Analisis: Bagaimana Ronaldo Memberikan Impak Secara Taktikal Dan Teknikal Juventus

Cristiano Ronaldo adalah pembelian yang mahal untuk Juventus dan beliau jelas masih antara penyerang yang prolifik. Ini analisis kami.

Taktikal Juventus

Max Allegri musim lalu sudah keluar sepenuhnya daripada pengaruh taktikal Antonio Conte. Beliau boleh dikatakan sudah meninggalkan sistem bek bertiga secara total.

Formasi utama Juventus musim lalu lebih kepada 4-2-3-1. Sistem yang menggunakan seorang ‘target man’.

Jadi, kami akan merasakan Ronaldo akan beroperasi sebagai penyerang utama. Buat masa ini, penyerang utama Juventus ialah Gonzalo Higuain dan Mario Mandzukic.

Juventus boleh juga memilih untuk bermain sistem 4-4-2 namun ia akan membuatkan Dybala berada di sayap kanan. Pemain ini lebih baik bermain sebagai no.10 ataupun penyerang kedua.

Namun, jika Juventus menjadikan 4-4-2 formasi utama, Dybala perlu meningkatkan aspek hantaran dan distribusi beliau.

Posisi Ronaldo

Ronaldo sudah menjadi no.9 tulen terutama sekali selepas beliau menjengah usia 30 tahun beberapa tahun lalu.

Beliau sendiri mengakui tidak suka untuk melakukan banyak gelecekan ataupun step over lagi. Beliau lebih fokus kepada aspek mencipta dan mencari ruang di dalam kotak penalti.

Ronaldo jelas pemain yang sangat baik sebagai no.9. Lihat sahaja apa yang beliau lakukan dalam sistem 4-4-2 dengan Karim Benzema di Real Madrid dan apa yang beliau lakukan dalam pasukan Portugal.

26th May 2018, Kiev Olympic Stadium, Kiev, Ukraine; UEFA Champions League Final, Real Madrid versus Liverpool; Cristiano Ronaldo of Real Madrid gets a header on goal which was saved by keeper Loris Karius and Benzema put into the net but ruled offside (photo by Steve Feeney/Action Plus via Getty Images)

Ronaldo juga boleh bermain di bahagian sayap dan sudah pastinya sayap kiri akan menjadi pilihan untuk membolehkan beliau memintas masuk ke dalam (cut inside) dan melakukan jaringan.

Sistem 4-3-3 juga akan membolehkan Ronaldo beraksi sama ada sebagai no.9 ataupun penyerang sayap kiri. Namun rasanya no.9 tetap menjadi opsyen utama.

Impak kepada pasukan

Kemasukan Ronaldo tidak memberikan impak besar secara taktikal kerana Ronaldo boleh bermain sebagai no.9.

Namun impak kepada pemain lain itu wujud. Dybala dan Higuain akan menjadi subjek perbincangan dalam sistem permainan Juventus selepas ini.

Sistem 4-4-2 (4-4-1-1) dengan penyerang kedua dimainkan oleh Dybala dirasakan sistem yang sangat baik.

Gambaran Juventus dalam 4-2-3-1 (rantaian hitam) dan 4-4-1-1 (rantaian merah). Ini adalah formasi yang kami rasa terbaik untuk Ronaldo dan Dybala.

Namun, adakah Allegri sanggup hanya meletakkan Higuain sebagai pemain simpanan? Jika Higuain digandingkan dengan Ronaldo, beliau akan membentuk 4-4-2 klasik dengan 2 target man.

Higuain dalam bahaya

Impak jelas lebih kepada Higuain. Ronaldo ada rekod 105 gol daripada 101 perlawanan terakhir bersama Real Madrid sebelum datang ke sini.

Sebagai perbandingan, Ronaldo menjaringkan 49 gol daripada 51 perlawanan musim lalu. Manakala Higuain hanya menjaringkan 27 gol daripada 58 perlawanan.

(Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)

Jika Juventus bermain sistem 4-3-3, mereka boleh meletakkan Ronaldo di kiri, Dybala di kanan dan Higuain di tengah. Namun bagaimana dengan Douglas Costa?

Rumusan

Ronaldo akan menjadi no.9 utama Juventus pada musim hadapan. Tidak sabar untuk menunggu skuad bayangan Allegri menjelang musim hadapan.

Higuain bernasib baik kerana jendela perpindahan tinggal beberapa minggu lagi. Jika Juventus mendapatkan Ronaldo sebelum Piala Dunia, pastinya Higuain mungkin dalam senarai jual.

Namun apa sahaja boleh berlaku dalam jendela perpindahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN