Analisis: Falsafah Taktikal Miodrag Radulovic Yang Berteraskan Kestabilan

Lubnan melantik Radulovic sebagai jurulatih mereka pada 2015 dan beliau masih kekal di kerusi tersebut selepas 3 tahun. Apa yang pasti, Radulovic dianggap sebagai ‘tactician’ yang dihormati di Lubnan. Tugasan utama beliau memang untuk membantu Lubnan mara ke Piala Asia 2019. Dan misi itu sudah pun mereka sempurnakan.

Formasi pilihan

Secara asasnya Miodrag Radulovic bergantung kepada 2 formasi utama, iaitu 4-3-3 dan 4-1-4-1. Beliau jarang sekali menggunakan sistem 2 ‘target man’ dalam sistem serangan beliau.

Fasa bertahan

2 formasi pilihan beliau di atas akan menjurus kepada sistem bertahan 4-5-1 ataupun kekal dengan 4-1-4-1. Itu sudah biasa kita lihat.

Sistem 4-3-3 memang kebiasannya akan bertahan dengan 4-5-1. Untuk 4-1-4-1, dengan penurunan 4 pemain tengah ketikan bertahan, mereka akan membentuk garisan tengah defensif berlima di hadapan bek berempat.

Dalam perlawanan pertama menentang Malaysia sebelum ini, mereka menunjukkan mereka bukanlah pasukan yang terlalu agresif ketika bertahan. Mereka akan membenarkan pasukan lawan untuk bergerak di bahagian sayap dengan kerap. Fokus mereka adalah untuk bertahan di tengah secara kompak.

Oleh sebab itu, mereka bukanlah pasukan yang mengamalkan corak ‘high pressing’. Mereka mungkin akan cuba melakukannya menentang lawan yang lemah. Tetapi untuk lawan yang ada kualiti dengan kawalan bola, Lubnan lebih selesa dengan fasa bertahan secara rigid.

Pemain tengah berlima akan berada dalam keadaan pre-pressing dan fokus utama adalah untuk menyukarkan pasukan lawan mendapat ruang di ruang antara garisan (between the lines).

Organisasi tengah

Mereka mengutamakan sistem yang menjurus kepada stabiliti dan bukannya fokus kepada ofensif. Mereka boleh beraksi dengan sistem pivot tunggal ataupun pivot kembar.

Lubnan biasanya pasukan yang berasaskan serangan dari sayap, jadi, aktiviti permainan di bulatan tengah biasanya terhad dan mereka akan segera alirkan bola ke pemain sayap ataupun serangan hadapan.

Serangan

Ini yang menarik untuk dibincangkan. Mereka ada Hassan Matouk yang sangat tajam dan laju bergerak di bahagian sayap. Asasnya mereka bergantung kepada sistem no.9 tunggal.

Dalam perlawanan di Larkin sebelum ini, mereka mengubah sistem permainan kepada 4-2-4 dengan Rabih Attaya dan Hassan Matouk di bahagian sayap serangan serta 2 pemain penyerang tengah.

Sistem ultra ofensif itu memang agak berkesan untuk mereka menekan skuad Malaysia dan menang 1-2 ketika itu.

Mereka juga berupaya bermain dalam sistem 3-3-4 untuk fasa ultra ofensif.

Mereka juga suka meletakkan serangan secara berpusat (centralized) di satu zon. Lihat di bawah ini cara mereka memusatkan serangan di kanan.

Taktikal yang sama mereka lakukan ketika menentang Malaysia sebelum ini. Lihat contoh di bawah ini.

Rumusan

Miodrag Radulovic sentiasa berpegang kepada prinsip kestabilan di dalam taktikal beliau. Namun pasukan ini juga boleh membuli pasukan lawan mereka jika lawan mereka terlalu naif. Kualiti pemain yang mereka ada juga antara sebab kenapa Lubnan menjadi pasukan yang boleh mengejutkan mana-mana lawan mereka.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN