Belanda muncul pasukan pertama layak ke pusingan suku akhir setelah mereka cemerlang menundukkan Amerika Syarikat (USA) 3-1 dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022.
Memphis Depay dan Daley Blind masing-masing menjaringkan gol di separuh masa pertama, sebelum Haji Wright berjaya merapatkan jurang permainan pada minit ke-76.
Denzel Dumfries ‘membunuh’ sisa-sisa perjuangan pasukan USA apabila pemain pertahanan Inter Milan tersebut menjaringkan gol ketiga negaranya.
USA memulakan perlawanan ini dengan mempamerkan keberanian serta keyakinan yang tinggi untuk menekan Belanda menerusi blok tinggi dengan struktur 4-3-3 yang sempit (narrow), secara ‘man marking’ yang ketat.
Setiap kali kehilangan penguasaan bola, ‘front three’ USA yang diketuai trio Christian Pulisic-Jesus Ferreira-Timothy Weah akan menekan tiga pemain ‘centre-backs’ Belanda.
Gandingan trio serangan USA ini akan memastikan pemain-pemain Belanda untuk bermain satu arah, terutamanya di bahagian ‘wide area’ di mana mereka akan lebih mudah untuk menyekat kemaraan, serta memenangi semula penguasaan bola di kawasan tersebut.
Menerusi gambar di atas, larian melengkung (curved run) daripada Ferreira berjaya menghalakan Virgil van Dijk ke bahagian ‘wide area’.
Di bahagian garisan kedua USA, trio pemain tengah yang dikemudi oleh gandingan Weston McKennie-Tyler Adams-Yunus Musah akan mengenakan ‘man-marking’ yang ketat kepada pemain tengah Belanda.
Kawalan ini akan memastikan ruang tengah Belanda disekat sepenuhnya, serta tidak memberikan ruang serta masa mencukupi buat pemain tengah lawan untuk menerima hantaran bola dengan selesa.
Sekiranya hantaran bola berjaya dilakukan kepada pemain ‘wing-backs’ lawan, pemain ‘fullbacks’ USA akan segera keluar dari posisinya untuk menekan lawan secara agresif.
Untuk mengatasi masalah ini, pemain penyerang Belanda iaitu Memphis akan memainkan peranan sebagai ‘false 9’ untuk turun ke bahagian bawah bagi membantu aspek ‘ball progressions’ pasukannya.
Namun, pemain ‘centre-backs’ USA tidak teragak-agak untuk memberikan tekanan agresif kepada Memphis, sekali gus menghalangnya daripada melakukan pusingan badan, serta memenangi semula penguasaan bola.
Organisasi bertahan yang hampir sempurna ini berjaya dipamerkan pasukan USA, sebelum ianya dimusnahkan menerusi 20 hantaran yang dilakukan oleh Belanda dalam tempoh kurang 60 saat!
Bagaimana Belanda melakukannya?
‘Jemputan tekanan’ daripada pasukan Belanda
Belanda mempamerkan permainan berpasukan yang cemerlang apabila 20 hantaran yang dilakukan pemain-pemain mereka berjaya menghasilkan gol pertama perlawanan, meskipun sebelum itu mereka menerima tekanan hebat daripada USA.
Namun jika diperhatikan, pemain-pemain Belanda seolah-olah ‘menjemput’ pasukan lawan mereka untuk bermain dengan blok tinggi, sebelum mereka mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan di bahagian belakang pertahanan lawan, serta memanipulasi pendekatan ‘man-marking’ pasukan USA dalam membuka ruang untuk memacu gerakan serangan pasukan.
Semaunya bermula sebaik sahaja Belanda memperoleh semula penguasaan bola, dimana penjaga gol Belanda, Andries Noppert melakukan hantaran kepada Van Dijk.
Van Dijk melakukan hantaran kepada Frankie de Jong yang terus menerima tekanan daripada pemain lawan sebaik menerima hantaran tersebut.
Tekanan yang diterima mendorong De Jong memulangkan semula bola tersebut kepada Van Dijk. Menyedari pasukan USA melakukan tekanan secara blok tinggi dengan struktur 4-3-3, De Jong turun ke posisi ‘centre-backs’ bersebelahan Van Dijk.
Pendekatan ini mencipta kelebihan dalam aspek bilangan pemain di fasa pertama serangan pasukan Belanda (situasi 5v3). Van Dijk melakukan hantaran seterusnya kepada Jurrien Timber.
Timber melebarkan permainan kepada Denzel Dumfries, namun seperti yang dibincangkan sebelum ini, pemain ‘fullbacks’ USA akan segera meninggalkan posisi mereka untuk memberikan tekanan kepada ‘wing-backs’ Belanda setiap kali mereka menerima hantaran bola.
