Analisis: Pengurusan Paul Pogba Dalam Taktikal Manchester United vs Feyenoord

Manchester United tewas 1-0 pada mereka pembukaan Liga Europa selepas mempamerkan aksi hambar di bahagian tengah dan serangan.

Berikut adalah beberapa penjelasan pengurusan peranan Paul Pogba dalam taktikal Manchester United menenatnng Feyenoord.

Asas taktikal

Mourinho pada asalnya dilihat akan bermain 4-2-3-1. Dalam perlawanan ini, United banyak bermain dengan 4-3-3 dengan Mata-Martial-Depay barisan serangan dalam sistem attacking 3.

Mourinho jelas mewujudkan sistem yang menolak Pogba kepada garisan serangan utama. Pogba diberikan kebebasan seperti seorang pemain yang bermain free role.

Pogba kerapkali menjadi pemain yang akan berada di belakang no.9 seperti beliau bermain no.10. Dalam beberapa situasi pula, Pogba seperti penyerang kedua dan bermain no.9.

Ini adalah heatmap Paul Pogba yang menunjukkan beliau bermain hampir di semua kawasan.

pogba

Ketika Pogba keluar daripada kawasan tengah dan berada di belakang Rashford, Juan Mata berada (no.10 tulen) berada sayap kanan dalam peranan yang lebih konvensional.

7

Maksudnya ialah United membentuk 4-2-3-1 ataupun 4-4-1-1. Bukannya 4-3-3 dengan Mata dan Depay menjadi pemain sayap menyerang.

Kelemahan Pogba untuk bermain nombor 10 dan attacking midfielder adalah, beliau kurang lincah dan tidak cukup pantas untuk melakukan hantaran akhir. Beliau jelas bukan seorang pemain yang sesuai dengan peranan itu.

Pogba hanya berjaya mencipta dua peluang sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah bilangan cubaan gol oleh Paul Pogba menentang Feyenoord.

6

Terdapat 2 kemungkinan sistem yang berteraskan Paul Pogba ini diwujudkan.

1. Atas dasar taktikal – Pogba ditolak ke serangan untuk menerima hantaran lintang. Dia adalah pemain fizikal yang besar dan kuat.

Taktik-taktik ini dilaksanakan mereka ketika ketinggalan di tangan Manchester City pada tempoh hari. Mourino turut mengarahkan bek kanan dan bek kiri beliau untuk membantuk di bahagian atas dan melakukan hantaran lintang.

Ini adalah contoh ketika 3 pemain United menunggu dalam kotak penalti untuk menunggu hantaran lintang.

4

Ini adalah laporan chalkboard 22 hantaran silang (hanya 5 berjaya) yang United lakukan dalam perlawanan ini. Ia 2 kali ganda daripada jumlah hantaran lintang Feyenoord (11).

cross

Kelemahan United adalah kualiti hantaran lintang mereka yang lemah. Pemain seperti Rojo pula agak teruk dari segi hantaran. Lihatlah statistik yang menyedihkan daripada Rojo.

rojo

2. Atas dasar motivasi – Mourinho mungkin mahukan pemain paling mahal beliau lebih peluang untuk mendapatkan gol pertama beliau dan ia akan memberikan motivasi kepada Pogba pada perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Sistem ini jelas mewujudkan konflik taktikal. Mereka tidak mempunyai corak pergerakan dan sistem sokongan yang efektif kepada no.9.

Antara sebabnya ialah, apabila Pogba bermain di attacking midfiedler atau nombor 10, Juan Mata dan Depay perlu bermain sebagai pemain sayap sebenar (bukan wing forward dalam sistem attacking 3).

Dalam keadaan ini Pogba sering turun ke kawasan yang dia bermain selesa. Apabila Pogba turun ke bawah, ini akan mewujudkan ruang kosong terlalu besar di belakang Rashford. Anda boleh rujuk di bawah.

po

Kesimpulan

Formula Mourinho untuk memberikan Pogba peluang untuk terlibat di dalam kawasan gol terbukti gagal. Banyak kelemahan lain yang timbul.

Antaranya adalah konflik peranan 2 pemain sayap mereka, sama ada bermain sebagai attacking 3 ataupun bermain dalam sistem sayap konvensional.

Seterusnya adalah ruang kosong di belakang garisan serangan yang menjadi titik manipulatif oleh Feyenoord melancarkan serangan balas.

Ia memerlukan organisasi taktikal yang benar-benar lancar dan United dalam perlawanan ini masih lagi bermain agak direct dengan pendekatan hantar bola lintang ke dalam kotak penalti.

United tidak memiliki pemain sayap yang sesuai untuk bermain sistem hantaran lintang ini dengan 2 fulbacks mereka gagal membantu untuk memberikan kualiti hantaran yang lebih baik.

Ini adalah carta hantaran Rojo dan Darmian dari bahagian sayap.

rojo1

Kemasukkan Ashley Young mungkin untuk memperbaiki konflik ini kerana Ashley Young lebih direct di bahagian sayap berbanding dengan Mata dan Depay yang lebih fancy.

Jadi, 3 perkara utama yang harus diperbaiki Mourinho:

1. Selesaikan isu posisi Pogba di dalam perancangan taktikal beliau

2. Perbaiki intensiti dan fluiditi dalam taktikal

3. Perbaiki isu kreativiti dan kualiti hantaran.

Mourinho membentuk taktikal pasukan secara total berdasarkan seorang pemain dalam perlawanan ini. Ia adalah taktikal yang gagal oleh Mourinho.

Baca juga: Pogba: Latihan Juventus Sangat Sukar, Latihan Manchester United Bagaikan ‘Percutian’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN