Analisis: JDT Kalah Kerana Masalah Kualiti Pasukan Ataupun Pengurusan Taktikal?

Sumareh

Semalam Raul Longhi menegaskan mereka beraksi dalam pasukan yang pincang tanpa kualiti serangan dan terpaksa bergantung kepada kualiti pasukan yang ada.

Kami bersetuju JDT membuat kesilapan defensif yang membuatkan ‘game over’ pada gol ke-2, di mana JDT perlu mencari 3 gol pada fasa itu.

Namun kami agak kurang bersetuju dengan kenyataan Longhi berkaitan dengan kualiti pasukan. Secara asasnya, JDT memiliki kualiti skuad ke-2 dan ke-3 yang sangat baik.

Bahkan pemain simpanan mereka senang-senang sahaja menjadi pemain utama di dalam pasukan lain. Bukan itu sahaja, kualiti pemain JDTII pun kelihatan mudah untuk menembusi kesebelasan dalam pasukan lain termasuk di Liga Super.

Kami mengambil kira kualiti 2 pasukan ini. Ini adalah kesebelasan utama yang mereka turunkan semalam.

Analisis Posisi vs Posisi

Farizal Marlias vs Helmi Eliza – Secara statistik mungkin lebih memihak kepada Helmi Eliza kerana beliau lebih banyak perlawanan. Namun Farizal tetap penjaga gol yang baik dengan dilindungi bek tengah yang lebih fizikal.

Pertahanan tengah

Marcos Antonio dan Fadhli Shas vs Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin

Mudah sahaja kami akan memilih gandingan Marcos dan Fadhli Shas. Marcos Antonio pemain pertahanan import yang berkualiti. Fadhli Shas adalah pemain bek tengah kebangsaan.

Namun Dollah Salleh tetap percayakan 2 bek tengah beliau. Satu pujian kepada Dollah Salleh musim ini.

Bek sisi

Azriff Nasrulhaq dan Corbin Ong vs Faisal Rosli dan  Matthew Davies

Kualiti bek sisi JDT kelihatan lebih baik dengan Matthew Davies kelihatan berada dalam kualiti yang hampir sama dengan kualiti dimiliki JDT.

Tengah

Walaupun atas kertas, Pahang bermain dengan 4-1-4-1. Unit tengah mereka tetap berasaskan 3 pemain utama iaitu, Safuwan Baharuddin, Azam Azih dan Kogileswaran. Sekarang bandingkan dengan Hariss Harun, Natxo Insa dan Nazmi Faiz.

Sumber: JST, Facebook.

Rasanya, gandingan pemain tengah JDT lebih baik daripada yang dimiliki pasukan Pahang. Safuwan Baharuddin dalam prestasi terbaik dan beliau adalah protege kepada Hariss Harun di Singapura.

Manakala Azam Azih dan Kogileswaran vs Natxo Insa dan Nazmi Faiz. Kualiti Natxo dan Nazmi Faiz adalah lebih baik jika dikira dari segi aspek teknikal. Pahang menurunkan 2 pemain muda vs marquee player (Natxo Insa) dan proven player (Nazmi Faiz).

Di bahagian sayap, JDT ada Safawi Rasid dan juga Gonzalo Cabrera. Pahang Pula ada Sumareh dan Vathanaka. Kita bandingkan yang terbaik vs terbaik.

Dalam kem JDT yang ada, kami rasa, Safawi pemain tengah terbaik mereka sekarang. Jadi, Safawi vs Sumareh bukanlah kualiti yang terlalu jauh. Manakala Cabrera vs Vathanaka, kami akan pilih Cabrera.

Jika mahu membandingkan kualiti import luar ASEAN dengan ASEAN vs ASEAN. Cabrera vs Sumareh adalah hampir memiliki kualiti yang sama. Cuma bezanya, Sumareh lebih ‘direct’ dan Cabrera lebih ‘fancy’.

Safawi vs Vathanaka, bak kata orang putih, ‘any day’ kami akan pilih Safawi Rasid.

Pahang cuma ada lebih kualiti di posisi no.9 iaitu Cruz berbanding dengan Hazwan Bakri oleh JDT.

Sumber: Pahang FA, Facebook

Namun musim ini JDT bukanlah pasukan yang terlalu bergantung kepada no.9. Mereka menggunakan 3 serangan mereka sebagai sumber gol secara aktif.

Jadi dari segi unit serangan, JDT tetap memiliki unit serangan yang baik. Jangan lupa, Pahang pun turut kehilangan penyerang utama mereka, Forkey Doe.

Jika menilai posisi vs posisi bertentangan.

Di tengah kami dah ulas di atas. Kami akan buat perbandingan, bek sisi vs pemain sayap lawan.

Sumareh vs Corbin Ong

Vathanaka vs Azriff Nasrulhaq

Safawi Rasid vs Faisal Rosli

Cabrera vs Mathhew Davies

Daripada gambaran di atas, Sumareh dan Corbin Ong jelas sekali satu pertarungan yang sangat sengit. Begitu juga dengan Cabrera vs Davies.

Bahkan Pahang ada masalah dengan isu merantai Safawi Rasid dan Cabrera yang mendapat sokongan daripada Corbin Ong secara aktif.

Jadi, untuk perlawanan ini, kami rasa kualiti pasukan secara teknikal bukan masalah utama JDT. Tetapi lebih kepada taktikal.

Pemilihan pasukan oleh Longhi semalam rasanya tidak perlu dipertikaikan. Beliau memilih pemain yang beraksi baik dalam perlawanan sebelum ini kecuali Hazwan Bakri yang jelas kurang pilihan.

Tetapi JDT adalah pasukan yang menyerang dan menjaringkan gol dengan pilihan yang sangat banyak. Pemain tengah dan pertahanan mereka pun boleh menjaringkan gol.

Taktikal Longhi

Longhi gagal menyediakan pasukan yang sedia bermain dalam kondisi padang yang becak seperti semalam. Berbeza dengan Pahang yang lebih baik dan ada pelan permainan yang lebih jelas.

Setiap pasukan dan pemain profesional pastinya sentiasa bersedia untuk bermain dalam apa juga cuaca dan kondisi padang.

JDT hilang percikan kreativiti (creativity spark) dalam perlawanan ini. Pemain-pemain JDT hanya bergantung kepada hantaran pendek dan tak ada kemampuan untuk bermain hantaran panjang. Mereka gagal bermain lebih ‘direct’ dan ‘decisive’.

Seterusnya, Longhi perlu menghentikan segera pemain yang terlalu banyak sentuhan ke atas bola dalam keadaan padang semalam.

Raul Longhi kekal sebagai jurulatih JDT.

Cabrera antara pemain yang terlalu banyak menggelecek. Sebelum ini Jose Mourinho mengkritik pemain-pemain beliau yang terlalu banyak membuat sentuhan bola ekstra, skil ekstra, extra turn, fancy dan tidak cukup segera.


Sebab ‘fancy’-lah mereka melepaskan gol ke-2 ketika Fadhli Shas cuba melakukan body feint dan terkena ‘pressure’ lalu hilang bola.

Respon kepada gol Pahang

JDT gagal memberikan reaksi sebagai ‘JDT’ yang kita lihat sebelum ini ke atas gol Pahang. Pemain seperti Hazwan Bakri hilang fokus dalam padang. Banyak bentesan keras dilakukan kerana ‘frustrated’.

Pahang bertahan dengan unit 4-5-1. Longhi menaikkan Azriff ke atas untuk menambahkan opsyen hantaran lintang. Tetapi penyerang utama mereka, Hazwan Bakri ‘isolated’. Hazwan lebih banyak mengkritik pengadil berbanding dengan melakukan percubaan tepat.

Natxo Insa sendiri menunjukkan kekecewaan beliau dengan cara pasukan mereka respon kepada Pahang selepas ketinggalan 2-0. Ini respon Insa ketika beliau melihat Fadhli Shas melakukan bentesan dalam keadaan JDT ada ‘numerical advantage’.

Beliau tidak menggunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin sejak ketiadaan Figueroa. Beliau pemain yang bagus tetapi untuk menjadi pemain utama JDT, masih banyak perkara yang perlu beliau lakukan. Tak perlu ambil contoh jauh, lihat pada Safawi Rasid.

Pemain ini menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Meningkatkan aspek fizikal dan taktikal. Anda melihat Safawi sangat kompeten dari segi fizikal. Azriff sendiri walaupun kecil tetapi sangat keras fizikal beliau, itu yang mereka dapat di kem latihan JDT. Kenapa tidak Hazwan Bakri?

Sumber: Pahang FA, facebook.

Rumusan

Jadi, penilaian kami, aspek taktikal dan disiplin pemain-pemain JDT adalah punca utama kekalahan mereka selain daripada kesilapan pertahanan membunuh.

Tidak dinafikan kualiti pasukan mereka agak merosot dengan kehilangan Diaz dan Figueroa tetapi kualiti mereka tetap cukup bagus untuk beraksi dengan mana-mana pasukan di Liga M. Untuk Piala AFC ia adalah penilaian berbeza.

Dengan pemain import baru pada pertengahan musim ini ia hanyalah menambahkan semula saiz pasukan, ‘depth’ yang akan menaikkan kekuatan pasukan mereka yang ada. Tidak bermaksud mereka tidak cukup kualiti pada ketika ini. Lihatlah kedudukan mereka di dalam liga.

JDT hilang karakter dalam perlawanan ini. Mereka memberikan respon yang tidak cukup baik untuk gol pertama. Penyokong JDT pasti merindui zaman JDT menjuarai Piala AFC di mana mereka memiliki karakter yang kuat untuk respon kepada tekanan.

Pahang bermain sebagai pasukan. Manakala JDT gagal untuk ‘settle down’ dalam perlawanan ini.

Anda pasti teringat dengan cara Morais memberikan respon apabila ketinggalan ataupun dalam tekanan dengan formasi ultra offensive 4-2-4. 2 Artikel ini anda boleh baca:

Analisis Taktikal: Perak Terlalu Ke Bawah, 4-2-4 Selamatkan JDT Sekali Lagi

Analisis Taktikal: 4-2-4 Bantu JDT Rampas Semula Perlawanan Dari Sarawak

Raul Longhi pasti banyak belajar sesuatu daripada perlawanan ini. Ini adalah ‘reality check’ kepada JDT. Komen yang ‘fairplay’ daripada TMJ.

Pahang telah melakukan tugasan mereka dengan sangat baik. Sudah menjadi lumrah bola sepak ada menang dan kalah. Tetapi untuk menewaskan JDT 3-0 di Larkin dan mengakhiri ‘streaks’ tanpa kalah yang panjang mereka di ‘fortress’ mereka, bukan satu tugas mudah jika tiada disiplin bertahan dan kemampuan menyerang yang baik.

JDT telah melepaskan komitmen untuk Piala FA, jadi selepas ini mereka akan lebih masa untuk fokus kepada Liga Super dengan kemasukan pemain baru seperti Harry Novillo selepas ini.

Kami juga tak hairan jika JDT berjaya melakukan kejutan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala AFC dan mara ke pusingan kalah mati jika mereka kembali kepada bermain dengan kekuatan optimum.

Itu adalah penilaian kami. Anda bagaimana? Adakah isu pasukan tak cukup kualiti menjadi masalah utama JDT? Kami alu-alukan komen konstruktif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN