Analisis Taktikal: Perak Terlalu Ke Bawah, 4-2-4 Selamatkan JDT Sekali Lagi

Dalam perlawanan Liga Super 2017 di antara JDT dengan Perak, JDT bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 2-1.

Permulaan

JDT mengekalkan sistem 4-3-3 mereka dengan menggandingkan Marcos dan Fadhli Shas sekali lagi di bek tengah.

Perak menurunkan formasi dengan ramai pemain di posisi lemah dalam sistem 4-2-3-1/4-4-1-1. Hafiz Kamal diletakkan di sayap kiri.

Perak turun terlalu ke bawah

Bermula sahaja wisel permulaan, Perak sudah menunjukkan fokus mereka adalah untuk bertahan. Tetapi cara mereka bertahan sangat ‘menyeramkan’ apabila mengambil kira kualiti pemain pemain JDT untuk melakukan cubaan di luar kotak penalti.

Perak bertahan dengan sistem yang membentuk 6 pemain di garisan akhir pertahanan mereka. Perak bertahan dengan unit pemain yang ramai, sistem pressing mereka lemah.

Mereka banyak bergantung kepada permainan fizikal. Dalam beberapa keadaan, pemain Perak terlalu cepat melancarkan bentesan. Kualiti bentesan yang lemah membuatkan banyak ruang di belakang yang dimanipulasi.

Perak cuba menyerang dengan sistem serangan balas, namun mereka lemah di 2 bahagian sayap. Hafiz Kamal dan Nasir Basharuddin tidak kompeten untuk bermain sayap.

Kesannya, sistem bola sepak Perak amat lemah dan struktur yang goyah.

4-3-3 JDT, Natxo beraksi solo

Apa sudah jadi dengan trio tengah JDT? Sepanjang separuh masa pertama Natxo Insa bermain seorang diri di tengah. Afiq Fazail dan Safiq Rahim gagal berhubung lebih baik dengan Natxo.

Natxo melakukan banyak kerja, turun sedikit ke bawah untuk menerima bola. Memenangi bola di tengah. Mencipta platform seorang diri. Menukar arah bola ke kiri dan kanan serta mencipta peluang gol.

Safiq Rahim hanya mampu bergerak dalam ‘pace’ dan ‘teamwork’ yang rendah walaupun 2 kali beliau hampir meletakkan JDT di hadapan. Namun secara total beliau gagal menjadi berpasukan.

Kesan yang ketara pada separuh masa pertama, pemain serangan bertiga JDT bergantung pada satu sumber. Harus diakui 4-3-3 JDT pada separuh masa pertama rosak di pivot. Gagal untuk membentuk gandingan lebih kuat di tengah.

Mereka nampak lebih baik pada separuh masa pertama kerana Perak agak negatif dan terlalu turun ke bawah. Terlalu ramai pemain JDT pada separuh masa pertama beraksi pada intensiti rendah.

Ini adalah gambaran bagaimana Perak menurunkan 2 pemain tengah pertahanan mereka untuk membentuk doubling marking.

Sistem itu sudah ada tetapi perlaksanaannya agak kurang berkualiti kerana terlalu banyak faul dilakukan. JDT pula jelas ada masalah trio tengah tidak bermain sebagai unit dan memutuskan sumber bekalan ke sisi.

Morais dengan 4-2-4 sekali lagi

Bermula sahaja wisel separuh masa kedua, JDT mengaktifkan sistem 4-2-4 sekali lagi. Ia agak mengejutkan untuk mengaktifkan sistem 4-2-4 yang merupakan ultra offensive seawal separuh masa kedua.

Morais tahu yang mereka perlu tingkatkan intensiti dan mereka tahu Perak akan kekal dengan sistem yang sama pada separuh masa kedua.

Belum pun sempat JDT mencengkam pasukan Perak dengan sistem yang jelas meletakkan 4 pemain di setiap posisi pemain pertahanan Perak, Fadhli Shas sudah membangkitkan JDT dengan gol penyamaan awal separuh masa kedua.

Perak seperti biasa, mereka bertahan dengan ramai pemain namun kerap keliru dengan apa yang harus dilakukan. Pemain gagal mempertahanan bola (defend the ball). Hafizul Hakim membuat kesilapan membunuh diri sendiri.

Satu tumbukan yang menghala ke bawah.

Perak ditekan teruk

Pada fasa separuh masa kedua, animasi JDT lebih baik di tengah dan di atas. Mereka sebenarnya tidak ada impak walaupun mengeluarkan Afiq Fazail kerana Perak terlalu ke belakang.

Sistem 4-2-4 membuatkan pertahanan Perak panik. Leandro dan Shahrul Saad perlu lebih banyak melindungi bek berempat di blok sangat rendah. Ini yang merencatkan circulation bola.

Hafiz Kamal terlalu lemah secara mobiliti untuk bermain sayap walaupun dia melakukan sepakan percuma kelas dunia.

JDT mendahului hasil gol kontroversi Ghaddar. Kesilapan oleh penjaga garisan. Ofsaid itu marginal (ketara) bukannya fractional (tight call).

Perak gagal melakukan pertukaran yang signifikan untuk membantu memperbaiki sistem mereka. Gilmar berterusan terputus hubungan dengan pemain lain. Sistem serangan balas mereka tidak efektif kerana kurang laju di sayap mahupun di tengah.

Penilaian

Jika tiada gol ofsaid Ghaddar itu, JDT akan menagkhiri perlawanan ini dengan seri. Secara adilnya, JDT terlalu banyak mensia-siakan peluang.

Namun itulah bola sepak. Kadangkala sesebuah pasukan itu disebut ‘win ugly’ dengan gol seperti ofsaid. Itu biasa dalam bola sepak.

Dari sudut taktikal pula, JDT jelas pasukan lebih baik. Mereka melakukan transisi dalam taktikal mereka. Mehmet pula kering idea untuk menggunakan pelan alternatif.

Sekali lagi keupayaan Morais menyediakan pelan B ataupun dengan 4-2-4 menjadi asas kebangkitan mereka.

Perak cuba bermain bertahan tetapi mereka terlalu banyak permainan fizikal. Bak kata mendiang Weigang:

“Agresif bukan bermain kasar. Itu 2 perkara berbeza.”

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Natxo Insa (JDT)

MALAYSIA. Johor Bahru: JDT’s player Natxo Insa / Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

Pemain ini di kelas tersendiri. Beliau sangat baik dari segi fizikal, kreativiti, hantaran dan juga ketenangan ketika ditekan.

Statistik

Masa Penuh JDT (2) Perak (1)

Possesion: JDT (62%) Perak (38%)

Percubaan ( Tepat ): JDT : 10 (6) Perak : 3 (2)

Kekasaran: JDT (12) Perak (23)

Kad Kuning: JDT (1) Perak (3)

Hantaran Tepat: JDT (413) Perak (143)

Hantaran Tersasar: JDT (70) Perak (66)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN