Kedah menang tipis 1-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala FA 2017. Kedah memulakan perlawanan dengan 4-2-3-1. Tiada sebab untuk Nidzam Adzha melakukan perubahan sistem ini.
Beliau meneruskan apa yang telah beliau pelajari daripada Tan Cheng Hoe selama ini. Terengganu pula bermula dengan formasi 4-1-4-1.
Kedah kembali cair di dalam gerakan
Cair yang saya maksudkan adalah fluid. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini Kedah berhadapan dengan masalah prestasi.
Antara isu yang ketara untuk Kedah adalah kegagalan mereka mendapat rentak terbaik dengan bermain lebih fluid seperti yang mereka lakukan pada fasa cemerlang mereka awal musim.
Pemain seperti Sandro memberikan komitmen lebih baik dalam padang dengan turun sehingga ke kawasan pertahanan (defensive third) untuk memastikan sokongan antara pemain itu berkesan.
Pendekatan 4-1-4-1 Terengganu pada separuh masa pertama nyata memudahkan pasukan Kedah untuk menguasai zon padat (tight area) terutamanya pada sekitar minit ke-10 sehingga minit ke-30.
Fasa di mana mereka sangat dominan pada separuh masa pertama. Namun pada babak akhir separuh masa pertama, Kedah ada isu dengan intensiti yang lemah.
[signinlocker id=”42052″]
Terengganu 4-1-4-1 dan 4-4-2
Pada fasa Terengganu bermain 4-1-4-1, Kedah berjaya mendapat ruang yang besar di zon 14. Memaksa pemain bek tegah keluar terlalu awal untuk membantu Shukur yang ditekan oleh Sandro dan Liridon.
Lihat contoh di bawah ini, bagaimana Lazaro cuba membantu Shukur di hadapan dan akhirnya mendedahkan situas 2 vs 3 untuk Kedah.
Pada separuh masa kedua, Terengganu menggunakan pendekatan 4-4-2. Mereka lebih protektif kepada bek berempat.
Namun situasi yang jelas, mereka turun terlalu ke bawah pada separuh masa kedua dan agak soft ketika memberikan desakan dan tekanan kepada lawan.
Mereka perlu lebih agresif dalam bertahan. Hal ini membolehkan Kedah mara lebih jauh tanpa cabaran yang kuat untuk mengganggu struktur serangan Kedah.
Pada masa yang sama kelemahan apabila mereka turun terlalu ke bawah, mereka tidak ada pelan serangan balas berkesan.
Mereka lemah dalam bermain serangan kilat dengan pilihan bermain hantaran panjang. Itu hanya opsyen mereka ada apabila turun terlalu ke bawah.
Kelemahan sistem 4-4-2 pula, Faiz Nasir kurang efektif dalam sistem ini berbanding dengan sistem ini kerana ia turun terlalu ke bawah.
Sistem taktikal Kedah separuh masa kedua
Kedah mengurangkan wing rotation pada separuh masa kedua. Mereka lebih fokus kepada memenuhkan kawasan serangan dengan segera.
Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon lebih terhad (limited) peranan mereka dari segi formasi. Ia pendekatan yang bijak kerana mereka kurang berkesan dengan sistem wing rotation yang terlalu kerap. Kenapa?
Baddrol Bakhtiar lebih selesa untuk beroperasi di half-space sebelah kanan.
Pada fasa kemasukan Farhan Roslan pada separuh masa kedua, Nidzam Adzha melakukan tactical tweaks dengan mengarahkan Kedah bermain 4-4-1-1.
Farhan Roslan bermain peranan yang mirip dengan Jorge Pereyra Diaz musim lalu iaitu sebagai central winger.
Anda boleh baca di dalam artikel: Diaz, Senjata Utama Mario Gomez Mengejutkan Bola Sepak Malaysia.
Atau anda baca pendefinisian central winger/sayap tengah ini dalam artikel kami bertajuk: Mengenali Pemain Sayap Tengah, Baka No.10 Moden.
Saya bukan nak menyamakan kualiti Farhan dengan Diaz, tetapi saya memberitahu peranan Farhan Roslan sebagai central winger.
Ia berbeza dengan peranan Sandro yang bermain no.10 klasik dalam perlawanan ini. Sandro bermain baik pada dasarnya, dan pertukaran ini pastinya agak menarik perhatian.
Kebiasannya Farhan Roslan kerap diarahkan bermain di posisi sayap.
Beliau jelas menjadi game-changer di dalam perlawanan ini. Ketika Terengganu bermain 2 banks of four dengan sistem 4-4-2, Kedah meningkatkan ancaman dengan desakan/pressing yang lebih kuat.
Namun mereka kerap hilang animasi di kawasan serangan apabila Ilso berada di half-space untuk mencipta peluang.
Kemasukan Farhan memperbaiki isu ini. Dia berya menjadi pembantu (deputy) kepada Ilso.
Faiz Nasir
Saya sediakan satu perenggan khas untuk pemain ini. Beliau adalah pemain terbaik pada separuh masa pertama. Dan kemungkinan pemain terbaik dalam perlawanan ini.
Namun sayangnya dalam bola sepak MOTM adalah sentiasa dari pasukan yang menang. Walau apa jua sistem Terengganu semalam, Faiz Nasir adalah kunci utama kepada mereka untuk mencipta ancaman.
Pemain muda yang memiliki kemampuan kawalan bola, gelecekan dan visi yang agak tinggi untuk kategori pemain Malaysia.
Penilaian
Irfan Bakti jelas mahu lebih melindungi dari dibolosi pada separuh masa kedua dengan sistem yang turun terlalu ke bawah pada fasa terlalu awal.
Saya faham keadaan tersebut kerana ada beza yang jelas dari segi kualiti pemain kedua-dua pasukan.
Namun Terengganu tidak ada pelan serangan balas yang berkesan membuatkan circulation mereka sangat lemah. Terengganu memiliki 2 pemain dalam prestasi yang terbaik. Faiz Nasir dan Amierul Hakimi.
Amierul Hakimi adalah sebab utama kedudukan jaringan itu hanya 1-0. Dan tidak lupa juga pembaziran pasukan Kedah di hadapan gol.
Untuk Kedah, ia adalah ujian pertama yang lulus cemerlang untuk Nidzam Adzha. Sistem beliau berfungsi baik cuma pemain Kedah ada masalah dengan penyudah di hadapan gol.
Untuk perkara itu, ia bukan isu taktikal, ia isu teknikal pemain. Tweaks kepada 4-4-1-1 memberikan kemenangan kepada pasukan Kedah.
Kedah hampir kembali ke prestasi terbaik mereka. Cuma sedikit isu dengan mentaliti di dalam padang. Pemain seperti Fitri Omar harus lebih fokus kepada bola sepak dan cuba sedaya upaya mengelakkan insiden.
Secara keseluruhannya, pelan pertahanan Irfan Bakti hampir membuahkan hasil kerana mereka cuba bertahan sebaik mungkin tetapi kecairan pasukan Kedah memberikan mereka masalah.
Pemain terbaik
Farhan Roslan (Kedah)
Jika perlawanan ini seri 0-0, pemain terbaik sudah pasti menjadi milik penjaga gol Terengganu. Namun Farhan Roslan memberikan impak sangat segera.
Selain menjaringkan gol selepas hanya seminit di padang, beliau juga terus melakukan ancaman demi ancaman termasuk mencipta peluang gol.
Ken Ilso juga antara pemain yang cemerlang dalam perlawanan ini.
Baca juga: Farhan Roslan Beri Kelebihan Buat Kedah Menjelang Aksi Kedua Di Kuala Terengganu
[/signinlocker]