Analisis Taktikal: ‘Chain Of 6’ Man. United Jadi Asas Neutralkan Serangan Liverpool

Manchester United menang 2-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.

Permulaan

Man. United turun dengan formasi 4-4-1-1 dengan Alexis Sanchez di belakang Romelu Lukaku. Liverpool kekalkan 4-3-3 mereka dengan trio serangan Mane-Salah-Firmino

Organisasi United bila tanpa bola

Ini adalah perkara yang menarik untuk dibincangkan. Pundit mengkritik pendekatan United yang pasif dan berada di belakang bola. Namun, Mourinho menjawab:

“Apabila anda berhadapan dengan pasukan seperti Liverpool, jika anda cuba bermain banyak bola, anda akan dalam bahaya.”

“Mereka bagus ketika ada bola. Kami pula bagus ketika tanpa bola.”

“Mereka yang menilai di kaca tv mungkin melihat benda yang berbeza.”

Daripada ayat di atas anda tahu, Mourinho memang tak benarkan pemain beliau memegang bola lama berhadapan dengan Liverpool. Kenapa?

Alasan pertama adalah takut hilang bola di kawasan sendiri dan dihukum oleh counter-pressing Liverpool. Secara asasnya, United bermain dengan bek berempat yang sangat kompak dengan tambahan 2 pemain sayap defensive (defensive winger).

Dalam bahasa mudahnya mereka membentuk chain of 6 di belakang ketika fasa bertahan. Ashley Young diberikan tugasan khas untuk ‘melekat’ pada Mo Salah sepanjang perlawanan.

Mungkin akan ada pembaca kami yang menyatakan, kenapa ditulis semalam United bermain 4-3-3 dan Mata di tengah dengan Matic dan Tominay.

Dalam fasa 4-3-3 dengan Mata di tengah, bermakna untuk membentuk chain of 6, Sanchez perlu turun ke bawah di sebelah kiri. Tapi sebenarnya United memang bermain 4-4-1-1 dan Mata adalah sayap kiri. Dia yang akan turun ke bawah sebagai ‘defensive winger’.

Ketidakupayaan Liverpool menghukum United

Dalam perlawanan semalam, United turun sangat ke bawah ataupun drop too deep. Sudah berapa kali Mourinho menggunakan pendekatan ini dan Liverpool masih ada masalah sama iaitu gagal menghukum United.

Apabila United memutuskan chain of 6 dengan struktur 6-3-1, United ‘hilang’ seorang pemain di tengah ketika bertahan. Orang itu adalah Alexis Sanchez. Sanchez tak mampu memberikan pressing yang baik dan mendedahkan zon 14 United kepada bahaya. Biarkan heatmap ini berbicara.

Dalam bola sepak, apabila sesebuah pasukan itu turun terlalu ke bawah dan di zon 14 kurang perlindungan, mereka akan terdedah dengan percubaan dari luar kotak penalti.

Anda sudah dapat ayat kunci di atas? Itu yang Liverpool tak ada. Mereka tiada kemampuan untuk melancarkan percubaan dari luar kotak yang berkualiti.

Klopp dan Liverpool berterusan cuba bermain permainan kombinasi di dalam kotak penalti. Mungkin orang pertama dalam kepala penyokong Liverpool sekarang ini adalah Steven Gerrard.

Chamberlain beraksi baik semalam namun kad kuning itu mengganggu beliau dan Klopp enggan ambil risiko. Beliau antara pemain yang berpotensi hadirkan ancaman itu. Emre Can mungkin dipuji kerana dia banyak bergerak, namun dari segi eksekusi untuk plan B, beliau tak ada keupayaan untuk melakukan ancaman itu.

Kelemahan pertahanan Liverpool

Klopp menyatakan, mereka harus menyalahkan diri sendiri kerana memberikan ruang kepada Lukaku untuk mencipta 2 gol United. Ruang seperti itu tidak sepatutnya wujud.

“Anda tidak boleh berikan pemain seperti Lukaku ruang seperti itu. Kami sudah berlatih untuknya tetapi tak laksanakannya dengan baik.”

Mourinho menekankan yang mereka memang sudah merancang ruang itu dan banyak mengkaji tentang kelemahan Lovren di dalam pra perlawanan.

“Lukaku berkata dia yakin dapat melakukan tugas itu. Dan kami di sini menyokong pemain untuk melakukan apa yang mereka mahu lakukan.”

Rumusan

Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan yang ada keupayaan untuk bertahan terutama sekali apabila sudah mendahului 2 gol di hadapan. Pertahanan United memainkan peranan sangat penting untuk memastika Liverpool gagal menjaringkan gol.

Liverpool melakukan 297 hantaran dan 42% permainan di final third ataupun kawasan pertahanan United. Secara keseluruhan skuad Klopp menguasai sehingga 72% perlawanan.

Jika Juan Mata lebih direct, beliau ada peluang membunuh perlawanan. Namun beliau memilih untuk ‘fancy’. Mourinho sendiri gelengkan kepala dengan tindakan Mata. Kerana keadaan itu bola bukanlah lari terlalu jauh untuk beliau cuba lakukan ‘overhead kick.’

Alexis Sanchez akan menjadi subjek untuk dinilai Mourinho selepas ini. Beliau ada isu dengan terlalu banyak hilang bola. Dalam perlawanan menentang Palace minggu lalu, beliau hilang bola 19 kali pada separuh masa pertama.

https://twitter.com/LD98___/status/972480865572933633

Liverpool banyak mendominasi perlawanan tetapi gagal untuk menyudahkan peluang. Mohamed Salah dirantai rapi oleh Ashley Young. Antara aksi terbaik Young pada musim ini.

Dan agak mengejutkan Jurgen Klopp tidak mengarahkan serangan bertiga beliau lebih fluid bertukar posisi seperti mana yang beliau kerap lakukan.

Pemilihan pasukan Mourinho memainkan peranan sangat penting. Beliau memilih pasukan berdasarkan pemain yang berdisiplin. Tidak pasti Pogba akan diturunkan dalam perlawanan ini jika beliau cergas sekalipun.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Marcus Rashford (Man. United)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN