Analisis: Joao Felix, ‘Floating Attacker’ £113 Juta Atletico Yang Versatile

Joao Felix

Joap Felix telah menjadi antara perpindahan yang menggemparkan pada kali ini. Sebelum ini pasti ramai merasakan Benfica memasukkan klausa yang tidak relevan ke atas kontrak pemain muda itu.

Ternyata benar-benar ada pasukan yang sanggup membayar £113 juta.

Joao Felix merupakan penyerang muda dari Portugal yang lahir pada 10 November 1999.

Posisi dan gaya permainan

Joao Felix merupakan tipikal ‘floating attacker’. Oleh itu beliau boleh menjadi penyerang kedua, pemain no.10 dan juga pemain no.8. Felix adalah perancang di kawasan atas ataupun ‘advance playmaker.

Nama beliau meningkat naik sejak dipromosi ke dalam pasukan utama Benfica.

Selain daripada lebih cenderung dengan formasi di kawasan antara garisan (between the lines) / zon 14, Felix juga pemain yang berupaya untuk memberikan impak di bahagian sayap.

Versatiliti dan juga kemampuan untuk mencipta dan menjaringkan gol membuatkan Joao Felix menjadi ‘barang panas’ di dalam jendela perpindahan.

Ketika di Benfica B beliau menjadi penyerang kedua dengan berlegar-legar di belakang penyerang dan memecahkan kawasn padat pasukan lawan.

Dari segi visi, beliau memiliki visi yang baik dengan purata jarak hantaran menunjukkan beliau adalah tipikal perancang dengan ‘short passes’.

Ketika di Benfica beliau selesa dengan sistem yang menggandingkan beliau dengan target man. Felix akan cuba mencari peluang bola kedua mahupun memanipulasi ruang di dalam kotak penalti.

Joao Felix menjaringna 15 gol dalam 26 perlawanan liga dengan melakukan 7 bantuan gol. Secara purata, beliau melakukan 2.6 percubaan gol setiap perlawanan dan juga 0.7 gelecekan per 90 minit.

Taktikal Diego Simoene sangan cocok dengan Joao Felix kerana beliau gemar menggandingkan ‘floating attacker’ seperti Griezmann dengan target man seperti Diego Costa dan Alvaro Morata.

Musim hadapan Atletico akan memiliki penyerang utama seperti Alvaro Morata, Nikola Kalinic dan Diego Costa.

Pembelian Joao Felix memang adalah untuk menggantikan Antoine Griezmann. Seterusnya, Griezmann merupakan pemain yang boleh menjadi no.9 tunggal apabila diperlukan.

Joao Felix masih muda. Dan beliau kerap bermain sebagai penyerang kedua apabila Benfica bermain sistem 4-4-2.

Simeone akan mengambil tanggungjawab untuk membentuk Joao Felix sebagai penjaring 20 gol semusim. Beliau membuktikan dirinya antara pemain yang memiliki naluri yang baik dalam menunggu bola di dalam kotak penalti.

Beliau mendapat jolokan Kaka baru kerana gaya permainan beliau yang suka mengucar kacirkan lawan dengan gelecekan yang direct- bukan dengan step over yang banyal – tetapi laju. Felix juga sangat tenang bermain di zon padat dan berusaha mengekalkan penguasaan bola serta melepaskan bola pada masa terbaik.

Keupayaan dan variasi pada permainan Joao Felix akan memberikan manfaat kepada fleksibiliti permainan Atletico. Mereka boleh menukar sistem permainan dengan kerap di atas padang.

Simeone dikenali dengan jurulatih yang agak ‘structured’ dalam aspek bertahan. Namun dari segi serangan beliau suka memberikan kebebasan kepada pemain no.10 ataupun penyerang kedua.

Satu lagi elemen yang penting ada pada Joao Felix adalah kerajinan ketika melakukan ‘pressing’. Inilah sebab kenapa Pep Guardiola pernah dilaporkan berkenan dengan pemain ini. Pada era beliau di akademi Benfica menerapkan sistem ‘high pressing’.

Para pemain akademi diarahkan bermain 30-40 permainan intensif. Dan Joao Felix adalah graduan yang sentiasa berada di ‘top rank’ dalam kertas penilaian.

Ketika bersama dengan skuad senior Benfica, kerajinan Joao Felix dan keupayaan beliau melakukan pressing membolehkan beliau melambatkan/mengganggu aliran bola – dan para pemain lain fokus untuk ‘reshape’.

Lihat gambar di bawah, beliau turun melakukan ‘track back’ asas dalam bola sepak iaitu pemain sayap perlu mengawasi pemain bek sisi lawan.

Cabaran Joao Felix dan Atletico

Bagi penulis, Joao Felix akan dinilai sebagai ‘marquee player’ dan bukannya bakat muda pada musim pertama beliau. Hal ini kerana tag harga dan jumlah yang dibayar Atletico untuk beliau.

Dari sudut pembangunan bola sepak, ianya satu penilaian yang agak drastik. Tetapi itulah bola sepak pada hari ini. Pemain seperti Jorginho yang bermain di tengah (DM) pun turut dinilai berdasarkan ‘assist’ dan gol, kerana tanda harga. Jika dahulu, pemain tengah yang mampu menjaringkan gol dan assist yang banyak dianggap sebagai bonus kepada pasukan.

Seterusnya, Joao Felix harus menerima hakikat beliau adalah dibeli untuk menggantikan Griezmann secara terus. Walaupun Griezman – ketika artikel ini ditulis – masih sah pemain Atletico.

Bagi Atletico pula, mereka ada cabaran dalam membangunkan bakat serangan seperti Joao Felix. Dalam beberapa musim kebelakangan ini, mereka banyak melakukan ‘deal’ yang kurang memberangsangkan dalam pembelian penyerang.

Namun begitu mereka ada rekod yang baik dalam menghasilkan penyerang berkelas dunia.

Mereka membeli Felix atas dasar kualiti yang sedia ada – namun aspek kualiti yang sedia ada ini tidak akan mencecah £113 juta. Habis itu? Kenapa Atletico sanggup membayar £113 juta? Ya, mereka sanggup membayar amaun tambahan kerana potensi pemain itu.

Apabila bercakap tentang potensi, ianya adalah graf yang tidak tersurat. Ianya graf yang berbentuk jangkaan. Untuk mencapai potensi yang diharapkan, kejurulatihan dan pemain terlibat ada kerja untuk dilakukan bagi memastikan objektif tercapai.

Harapan daripada penyokong adalah perkara yang memberikan tekanan tersendiri untuk pemain seperti Joao Felix.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN