Analisis Taktikal MSL 2017: Ashaari Mencantumkan Dua Garisan Dengan Efektif, Melaka Rapuh Bertahan

Pertahanan rapuh pasukan Melaka adalah keranan komitmen dan struktur yang lemah. Pahang berjaya memanipulasi keadaan tersebut dengan sebaik mungkin. Pahang menang 1-3 di dalam perlawanan ini.

Permulaan

Melaka turun dengan sistem 4-4-2 dalam perlawanan ini tanpa Illija Spasojevic yang tidak cergas.

Pahang pula di atas kertas turun dengan 4-4-2 namun di dalam perlawanan, kerana positioning brilliance oleh Ashaari mereka membentuk 4-4-1-1.

Struktur lemah Melaka ketika bertahan

Ianya lemah kerana mereka tidak bertahan sebagai unit. Mereka membiarkan tugas bertahan itu 80% atau 90% tugas bek berempat. Mereka tidak konsisten bertahan dalam unit.

2 pemain sayap mereka tidak turun membantu bek sisi ketika bek sisi Pahang naik ke atas. Matthew Davies antara pemain yang menghadirkan ancaman secara posisi di sisi.

Lihat struktur pertahanan ini, betapa banyak ruang yang dimiliki oleh Pahang ketika menyerang. Jelas Melaka tidak ada pelan taktikal bertahan secara unit.

Struktur yang lemah dan kegagalan mematikan ancaman lebih awal adalah masalah utama pasukan Melaka di dalam perlawanan ini.

Pemain mereka lemah dalam banyak aspek bertahan. Paling ketara adalah duel di udara. Setiap kali bola tinggi, pemain mereka tidak komited untuk mencabar bola di udara.

Pemain selesa dengan standing challenge untuk memberikan contact kepada pemain Pahang yang sedang melompat untuk memenangi bola. Ia berisiko memberikan faul atau penalti.

Mereka terlalu mudah ditewaskan ketika berada di garisan tinggi dan tidak agresif. Agresif bukan bermaksud melakukan terjahan keras.

Agresif adalah mengenakan tekanan (pressing) dengan segera kepada pihak lawan.

Ashaari membuatkan sistem serangan Pahang bercantum

Dalam perlawanan sebelum ini, saya menganalisis sistem 4-4-2 Dollah yang terlalu rigid. Namun kali ini mereka lebih fluid di belakang Matheus Alvez yang menjadi penyerang tunggal.

Ini kerana Ashaari turun ke kawasan hole ataupun zon 14 untuk membentuk sistem 4-4-1-1 ataupun mirip 4-2-3-1.

Ia menjadikan aktiviti di belakang penyerang menjadi dinamik. Matheus Alvez jelas pemain yang sesuai dengan sistem 4-4-1-1 ini.

Sumareh dan Davies berjaya membentuk gandingan yang baik dari segi coverage. Setiap kali Sumareh masuk ke dalam, Davies akan membekalkan kelebaran pasukan.

Melaka bermain bola sepak selepas Aguero dan Fauzi Roslan masuk

Fasa sebelum kemasukan Aguero dan Fauzi Roslan boleh dikatakan mereka tidak bermain bola sepak. Terlalu banyak aksi panik ketika ditekan.

Banyak hantaran akhir yang lemah dan sukar untuk sampai ke dalam kotak penalti lawan. Mungkin aksi terbaik mereka pada separuh masa pertama adalah ketika Surendran menerima bola Amri Yahyah.

Banyak hantaran panjang yang mereka lakukan di dalam perlawanan ini sebelum Aguero masuk.

Kemasukan Aguero dan Fauzi Roslan ditambah dengan Khuzaimie Piie barulah mereka lebih bola sepak. Amri Yahyah nampak lebih menyerlah kerana 3 pemain ini.

Aguero bermain link up play dengan sangat baik sebagai pemain no.10. Beliau merencana gerakan dengan baik.

Menghidupkan permainan dari segenap aspek. Memberikan bola kepada pemain sayap dan juga pemain serangan.

Fauzi Roslan jelas pemain yang jauh lebih baik daripada kebanyakan pemain yang sudah lama di dalam padang. Dalam masa 5 minit beliau mencipta 2 peluang terbaik untuk rakan beliau.

Penilaian

Ia adalah kemenangan yang adil. Eric Williams jelas ada tactical error dan terlalu lama untuk mengubah benda tak betul di dalam padang terutama struktur pertahanan.

Dari segi pertahanan Melaka perlu memperbaiki isu space marking dan juga sistem pressing mereka secara unit.

Melaka tidak ada platform taktikal yang jelas di dalam perlawanan ini sehinggalah kemasukan Aguero dan Fauzi Roslan.

Pahang pula jelas sekali pasukan yang lebih seronok untuk ditonton dengan sistem 4-4-1-1. Namun Dollah mungkin akan kembali dengan 4-4-2 selepas ini.

Ashaari jelas pemain yang membuatkan sistem Pahang lebih dinamik. Joseph Kalang Tie pun boleh bermain 90 minit dengan baik kerana sistem ini.

Gandingan Azam Azih dan Syamim Yahya sangat berkesan kerana kedua-dua mereka mampu bertahan, menghantar bola dan menyerang dengan baik.

Syamim nampaknya akan menjadi pemain tengah yang decent selepas ini. Mana tidaknya dia agresif ketika bertahan. Boleh melarikan bola, memiliki hantaran serangan (forward pass) yang bagus.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Ashaari Shamsuddin (Pahang)

2 bantuan gol dalam perlawanan ini menjadikan beliau adalah pusat kreativiti.

Mohamad Ashari Samsudin, Pahang FA player kicks for the ball during their Super League 2017 match between Melaka at Hang Jebat Stadium, Melaka, February 25, 2017. Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Mungkin ramai akan memilih Sumareh. Tetapi Ashaari membuatkan Pahang semalam bukan Pahang yang rigid dengan 4-4-2 kerana Ashaari.

Baca juga: 7 Statistik Bukti Kedah Dalam Prestasi Terbaik Termasuk Akhiri Rekod Tak Menang Derbi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN