Analisis: Juan Antonio Pizzi, ‘Mastermind’ Fast And Furious Sedang Membimbing Arab Saudi

Sebaik sahaja Jorge Sampaoli meninggalkan skuad Chile selepas Piala Dunia 2014, ramai merasakan itu adalah petanda tidak baik kepada bola sepak Chile.

Sampaoli telah menerapkan bola sepak bertenaga yang digelar pengulas perlawanan sebagai fast and furious football. Mereka bukan pasukan yang boleh menyimpan lama seperti Brazil, Jerman ataupun Sepanyol.

Jadi, Sampaoli mengarahkan pemain beliau, setiap kali merampas bola, gerakkan bola secepat mungkin dengan disulami dengan gerakan tanpa bola secara berpasukan.

Chile kemudian diuruskan oleh Juan Antonio Pizzi. Menariknya, pemilihan jurulatih dilakukan oleh Chile sebaik mungkin. Chile menggunakan asas falsafah taktikal Marcelo Bielsa sejak 2007.

Jadi, jika dalam filem Fast And Furious, nama Dominic Toretto adalah mastermind kepada pasukan beliau, dalam bola sepak Chile Juan Antonio Pizzi pernah memegang watak itu dahulu.

Fast and furious football

Selepas Bielsa meninggalkan Chile pada 2011, seatahun kemudian mereka melantik Sampaoli yang menerapkan sistem bola sepak berasaskan energetic football.

Fokal mereka adalah Alexis Sanchez. Pada Piala Dunia 2014, Chile memberikan salah satu aksi terbaik. Mereka cuba menekan lawan di garisan tinggi dan menggerakkan bola dengan sangat cepat.

Mereka memiliki kelompok pemain yang boleh bermain sehari suntuk di dalam padang. Sangat berstamina tinggi.

Juan Antonio Pizzi memiliki corak yang sama. Beliau meneruskan lagi usaha 2 jurulatih ini dan akhirnya Chile menjuarai Copa America pada 2016. Pencapaian terbaik dalam bola sepak Chile.

Juan Antonio Pizzi memperbaiki aspek keagrasifan di dalam padang dan fokus kepada gerakan lebih penetratif dan vertikal. Pemain semakin bagus dalam sistem ‘man-oriented pressing’.

Pizzi mulai memperbaiki aspek hantaran supaya lebih dipendekkan dan sokongan antara pemain dipertingkatkan. Usaha ini berjaya. Pemain tengah seperti Arturo Vidal lebih selesa untuk merapatkan 2 garisan taktikal iaitu pertahanan dan serangan.

Taktikal ini mengurangkan bebanan kepada Sanchez untuk terlalu banyak mengejar bola hantaran panjang. Pada Piala Konfederasi 2017, Chile mulai memperbaiki aspek hantaran lintang mereka. Banyak hantaran lintang mereka mencetuskan bahaya.

15 minit pertama adalah fasa untuk mereka mengakses kemampuan mereka ataupun lawan mereka di dalam perlawanan. Jika mereka merasakan lawan mereka jauh lebih baik, mereka akan mengenakan sistem yang lebih bertahan dan direct football.

Jika mereka merasakan sebaliknya, mereka akan terus cuba menyerang dengan kerap. Ada beberapa perlawanan mereka berhadapan dengan pasukan lebih baik tetapi di dalam perlawanan pasukan tersebut tidak berada dalam prestasi optimum. Chile akan cuba bermain bola sepak menyerang mereka pada fasa lawan mereka terkial-kial mencari rentak.

Jadi, mereka ada pelan sokongan yang sangat banyak. Mereka mencipta karakter sebagai pasukan underdog ataupun karakter sebagai pencabar. Oleh itu, mereka ada pelan pertahanan ‘man to man marking’ yang klasik.

Serangan

Kualiti serangan balas adalah aspek yang sangat penting dalam sistem Pizzi bukannya kuantiti serangan balas.

Beliau ibarat Jose Mourinho yang mementingkan aspek kitaran (circulation) bola yang kemas pada fasa serangan balas. Mereka akan cuba menyudahkannya dengan sedaya upaya.

Sebab itu anda akan ada satu jangkaan, pemain seperti Sanchez akan melakukan percubaan dalam apa jua keadaan sebaik sahaja tiba di kawasan serangan.

Berbeza dengan pemain-pemain Brazil dan Sepanyol yang akan mematah balik bola apabila ruang ditutup. Bagi Chile, apabila sampai di atas, anda harus lakukan sahaja percubaan. Tiada tekanan dalam pasukan ini walaupun anda melakukan 7 percubaan ke langit sekalipun. Mereka akan sentiasa menghargai sesama sendiri.

Salah satu perkara yang membezakan Sampaoli dengan Pizzi adalah aspek formasi asymmetrical ataupun susunan pada garis selari. Ini adalah antara asas susunan Sampaoli yang tak gemarkan asymmetrical. Contohnya, Isla dan Mena sangat berbeza. Isla jauh lebih advance. Vidal pula seperti hibrid no.8 dan 10.

Ini adalah contoh susunan formasi yang lebih fluid oleh Sampaoli.

Sistem ini yang saya jelaskan di atas akan mengurangkan beban Sanchez daripada pergi terlalu ke tepi untuk mengutip bola seperti dalam sistem Sampaoli. Untuk pasukan yang ada ramai pemain teknikal sudah pastinya sistem fluid dan banyak bergerak ini sesuai.

Tetapi untuk pasukan Chile mereka tidak boleh terlalu fluid kerana kualiti teknikal mereka terhad. Lihat gambar di bawah ini ketika Copa America menentang Argentina. 2  flanker berada pada platform selari. Keseimbangan adalah elemen yang sangat penting.

Juan Antonio Pizzi meletakkan jawatan sebagai jurulatih Chile sebaik sahaja gagal membawa Chile ke Piala Dunia. Namun beliau telah berada dalam fasa sejarah terbaik bola sepak Chile. Juara Copa America dan kemudian mara ke final Piala Konfederasi.

Harus diakui, kekurangan pelapis berbakat menjadi sokongan kepada pemain utama juga antara sebab hal ini berlaku. Beza kualiti pemain utama dan kedua terlalu jauh.

Pizzi dan Arab Saudi

Jika Arab Saudi menjadikan Pizzi sebagai asas kepada pembinaan DNA taktikal kepada masa hadapan, beliau adalah orang yang tepat dan lebih murah kosnya berbanding dengan nama-nama lain yang berprinsipkan Bielsa Scholar.

Sudah pastinya enjin kereta beliau kali ini berbeza dengan apa yang ada di Chile.

Namun jika Arab Saudi mengharapkan hasil segera, mereka mungkin harus memikirkan semula isu ini. Hal ini kerana, Juan Antonio Pizzi adalah pemegang falsafah bola sepak yang sangat berbeza dengan corak bola sepak Arab Saudi yang kita kenali dengan sistem pasif.

Mereka kerap hadir ke Piala Dunia dengan sistem bek berlima ataupun sistem 4-5-1 yang defensif. Hari ini menentang Rusia, adakah Pizzi dan Arab Saudi akan menunjukkan ada perubahan dalam sistem taktikal mereka?

Sebelum ini Roberto Mancini mengakui terkejut dengan gaya permainan Arab Saudi yang sangat pantas di bawah Pizzi.

“Mereka sangat pantas dalam serangan serta ada beberapa pemain berteknikal baik sekali. Mereka akan mampu memberikan masalah kepada sesiapa sahaja.”

Pizzi pula menyatakan mereka akan cuba bermain dengan memaksimumkan kekuatan pemain yang ada.

Adakah pengarah yang pernah mengarahkan babak fast and furios dalam padang bersama Chile ini akan dapat memberikan impak dalam Piala Dunia kali ini?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN