Quantcast
Pogba: Latihan Juventus Sangat Sukar, Latihan Manchester United Bagaikan 'Percutian'
BERITA

Pogba: Latihan Juventus Sangat Sukar, Latihan Manchester United Bagaikan 'Percutian'

Thursday, 24 Mar 2016

Jika anda berpendapat mana-mana pemain liga England tidak akan mempunyai masalah untuk berpindah dan bermain di liga Itali, anda mungkin perlu mempertimbangkan semula pendapat anda itu.

Ini kerana bintang Juventus, Paul Pogba memberi kenyataan dalam akhbar Itali bahawa latihan Juventus jauh lebih sukar berbanding latihan Manchester United.

Ketika membandingkan kerja keras yang perlu dilakukannya di Juventus dengan Manchester United, Pogba berkata:

“Semua orang kena tahu tiada latihan Juventus yang senang. Di sini, kami sentiasa bekerja keras. Semasa saya di Manchester United, ia bagaikan percutian.”

Disokong oleh Evra

Kenyataan Pogba ini bukannya omong-omong kosong. 6 bulan sebelumnya, Patrice Evra – seorang lagi bekas pemain Manchester United – turut mengaku latihan Juventus sangat sukar jika dibandingkan dengan latihan di United.

“Saya pernah dengar Zinedine Zidane muntah pada sesi latihan pertama di Juventus. Saya ingat ia cerita tipu. Tapi ianya kisah benar.”

“Saya selalu dengar orang cakap Serie A adalah liga senang. Anda mungkin rasa sebegitu di luar Serie A. Tetapi bila saya merasa sendiri, barulah saya tahu Serie A merupakan liga paling mencabar.”

Evra turut memberi analogi menarik tentang perbezaan liga Itali dengan England.

“Beza liga Itali dengan England bagaikan dua peninju. Salah satunya akan letih dahulu dan kalah kerana tiada persiapan taktikal. Itulah liga England.”

“Di Itali, taktik adalah asas kemenangan.”

Belajar dari Toure, Vidal dan Iniesta

Berbalik kepada Pogba, bekas pemain akademi Manchester United ini pernah dituduh ‘biadap’ oleh Sir Alex Ferguson kerana tidak mahu menandatangani kontrak jangka masa panjang selepas dimasukkan ke dalam pasukan utama.

Pogba dikatakan menolak tawaran kontrak tersebut kerana mahukan jaminan tempat kesebelasan utama.

Beliau kemudiannya berpindah ke Juventus secara percuma dan mula mencipta nama sebagai salah satu pemain tengah paling lengkap di dunia.

Ketika ditanya media Itali bagaimana beliau memperbaiki permainannya, Pogba memberitahu beliau sentiasa menonton persembahan Yaya Toure, Andres Iniesta dan Arturo Vidal.

Baca juga: Analisis: Juventus dan Pogba Mesti Perbaiki Konsistensi

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Rujukan

  1. Football Italia
  2. Sky Sports
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Pogba: Latihan Juventus Sangat Sukar, Latihan Manchester United Bagaikan 'Percutian'



Berita Bola Yang Menarik