Kuala Lumpur City (KL City) gagal mencatat sejarah selaku kelab kedua dari Malaysia selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk merangkul kejuaraan Piala AFC, setelah tewas o-3 kepada Al-Seeb dalam aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turun selaku pasukan bukan pilihan, KL City mempamerkan corak permainan konservatif untuk menyerap asakan, serta menunggu peluang untuk menghukum pasukan lawan menerusi transisi permainan pantas dalam usaha untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini.
Dalam analisis kali ini, kami akan kongsikan bagaimana Al-Seeb menyusun organisasi serangan bagi memecahkan blok pertahanan KL City yang disusun secara kompak bagi membantu mereka untuk mencipta gerakan serangan serta jaringan gol dalam perlawanan ini.
Organisasi pertahanan KL City
Seperti dijangka, KL City memulakan permainan dengan pendekatan konservatif, dengan menyusun blok pertahanan mereka secara 4-4-2 mid-blocks.
Organisasi bertahan ini bertujuan untuk menutup segala akses pasukan lawan terhadap pemain ‘pivot’ mereka, terutamanya Ajibola Daniel, serta memaksa pemain lawan untuk melakukan hantaran ke bahagian sisi, serta bermain dengan lebih ‘direct’.
Gambar diatas menunjukkan bagaimana organisasi bertahan KL City dilakukan, dimana dua pemain hadapan (front players) mereka yang diketuai oleh Paulo Jouse dan Romel Morales akan melakukan ‘shadow defending’ bagi menutup akses pasukan lawan terhadap pemain ‘midfielders’ mereka, serta cuba memaksa pasukan lawan untuk bermain di bahagian sisi padang, serta hantaran jauh yang kurang efektif.
Bagaimana Al Seeb bertindak balas?
Kesukaran untuk menerima hantaran bola ekoran ruang yang terhad di bahagian tengah menyebabkan Ajibola untuk kerap turun diantara dua pemain ‘centre-backs’ Al-Seeb, bagi membantu pasukan dalam aspek ‘ball progressions’ menerusi hantaran-hantaran ‘diagonal’ bagi mengeksploitasi kelebihan fizikal rakan sepasukannya untuk memenangi ‘duels’.
Ia juga untuk mencipta situasi 1v1, serta mengambil kesempatan ke atas sebarang bukaan ruang dalam kalangan pemain pertahanan KL City ketika mereka melakukan ‘shifting’ berdasarkan arah hantaran serta pergerakan bola.
Gambar diatas merupakan antara contoh yang boleh menggambarkan penerangan kami sebelum ini. Ajibola (bulatan kuning) turun untuk menyokong dua pemain ‘centre-backs’ pasukan, serta membantu dirinya untuk memperoleh penguasaan bola tanpa sebarang tekanan.
Sebelum melakukan hantaran ‘diagonal’ ke bahagian ‘wide area’.
Untuk menemui pemain ‘fullbacks’ pasukan yang melakukan larian serangan, dan terdapat bukaan ruang diantara Kamak Azizi serta Giancarlo Gallifuoco yang berpotensi untuk dieksploitasi pemain sayap Al-Seeb, Salaah yang melakukan larian sokongan, namun kombinasi permainan antara kedua-dua pemain tidak berjaya dilaksanakan dengan baik.
Kesukaran pemain-pemain KL City dalam melakukan tugasan ‘shifting’ dengan baik membolehkan pasukan Al-Seeb memanipulasi sebarang bukaan ruang yang tercipta, terutamanya apabila bola digerakkan secara ‘vertical’ (hantaran menegak) bagi mencipta gerakan serangan yang merbahaya.
Gambar di atas merupakan antara detik awal sebelum gol kedua Al-Seeb dijaringkan. Ketika pemain ‘fullbacks’, Hassan Ahmed Al-Ajmi (Hassan) memperoleh penguasaan bola, penyerang pasukan, Abdul Aziz Humaid Al-Maqbali (A. Almaqbali) telah memulakan larian serangan tatkala pemain pertahanan KL City, Declan Lambert ditarik keluar bersama pemain sayap M. Alhabsi di bahagian ‘wide area’.
Kelebihan fizikal yang dimiliki oleh pemain Al-Seeb (A. Almaqbali) untuk memenangi ‘aeriel duels’, seterusnya melakukan ‘lay-off kepada seorang lagi pemain penyerang pasukan, Muhsen Salleh Al Ghassani.
Perhatikan bukaan ruang yang besar di antara garisan pertahanan serta tengah pasukan KL City ekoran kegagalan mereka melakukan shifting dengan baik.
Untuk membolehkan Al-Seeb melebarkan gerakan serangan mereka tanpa sebarang tekanan pemain KL City.
Serta turut memecahkan struktur bertahan pemain pertahanan KL City, di mana pemain ‘centre-backs’ KL City, Irfan Zakaria tidak berada di kedudukan bertahan yang ideal, sekaligus membuka ruang di belakangnya.
Bagi membolehkan Al Muqbali melakukan larian secara titik buta (blindside runs) di belakang Irfan.
Ia sekali gus membantu Al-Seeb menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini.
Gol ketiga Al-Seed turut berpunca dari organisasi serangan yang serupa. Memandangkan tiada opsyen hantaran yang baik, pemain sayap Al Seeb, Salaah melakukan hantaran kepada penjaga gol untuk memulakan semula gerakan serangan pasukan.
Hantaran semula ke belakang ini turut mencetuskan reaksi daripada pemain-pemain KL City bagi melakukan ‘shifting’ mengikut arah pergerakan dan hantaran bola.
Namun kegagalan mereka dalam aspek ini membolehkan bukaan ruang tercipta bagi dieksploitasi oleh pasukan Al-Seeb.
Bukaan ruang tersebut turut membolehkan pemain tengah Al Seeb, Eid Mohammed Al-Farsi untuk menerima bola tanpa sebarang tekanan.
Ia sekali gus membantu dirinya membuat hantaran kepada rakan sepasukan yang berada di ‘space in between the lines’
Bagi membolehkan ‘penetration pass’ dilakukan kepada Muhsen bagi menyerang ruang di belakang garisan pertahanan KL City.
Ia sekali gus meletakkan Muhsen berada dalam situasi 1v1 bersama Kamal.
Sebelum pemain penyerang Al-Seeb tersebut menjaringkan gol ketiga pasukannya menerusi satu rembatan kencang.
KL City bakal menyambung perjuangan mereka dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia mereka apabila bertemu PDRM, dalam pusingan 16 pasukan terakhir di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 27 Oktober ini.