Tekanan tersebut sekali lagi memaksa Dumfries untuk menghantara semula bola kepada pemain pertahanan pasukannya, dan pada ketika ini, sudah ada lima pemain USA yang mengenakan tekanan tinggi kepada pasukan Belanda.
Van Dijk mengarahkan Timber untuk melakukan hantaran kepada penjaga gol pasukan.
De Jong menerima hantaran susulan daripada Noppert. Ekoran perubahan struktur serta posisi pemain-pemain Belanda, penyerang USA, Ferreira kini mengambil tugas untuk memberikan tekanan kepada De Jong.
De Jong berjaya membawa keluar Ferreira daripada posisi asalnya, lalu melakukan hantaran kepada Timber.
Tiada opsyen ruang serta hantaran ekoran kawalan ketat pemain lawan mendorong Timber untuk sekali lagi memulangkan hantaran kepada De Jong.
Pada waktu ini, dua daripada tiga pemain serangan pasukan USA kini sudah ditarik ke bahagian ‘wide area’.
Ketika De Jong melakukan hantaran kepada Van Dijk, kelihatan pemain-pemain USA mula melakukan ‘shifting’ untuk mengimbangi atruktur bertahan mereka.
Namun disinilah detik permulaan kepada keruntuhan blok pertahanan USA, di mana pemain-pemain mereka terutamanya Pulisic dan Ferreira yang terpaksa mengambil sedikit masa untuk melakukan ‘shifting’ selepas mereka ditarik keluar ke bahagian ‘wide area’ sebelum ini.
Daley Blind yang turun sedikit ke bahagian bawah dalam usaha untuk ‘menjemput’ tekanan daripada pemain ‘fullbacks’ lawan.
Menerusi situasi di atas, Sergino Dest sedikit lambat untuk tiba memberikan tekanan terhadap Blind ekoran jarak yang sedikit jauh berbanding kebiasaan.
Ini berpunca daripada tindakan Blind yang turun ke bahagian lebih bawah untuk menerima hantaran bola.
Keadaan ini membolehkan Blind memperoleh ruang serta masa mencukupi untuk memilih opsyen hantaran beliau yang seterusnya.
Memphis yang memainkan peranan sebagai ‘false 9’ dalam perlawanan ini turun untuk menyediakan sokongan kepada Blind.
Menariknya dalam situasi ini, pemain ‘centre backs’ USA, Walker Zimmerman memilih untuk kekal di posisi asalnya berbanding memberikan tekanan kepada Memphis.
Ini disebabkan oleh kedudukan Dest yang sudah jauh terkeluar dari posisi bertahannya, lalu mendorong Zimmerman untuk tidak mengambil risiko dengan memberikan tekanan kepada Memphis.
Situasi ini membantu pemain-pemain Belanda untuk melakukan kombinasi permainan sesama mereka. Ketika ini, kebanyakan pemain-pemain USA telah ditarik ke bahagian ‘wide area’.
Ketika Memphis memperoleh penguasaan bola, beliau memiliki ruang yang besar dihadapannya tanpa sebarang tekanan daripada pemain lawan.
Memhpis memilih Cody Gakpo sebagai opsyen hantaran beliau yang seterusnya, dan terus melakukan larian sokongan sebaik hantaran tersebut dilakukan.
Perhatikan Dest yang sudah jauh terkeluar dari posisi asalnya, menyebabkan Musah terpaksa mengambil tugas untuk melindungi kawasan yang sepatutnya dikawal pemain tersebut.
Gakpo melebarkan permainan kepada Dumfries, sementara Depay menyerang ruang tengah yang tidak dikawal oleh mana-mana pemain USA.
Ini sekali gus membolehkan dirinya untuk menerima hantaran bola daripada Dumfries di ruangan poket.
Ia sekali gus membantu Belanda membuka tirai jaringan pada minit ke-10.
Bola sepak adalah seni berpasukan
Kesimpulannya, gerakan serangan yang membawa kepada jaringan gol pertama Belanda merupakan manifestasi kepada keindahan seni bola sepak yang dimainkan secara berpasukan.
Kesabaran pemain-pemain Belanda dalam melakukan pengedaran bola (ball circulations) menerusi siri hantaran-hantaran pendek dalam usaha mereka mengalihkan pemain lawan daripada kedudukan mereka.
Ia turut dibantu dengan mereka mencari sebarang bukaan ruang di antara pemain lawan membawa hasil yang cukup bermanfaat buat pasukan.
Kesabaran permainan yang ditunjukkan mereka ini turut membawa mereka ke psuingan suku akhir Piala Dunia 2022 bertemu Argentina, yang menewaskan Australia 3-1 menerusi sensasi permainan yang dipamerkan oleh Lionel Messi dalam satu lagi aksi pusingan 16 terakhir.