Analisis Mourinho: Taktikal Solskjaer Di Nou Camp Sengaja Cari Nahas

Bekas pengurus Manchester United menyatakan taktikal Ole Gunnar Solskjaer adalah tidak betul ketika berhadapan dengan Barcelona yang membawa kepada kekalahan 3-0 pasukan itu di Nou Camp.

Manchester United perlukan kebangkitan pada perlawanan ke-2 selepas tewas 0-1 dalam perlawanan pertama.

Lionel Messi menjadi masalah terbesar Manchester United di Nou Camp selepas ‘disenyapkan’ Chris Smalling di Old Trafford.

Di Nou Camp, Barcelona ternyata sukar untuk dikekang oleh Man. United walaupun Red Devils memiliki beberapa peluang pada awal perlawanan.

Mourinho membentangkan analisis beliau dan mendapati taktikal Solskjaer telah memberikan ruang kepada Lionel Messi untuk eksploit.

Perubahan taktikal yang tak menjadi

Mourinho berkata: “Saya rasa United datang dengan pendekatan berbeza pada perlawanan ke-2. Perlawanan pertama United cuba mengawal zon tengah itu.”

Memahami gaya Messi

Mourinho kemudian berkata: “Posisi Messi ini senang untuk difahami namun sukar untuk diperangkap untuk mengawal beliau. Beliau akan datang dari kanan, kemudian berlegar di tengah, seterusnya Rakitic akan ke kanan untuk membolehkan Messi kekal di tengah. Ianya memang kompleks.”

Kenapa perlawanan pertama Messi sukar?

“Manchester United pada perlawanan pertama bertahan dengan kawalan zonal di kawasan tengah dan mereka bermain dengan baik. Setiap kali Messi cuba masuk ke tengah beliau akan bertemu dengan McTominay. Jika melepasi McTominay, beliau akan berhadapan dengan Fred,” jelas Mourinho.

Messi
MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 10: Lionel Messi of FC Barcelona is tackled by Scott McTominay of Manchester United during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Manchester United and FC Barcelona at Old Trafford on April 10, 2019 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)
1 vs 1: Sengaja cari nahas

“Rasanya perlawanan kedua ini, Man. United kalah sebegini rupa kerana mereka menukar perspektif selepas tewas 1-0;. Pogba diarahkan lebih jauh ke bahagian kiri. McTominay lebih ke kanan. Jesse Lingard dijadikan no.10 di belakang penyerang utama.”

“Di hadapan garisan pertahanan adalah Fred. Itu adalah zon Messi akan serang setiap kali mendapat bola. Taktikal Solskjaer ini membuatkan Fred sentiasa terdedah 1 vs 1 dengan Messi. Apabila kami 1 lawan 1 dengan Messi, ‘matilah’ kamu.”

“Fred diarahkan untuk merantai Messi 1 lawan 1. Oleh sebab itu saya tak pernah suka dengan idea 1 lawan 1 dengan Messi. Anda harus membentuk sangkar untuk memerangkap Messi.”

“Barcelona tetap Barcelona, mereka ada pemain lebih baik daripada Man. United. Tiada yang pelik mereka menang ke atas United. Itu normal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN