Thiery Henry memang penyerang yang dikenali dengan keupayaan beliau mencari ruang di dalam padang. Beliau kadangkala nampak malas bergerak dan akhirnya tetap menerima bola di zon bahaya.
Dalam analisis pergerakan Aguero menentang Crystal Palace, Henry menjelaskan bagaimana cara Aguero yang malas bergerak aktif telah menjari pergerakan terbaik beliau.
Jika Aguero bergerak aktif, beliau mungkin akan dikawal oleh pemain lawan terutama sekali Sakho. Namun anda harus fahami maksud Henry ini.
Beliau memaksudkan ‘kadangkala’ bukannya sentiasa malas bergerak. Itulah yang membuatkan rakan Aguero sudah meletakkan sasaran akan menuju ke zon tersebut. Dengarkan analisis di sini:
https://twitter.com/coachdanwright/status/912659375453560832
Manchester City menang besar 5-0 di dalam perlawanan tersebut. Sekaligus meletakkan Palace dalam rekod terburuk di EPL.