Selangor Tidak Berminat Tarik Diri Daripada Liga Malaysia

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesa pihak yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan oleh Football Limited Liability Partnership Malaysia (FMLLP) menarik diri daripada saingan Liga Malaysia.

Tunku Ismail berkata, sikap negatif sesetengah pasukan itu tampak tidak profesional sekali gus boleh merencatkan usaha badan induk itu untuk meningkatkan lagi kualiti terutama pengurusan bola sepak di negara ini.

10 pasukan yang dikenakan denda itu diberi peluang membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dan FMLLP memberi jaminan akan mempertimbangkan dengan sewajarnya.

“Sekiranya ada pasukan mahu tarik diri, silakan.

“Saya bercakap bukan sahaja atas kapasiti Presiden FAM malah selaku Pengerusi FMLLP. Denda tetap kena denda, malah pasukan yang kena denda ada masa untuk membuat rayuan dan kami akan pertimbangkan.

“Apapun, kami akan mengkaji rayuan dan alasan yang dikemukakan. Tunggu sahaja keputusan kerana denda yang dikenakan mungkin kurang,” kata Tunku Ismail.

Salah satu daripada 10 pasukan itu ialah pasukan Selangor. Mereka ialah pasukan yang pertama mengemukan rayuan untuk mengurangkan hukuman denda tersebut.

Meskipun jumlah denda RM1.5 juta memberi impak yang besar kepada kedudukan kewangan pasukan itu, Persatuan Bolasepak Negeri Selangor (FAS) menegaskan mereka tidak akan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia.

Jumlah Denda yang dikenakan oleh FMLLP.

Naib Presiden FAS Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata kepada Berita Harian, penarikan diri akan menyebabkan para pemain dan jurulatih akan kehilangan pekerjaan dan penyokong hilang kepercayaan.

“Kami tidak akan tarik diri kerana pasukan ini bukan milik persatuan tapi kepunyaan penyokong dan rakyat Selangor. Kita tak boleh ambil tindakan terburu-buru nak tarik diri. Kalau kita tarik diri, pemain akan hilang pekerjaan dan penyokong juga akan kecewa.

“Sebab itu kami menjadi pasukan pertama yang mengemukakan rayuan. Kami akur dengan kesilapan ini dan akan cuba untuk perbaiki kelemahan dari masa ke semasa. Cuma kami berharap dengan rayuan itu, hukuman dapat dikurangkan,” jelasnya.

Difahamkan geran berjumlah RM3 juta akan disalurkan kepada setiap pasukan yang bersaing di Liga Super dan RM1 juta kepada pasukan Liga Perdana. Perkara itu diumumkan sendiri oleh DYAM Tunku Ismail selaku pengerusi FMLLP.

“Dulu satu sen pun tak dapat… boleh pula hidup. Masing-masing ada kelemahan dan jangan salahkan orang lain. Itu pandangan saya.

“Rabu ini kami akan menyalurkan geran berjumlah RM3 juta kepada setiap pasukan yang bersaing di Liga Super dan RM1 juta kepada pasukan Liga Perdana. Ia satu permulaan dan mungkin akan ada penambahan tidak lama lagi,” kata Tunku Ismail.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN