Analisis Dan Laporan Statistik Perlawanan Malaysia VS Afghanistan

STATISTIK MASIH BELUM MENUNJUKKAN SKUAD DATO’ ONG KIM SWEE MAMPU MENGUASAI BOLA.

Kelihatan Malaysia masih belum cukup baik apabila pasukan lawan bermain dalam tempo perlawanan tinggi. Malaysia akan menjadi lebih baik jika lawan memperlahankan rentak.

Apa yang berlaku semalam mungkin sukar  berulang terutamanya melibatkan tempo pasukan lawan. Kebiasaanya bola diluar perlawanan sentiasa berlaku apabila melibatkan 2 pasukan lemah. Faktor taraf perlawanan persahabatan juga adalah faktor utama.

39 kali dari 45+2 kali bola berada dalam keadaan mati atau diluar perlawanan.Malaysia atau Afghanistan kedua-duanya terlalu banyak melengahkan permainan. Perlawanan menjadi sangat perlahan dan membosankan.

Itulah yang berlaku pada perlawanan melibatkan Malaysia lawan Afghanistan (11 Oktober 2016).

Jika dilihat pada carta tempo perlawanan cukup perlahan. Malaysia bermain baik pada separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama. Kesimpulannya mungkin pemain Malaysia mempunyai terkesan dengan tempo atau terlalu mengikut rentak lawan.

Dato’ Ong Kim Swee perlu memerhati perkara ini. Ia mungkin melibatkan stamina, kelajuan dan kecergasan pemain. Isu ini mungkin sukar diperbaiki kerana itu adalah tahap kecergasan tertinggi pemain Malaysia pada masa ini.

123

Malaysia kelihatan cuba mengimbangi penguasaan bola bermula minit pertama. Sehinggalah pada minit ke-18 kelihatan Malaysia keseluruhan gagal dalam menguasai perlawanan, mencipta peluang.

Ia bukanlah satu perlawanan yang bagus untuk penyokong untuk merasai keseronokan bolasepak. Malaysia cuma kelihatan melawan selepas minit ke-31. Itu bermula dengan 2 tandukan tersasar dari Fadhli Shas dan Shamsul Saad.

Pada permulaan perlawanan kelihatan corak permainan Malaysia kelihatan bertahan. Malaysia cuma membuka permainan pada 10 minit terakhir pada separuh masa kedua. Tiada sebarang gerakan yang membuka peluang untuk menjaringkan gol.

malaysia-v-afghanistan-1

MALAYSIA BAGUS PADA SEPARUH MASA KEDUA ATAU AFGHANISTAN MENURUNKAN TEMPO PERMAINAN.

Malaysia cuba bangkit pada separuh masa kedua. Walaupun Afghanistan ada melakukan gerakan, ia tidak cukup untuk mencipta peluang dan percubaan.

Norshahrul memulakan kurang 5 minit selepas wisel dibunyikan. Ia berbeza jika dilihat pada data separuh masa pertama. Separuh masa kedua berkisar kepada kedua-dua pasukan banyak membuang masa perlawanan.

Tahap mentaliti Hazwan boleh dipertikaikan. Kecederaan Nazirul dan Norshahrul malahan Shahrul Saad juga boleh diragui untuk menempuh perlawanan besar.

Dato’ Ong Kim Swee juga belum kelihatan berjaya dalam menyelesaikan isu kreativiti. Transisi pertukaran dari bertahan kepada menyerang sedikit baik.

malaysia-v-afghanistan-2

DATO’ONG KIM SWEE MASIH LAGI MENCUBA KOMBINASI PEMAIN.

Ini adalah kali ketiga skuad Ong Kim Swee turun dalam perlawanan persahabatan dalam tempoh sebulan. Menentang Indonesia, Singapura dan semalam Afghanistan.

Selepas 3 perlawanan Dato’ Ong Kim Swee kelihatan masih lagi memilih pemain berbanding membentuk taktikal. Dalam perlawanan ke-3 cuma 3 pemain yang berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan lepas menentang Singapura.

Baddrol Bakhtiar,Shahrol Saad dan Nazirul Che Hashim yang kekal. Dato’ Ong Kim Swee masih mencuba kombinasi pemain. Itulah kelihatan pada 3 perlawanan persahabatan yang lepas.

line-up-malaysia-2

3 PEMAIN YANG MUNGKIN MENJADI ASAS PASUKAN DALAM KEJOHANAN AFF Suzuki 2016.

Jika dirumuskan hanya berdasarkan pada perlawanan semalam, 3 pemain ini iaitu Baddrol, Nazirul dan Shahrul mungkin adalah asas pasukan.

Dalam senarai Dato’ Ong Kim Swee kali ini kelihatan kurang pilihan pemain untuk ‘peranan no.6′. Ini dibuktikan apabila Shahrul Saad kurang bermain diposisi itu di klub tetapi dimainkan. Masalah ini harus diselesaikan dengan segera. Beliau perlu kembali melihat siapa lagi yang tertinggal atau terlepas pandang.

Syahid Zaidon dan Shukur Jusoh boleh dipanggil dari Felda United atau menunggu Amirul Awang Kechik. Ktiadaan Brendan Gan mengecilkan lagi pilihan. Tetapi masih ada pilihan seperti 2 nama tadi iaitu Syahid atau Shukor.

APA BAYANGAN PEMAIN YANG BOLEH DILIHAT SELEPAS 3 PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA

Fahmi mungkin bermula di posisi penjaga gol. Nazirul Naim dan Matthew Davies di pertahanan kiri dan Kanan. Shahrom dan Helmi di posisi pertahanan tengah. Tiada calon untuk pemain tengah bertahan.

Baddrol Bakhtiar sudah pasti di posisi tengah. Pasangan beliau masih tidak kelihatan. Fakri Sha’arani dan Amri Yahya kelihatan masih belum serasi untuk membetuk kombinasi di bahagian tengah.

Hazwan Bakri mungkin akan bermula di posisi penyerang tunggal. Azrif di sayap kanan. Sayap kiri juga masih belum ada calon pemain yang baik dalam nilaian 3 perlawanan lepas. Syazwan Zainon juga terlepas untuk penilaian selepas mengalami kecederaan awal permainan pada perlawanan semalam.

Jadi 2 posisi kritikal yang harus diselesaikan oleh Dato’ Ong Kim Swee adalah Tengah bertahan dan sayap kiri.

Baca juga: Analisis Taktikal Malaysia VS Afghanistan: Pasukan Malaysia Separuh Masa Kedua Lebih Baik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN