ANALISIS: Bagaimana Blok Pertahanan Tinggi Bayern Bikin PSG ‘Sesak Dada’

Bayern Munich

Bayern Munich berjaya membawa bekalan tipis untuk aksi timbal balik pusingan 16 terakhir UEFA Champions League (UCL), setelah berjaya menewaskan PSG 1-0 di Stadium Parc des Princes.

Dalam perlawanan ini, Bayern mempamerkan permainan berintensiti tinggi untuk menekan pasukan lawan, sekali gus membolehkan mereka memperoleh peratusan penguasaan bola yang lebih tinggi berbanding pasukan lawan.

Dalam analisis kali ini, kami akan berkongsikan bagaimana organisasi blok tinggi Bayern berjaya mengganggu kelancaran permainan pasukan PSG.

Blok tinggi dengan struktur 3-4-1-2

Bayern yang memulakan perlawanan ini dengan sistem 3-4-1-2 mengekalkan struktur yang sama ketika mereka ketiadaan penguasaan bola.

Bayern cenderung untuk melakukan tekanan secara ‘high pressing’ bagi mengganggu usaha pasukan PSG untuk menggerakkan serangan mereka secara tersusun, sekali gus membolehkan mereka meneutralkan ancaman serangan lawan, serta memenangi semula penguasaan bola dengan lebih berkesan.

Menerusi gambar di atas, ketika PSG memperoleh penguasaan bola, pemain Bayern melakukan ‘high pressing’ secara 3-4-1-2.

Pemain serangan mereka akan memainkan peranan penting untuk menghalakan arah permainan pasukan lawan ke sesuatu kawasan terutamanya ke bahagian sisi padang.

Ia di mana mereka akan lebih mudah menyempitkan kawasan permainan di bahagian ini. ‘Curved run’ yang dilakukan pemain serangan mereka akan menutup peluang pemain PSG untuk melakukan hantaran semula ke belakang bagi menukar arah permainan, sementara rakan sepasukan yang lain akan turut menutup ‘passing lanes’ pasukan lawan.

Keadaan ini kerap menjadikan organisasi serangan PSG mudah diduga setiap kali mereka menghantar bola ke bahagian sisi padang.

Pressing traps

Pelan taktikal ini turut menjadi isyarat utama buat pemain-pemain Bayern untuk melaksanakan ‘pressing traps’ bagi memberi tekanan segera kepada pihak lawan yang mempunyai penguasaan bola.

Gambar-gambar di atas merupakan kesinambungan kepada detik permainan yang dikongsikan sebelum ini.

Kedudukan permainan di bahagian ‘wide area’ menjadikan organisasi serangan PSG lebih mudah untuk dijangka, sekali gus membolehkan Bayern untuk melakukan tekanan dari pelbagai sudut.

Ia juga membolehkan mereka berjaya memperoleh semula penguasaan bola dengan lebih berkesan.

Situasi ini turut membolehkan Bayern memperoleh jumlah peratusan penguasaan bola yang lebih besar berbanding pasukan lawan, serta mematahkan segala usaha pasukan lawan untuk mencipta gerakan serangan yang berbahaya ke atas mereka.

Berundur bagi membentuk ‘Mid-blocks’ dengan struktur 5-3-2

Apabila pasukan lawan berjaya membawa bola keluar daripada kawasan ‘defending third’, ‘front players’ yang diketuai oleh dua pemain serangan iaitu Jamal Musiala dan Eric Maxim Choupo-Moting akan memastikan rakan sepasukan di belakang mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk berada di zon bertahan yang ideal.

Ianya bagi membentu blok pertahanan secara ‘mid blocks’.

Merujuk kepada gambar di atas, ‘mid-blocks’ yang disusun dengan struktur 5-3-2 ini akan memberi penekanan untuk menutup akses pihak lawan ke bahagian tengah, serta memaksa mereka untuk banyak bermain dengan hantaran-hantaran jauh yang tidak efektif.

Setiap kali berhadapan dengan ‘mid blocks’ pasukan Bayern, pemain-pemain PSG akan banyak melakukan pengedaran bola bagi mencari sebarang bukaan ruang di antara pemain pasukan Bayern.

Namun pemain-pemain Bayern mempamerkan disiplin bertahan secara unit yang tinggi, sekali gus membantu mereka untuk menyediakan struktur ideal bagi membina ‘pressing traps’ bagi memerangkap PSG.

Ia sekali gus mematahkan gerakan serangan mereka, serta membantu Bayern untuk memperoleh semula penguasaan bola.

Perihal ruang dan masa

Bola sepak moden adalah berkenaan dengan ruang serta masa. Kejayaan Bayern untuk membataskan aspek ruang serta masa buat PSG membolehkan mereka mencatat kemenangan ke atas tuan rumah dalam perlawanan ini.

Ketiadaan penyerang sensasi PSG iaitu Kylian Mbappe turut menyukarkan mereka untuk menyerang ruang di belakang barisan pertahanan Bayern dengan lebih efektif.

Namun, mereka masih ada peluang untuk melakukan kebangkitan dalam aksi timbal balik pusingan 16 terakhir ini, namun mereka harus melakukannya di gelanggang lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN