Kevin Ramalingam: Jangan Perbesarkan Isu Tunda Jadual Liga Super

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu pindaan jadual Liga Super yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan penyokong Selangor iaitu Ultrasel meluahkan rasa tidak puas hati dengan penundaan jadual perlawanan Liga Super sehingga mengelarkan MFL sebagai ‘sarkas’.

Isu berkenaan timbul selepas MFL mengubah jadual perlawanan antara JDT dan Kelantan yang sepatutnya berlangsung semalam dipinda ke Jumaat ini bagi memberi ruang kepada sambutan kejuaraan skuad Harimau Selatan bersama penyokong mereka di Larkin.

“Kita perlu ingat pindaan berkait pasukan lain dalam liga yang tiada kaitan langsung dengan JDT pun sudah dibuat sebelum ini.

“Misalnya perlawanan Liga Perdana antara FELDA United dan PDRM pada Isnin ini juga ditukar kepada Sabtu supaya FELDA United boleh meraikan kejuaraan bersama penyokong mereka.

“Jadi bagi saya, ini satu perkara yang sengaja dibesar-besarkan bila ia berkait dengan JDT,” katanya.

MFL baru-baru ini turut mengumumkan keputusan penundaan jadual tersebut mendapat sokongan daripada jurulatih enam pasukan liga super.

“Kita sudah jelaskan, ada proses tertentu sebelum pinda jadual. Tiada pihak walaupun saya sendiri atau TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang boleh buat keputusan pindaan.

“Proses pertama adalah persetujuan daripada semua pasukan terbabit dan keputusan kolektif daripada lembaga pengarah.

“Malah, pasukan yang membuat permohonan (pinda jadual) tidak boleh mengundi dalam mendapat keputusan permohonan mereka,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN