Analisis: Krisis Prestasi Sanchez Di Man. United, Apa Sebabnya?

Alexis Sanchez pernah menjadi perebutan banyak kelab ketika beliau dilaporkan tidak akan melanjutkan kontrak di Arsenal. Hari di mana penyokong Arsenal hidup penuh debaran menunggu berita setiap jam.

Mereka tahu, Sanchez adalah pemain terbaik dalam pasukan mereka ketika itu.

Manchester City antara yang terawal mahukan beliau. Hal yang dibincangkan Pep Guardiola secara terbuka, namun City enggan membayar gaji nilai perpindahan yang tinggi untuk pemain yang masih ada baki kontrak kurang setahun.

Ketika Sanchez menuju ke perpindahan percuma, City dilaporkan menawarkan kontrak untuk beliau namun Sanchez menolaknya kerana tawaran daripada Man. United yang sangat tinggi.

Alexis Sanchez dilaporkan menerima £400,000 -£550,000 seminggu tertakluk kepada bonus persembahan beliau.

Itu yang membuatkan ejen Paul Pogba, Mino Raiola dengan jelas mahukan kliennya dinaikkan gaji 2 kali ganda untuk menyamai gaji Sanchez.

Man. United sanggup bayar mahal

Walaupun ianya perpindahan yang mereka boleh dapat percuma , namun Man. United menyegerakan urusan dan sanggup melepaskan Henrik Mkhitaryan yang divaluasi harga sekurang-kurangnya £45 juta pada pasaran ketika itu.

United membayar £8 juta kepada Sanchez sebagai bonus tandatangani kontrak pada ketika itu. Dan diumumkan dengan video ikonik ini:

Beliau hadir dengan status ‘marquee singning’ dan dikatakan akhirnya Man. United mendapat no.7 yang sebaiknya (proper no.7).

Jersi no.7 merupakan keramat kepada Man. United, yang dipakai oleh George Best, David Beckham, Cantona, Cristiano Ronaldo. Selepas itu, silih berganti pemakainya tetapi gagal menepati ekspektasi.

Tak kurang juga yang mengimbau bagaimana Robin Van Persie membantu United menjuarai EPL ke-20 kelab mereka.

Oleh itu Sanchez dianggap cebisan ‘puzzle’ yang akan melengkapkan pasukan mereka.

Kenapa United sanggup bayar mahal?

Pada awal karier beliau, Sanchez terus menunjukkan nafsu pembunuh di hadapan gol. Sanchez melakukan debut pada usia 16 tahun dengan kelab Chile, Cobreloa.

Beliau sangat seimbang dari segi kreativiti dan jaringan gol. Ketika meningkat naik, beliau telah meningkatkan kadar kerja untuk membolehkan beliau menjadi penyerang moden yang sesuai dengan taktikal intensif.

Barcelona mendedahkan, Pep Guardiola mahukan beliau ketika di Barcelona kerana:

1. Kepantasan dan kekuatan fizikal
2. Kemampuan untuk bertahan
3. Keupayaan menjaringkan gol dan mencipta gol

Anda boleh jadikan aksi beliau ketika bersama Arsenal .Arsene Wenger menyatakan:

“Dia (Sanchez) pemain yang dinamik, sangat penting dalam 2 fasa penting permainan (fasa serangan dan bertahan). Dia akan cuba memenangi semula bola untuk anda secepat mungkin.”

Rakan sepasukan beliau ketika itu Alex Oxlade-Chamberlain pernah menggelar beliau sebagai ‘Duracell bunny’.

The Guardian pada 2015 menerbitkan artikel ‘Is Alexis Sánchez the best player in the Premier League’ menyatakan:

“Menurut Opta, hanya Cesc Fàbregas (Chelsea) yang mencipta lebih banyak peluang gol daripada Alexis Sanchez musim ini di EPL.”

Alexis Sanchez

“Sanchez mencipta 1 peluang gol untuk setiap 29 minit. Sebagai perbandingan, pemain ke-3 paling banyak mencipta gol adalah Diego Costa dengan 51 minit untuk setiap 1 ciptaan peluang.”

Jauh kan bezanya? Jadi tak hairanlah Sanchez dikehendaki pasukan seperti Manchester City, Real Madrid dan Bayern Munich serta banyak lagi ketika itu.

Pada 2015, Sky Sports melaporkan tiada penyerang yang melakukan bentesan lebih banyak daripada Alexis Sanchez.

Beliau seringkali dijadikan subjek perbandingan dengan Ozil.

Sebab itu ketika Wenger memberikan kontrak £300,000 seminggu kepada Ozil, penyokong Arsenal ketika itu masih ada tak puas hati kenapa tak berikan Sanchez £350,000 seperti dia minta.

<> at London Colney on September 9, 2016 in St Albans, England.

Mereka gemar membandingkan ‘workrate’ Sanchez yang seperti kuda liar berbanding dengan Ozil dan mana-mana pemain Arsenal yang malas dalam padang.

Sanchez menjerit meminta rakannya ‘pressing’

Walaupun kalah, penyokong Arsenal sentiasa bersimpati dengan kerja keras Sanchez yang tak kenal lelah walaupun bermain sangat banyak perlawanan.

Inilah sebab beliau membantu Chile mencipta sejarah terbaik dalam negara mereka dalam bola sepak.

Beliau sedar, intensiti yang membuatkan Messi dan Ronaldo menjaringkan 40 gol semusim.

Beliau juga sangat jarang cedera. Ini adalah rekod perlawanan beliau dalam karier:

  • 2005 – 38 perlawanan
  • 2006 – 39 perlawanan
  • 2007/08 – 52 perlawanan
  • 2008/09 – 43 perlawanan
  • 2009/10 – 36 perlawanan
  • 2010/11 – 33 perlawanan
  • 2011/12 – 43 perlawanan
  • 2012/13 – 46 perlawanan
  • 2014/15 – 52 perlawanan
  • 2015/16 – 41 perlawanan
  • 2017/17 – 51 perlawanan

Beliau kini sudah ada 121 kaps untuk Chile dan masih sangat aktif.

Apa dah jadi dengan Sanchez?

Beliau masih gagal menunjukkan aksi yang meyakinan. Seringkali mencipta statistik yang tak diingini termasuk pemain yang banyak hilang bola.

Musim lalu beliau hanya menjaringkan 3 gol daripada 18 penampilan. Dan untuk 2018, Chris Smalling menjaringkan gol lebih banyak daripada beliau.

https://twitter.com/Mak_Le_Merengue/status/1044319399937748993

Musim ini, beliau sudah bermain 5 perlawanan namun masih gagal menjaringkan sebarang gol.

Beliau masih belum bermain penuh 90 minit setakat ini. Beliau kecewa dan tak berpuas hati ketika dikeluarkan pada minit ke-62 dalam perlawanan menentang Burnley.

Beliau kini sudah 831 minit tanpa sebarang gol di EPL.

Beliau adalah ‘outfield players’ yang mencatatkan ketepatan hantaran yang paling teruk dalam 1 perlawanan setakat ini dalam EPL, iaitu hanya 69.7% ketepatan sahaja ketika menentang Wolves.

Beliau dikeluarkan pada minit ke-61. Digantikan dengan Juan Mata. Di Twitter dalam satu undian yang diadakan oleh Stadium Astro, 70% penyokong United merasakan Sanchez tak berhak bermain dalam kesebelasan utama.

Sebagai perbandingan, ketika di Arsenal beliau mencatatkan 80 gol daripada 166 penampilan. Beliau menjadi pemain yang sangat digeruni, tajam di hadapan gol dan boleh mencipta peluang.

Salah sistem Mourinho?

Ada juga mulai menuding kesalahan kepada Jose Mourinho. Adakah pendekatan taktikal defensif Mourinho menyebabkan Sanchez sukar?

Adakah Sanchez memilih pengurus yang salah? Adakah Pep Guardiola adalah orang yang paling tepat untuk gaya permainan beliau.

Sanchez dibangunkan menjadi false no.9 yang sangat berkesan ketika era Wenger. Di Man. United beliau ditolak ke peranan sokongan iaitu pemain sayap serangan yang bermain dalam sistem berasaskan ‘target man’ dengan Lukaku.

Namun rekod lampau Mourinho menunjukkan Mourinho adalah pengurus yang mampu membentuk penyerang yang mantap. Beliau juga pengurus penting menjadikan Lampard pemain tengah prolifik.

Antara penyerang yang berjaya di bawah Mourinho seperti Didier Drogba, Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic antara yang bermain dengan sangat baik di bawah beliau. Begitu juga dengan Samuel Eto’o dan Diego Milito.

Mourinho membuatkan pemain seperti Fellaini, Lingard menjadi lebih baik. Kenapa tidak Sanchez? Pemain yang berterusan diberikan peluang.

Ada juga teori menyatakan yang Sanchez sudah hilang ‘dahaga’ untuk memburu gol. Ini selepas beliau mendapat gaji terbesar dalam hidupnya di Old Trafford. Jadi apa lagi yang beliau cari dalam bola sepak?

Teori ini agak keterlaluan namun tidak boleh dinafikan secara total.

Beliau menjadi perhatian kelab besar Eropah ketika cemerlang bersama Udinese. Dan pada 2011, beliau pergi ke Barcelona dengan nilai €26 juta.

Manchester United mengorbankan Wayne Rooney untuk menampung budget gaji Sanchez selepas mengeluarkan Ibrahimovic yang menerima £220 ribu seminggu.

Adakah Wenger memang sudah tahu Sanchez sudah menurun dari segi peak? Ini statistik beliau pada 2018, lihat pada jumlah hilang bola itu.

Sebab itu Wenger lebih rela melihat wang gaji £300,000 itu diberikan kepada Ozil yang memecah tradisi menjadi pemain pertama bergaji paras itu di Arsenal.

Ketika di Arsenal beliau melakukan purata 4.1 percubaan ke arah gol dalam 90 minit. Mungkin ada yang menyatakan yang beliau pemain sayap.

Dalam bola sepak, posisi beliau adalah pemain penyerang sayap bukannya pemain sisi (side midfielder).

Jadi peranan mereka sama dengan penyerang. Itu yang dilakukan Mohamed Salah, Eden Hazard, bahkan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Sebab itu ia disebut 4-3-3. Bukan 4-3-2-1.

Harus diingat Cristiano Ronaldo yang menjadi penyerang sayap juga mencatatkan ratio gol terbaik dalam karier beliau di bawah sistem ‘structured football’ oleh Mourinho.

Pemain yang sama macam Sanchez, boleh bermain di sayap dan di no.9.b

https://twitter.com/Mourinhoista_/status/1034090753264373760

Di Man. United jumlah percubaan ke arah gol beliau merudum kepada hanya 2.4 percubaan ke arah gol untuk setiap perlawanan. Beliau ‘miss’ 4 daripada 5 peluang keemasan (big chances) di hadapan gol setakat ini termasuk yang ini:

Rumusannya

Melihatkan prestasi Sanchez buat masa ini, tiada keraguan lagi yang Arsenal adalah pemenang dalam transaksi ini, buat masa ini. Sanchez perlu cuba menukar label itu.

Arsenal hilang pemain utama selepas gagal menguruskan ataupun meyakinkan Sanchez kekal. Namun mereka tetap mendapat pemain sebagus Mkhitaryan.

Krisis prestasi Sanchez memberikan impak yang besar kepada Man. United. Mereka gagal mendapatkan yang terbaik daripada beliau.

Sudah beberapa perlawanan Sanchez diberikan hanya sekitar 60 minit di dalam padang. Adakah sudah tiba masanya Mourinho merehatkan beliau dan memberikan peluang kepada Rashford dan Martial.

Alexander-Arnold
MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 15: Anthony Martial of Manchester United is faced by Trent Alexander-Arnold of Liverpool during the Premier League match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford on January 15, 2017 in Manchester, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Kegagalan menjaringkan gol memang mempengaruhi mental pemain yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri.

Beliau pernah meminta bantuan rakan baik dan kaptennya di Chile kerana mahu mendapatkan kembali keyakinan itu.

Sanchez masih ada banyak masa untuk membuktikan dirinya. Namun haruslah bermula dengan segera.

Mourinho ‘gamble’ dengan masa depan pemain seperti Martial dan terpaksa mengurangkan minit perlawanan Rashford demi Alexis Sanchez.

Janganlah beliau dikenang dengan video piano. Biarlah beliau dikenang dengan sumbangan yang signifikan di dalam padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN