan satu peluang keemasan untuk menjaringkan gol apabila tandukannya pada separuh masa kedua tersasar jauh dari pintu gol Perak,

Ketika menentang PKNS, Nurshahrul mempamerkan link-up play yang lebih baik dengan Vathanka di sebelah kiri. Tetapi seperti ketika persembahannya menentang Perak, penyerang berusia 31 tahun ini gagal mempamerkan kualiti link-up play yang sama untuk Sumareh di sayap kanan pula.

Kerap kali Sumareh dilihat berseorangan untuk melepasi lautan pertahanan lawan yang mengepungnya ketika membawa bola. Sekali-sekala, Matthew Davies menawarkan sokongan kepada Sumareh melalui larian overlapping. Tetapi tanpa sokongan Nurshahrul, adalah mustahil buat Sumareh untuk menjaringkan gol dengan kerap seperti musim 2017.

Serangan Mohamadou Sumareh kerap kali digagalkan oleh pertahanan PKNS FC lantaran ketiadaan sokongan (Kredit: Pahang FA)

Forkey Doe penyelamat Pahang?

Jika ada satu perkara yang perlu disyukuri oleh Dollah ketika ini, ia adalah fakta bahawa jendela perpindahan pemain Liga Malaysia yang hanya akan tutup pada 11 Februari ini.

Ini memberikan beliau cukup masa untuk menilai kelemahan sistem 4-3-3 beliau ketika ini dan memperbaikinya dengan pemain baru. Dan berdasarkan berita dari penyokong-penyokong Pahang, Francis Forkey Doe adalah cadangan solusi Dollah untuk memperbaiki persembahan pasukannya.

Posted by Panthera Tigris Jacksoni on Thursday, February 8, 2018

Forkey Doe tidak asing dengan liga bola sepak Malaysia. Sejak 2012, penyerang Liberia ini sudah menabur khidmatnya untuk 6 pasukan liga Malaysia dan sentiasa konsisten. Tetapi apa yang paling penting buat Dollah adalah, Forkey Doe mampu beraksi sebagai penyerang tengah tunggal dan mempunyai ball retention skills yang bagus.

Jika Forkey Doe menjadi di Pahang, beliau bukan sahaja mampu menyelamatkan karier Dollah yang ketika ini sudah mula mengundang kritikan segelintir kecil penyokong Pahang di media sosial. Malah mungkin mampu menyerlahkan semula persembahan penyerang pujaan rakyat Kemboja, Chan Vathanaka.

And to all Cambodian Pahang fans, know this:

It is outrageous or even idiotic to even suggest that Chan Vathanaka is not getting the ball from his Pahang teammates because of some petty jealousy towards him.

Instead of pouring your negativity to Pahang, why don’t you keep supporting Vathanaka and Pahang. It might do some good to their confidence. While you are at it, please do visit Stadium Darul Makmur and buy Vathanaka’s jersey.

ដើម្បីអ្នកគាំទ្រ Pahang កម្ពុជាទាំងអស់, សូមដឹងថា:

វាគឺជារឿងដ៏ខឹងសម្បាឬខកចិត្តដែលអាចធ្វើឱ្យចាន់វឌ្ឍនាកាមិនបានបាល់ពីមិត្តរួមក្រុមរបស់គេដោយសារតែការច្រណែនបន្តិចបន្តួចមកលើរូបគេ។

ជំនួសឱ្យការស្រេកឃ្លានរបស់អ្នកទៅ Pahang ហេតុអ្វីបានជាអ្នកមិនបន្តគាំទ្ររូបរបស់អ្នកនិង Pahang ។ វាអាចធ្វើបានល្អខ្លះចំពោះទំនុកចិត្តរបស់ពួកគេ។ ខណៈពេលដែលអ្នកនៅទីនោះសូមធ្វើទស្សនកិច្ចនៅពហុកីឡដ្ឋាន Darul Makmur និងទិញអាវរបស់គាត់។

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!