Analisis Taktikal: Ramsey Kunci 4-4-2 Berlian Arsenal Senyapkan Sarriball, Hazard ‘Isolated’

Arsenal menggunakan sistem 4-4-2 berlian ketika berhadapan dengan Chelsea. Sistem ini sangat efektif untuk mendiamkan Sarriball. The Gunners menang 2-0 ke atas seteru sebandar mereka – Chelsea. Ini sekaligus merapatkan jurang mata Arsenal dengan Chelsea dalam perebutan slot ke UCL musim hadapan.

Asas formasi Arsenal

Seperti dijelaskan di atas, mereka menggunakan sistem 4-4-2 berlian. Menggunakan Aaron Ramsey sebagai bucu berlian (diamondd spear). Sistem ini secara tak langsung membolehkan mereka menggandingkan Lacazette dan Aubameyang di serangan paling atas.

Sebelum ini Arsenal kerap menggunakan 4-4-2 (bukan berlian) ataupun 3-5-2 untuk memastikan Aubameyang dan Lacazette dapat bermain sebagai no.9 kembar.

Di tengah mereka menggunakan Guendouzi dan Torreira sebagai sisi kepada bentuk berlian di tengah, dan Xhaka sebagai tapak (based) kepada berlian itu.

Selain daripada dapat menggunakan 2 penyerang penting mereka, sistem ini meletakkan Aaron Ramsey di peranan kegemaran beliau. Maaf Mesut Ozil, kami terpaksa mengakui Aaron Ramsey sangat dinamik dalam perlawanan ini. Tipikal box to box Inggeris sejati.

Belaiau juga berperanan penting dalam mematikan sumber hantaran Chelsea iaitu Jorginho – yang jelas tidak mampu berbuat apa-apa dalam perlawanan ini.

Gandingan Ramsey-Lacazette-Aubameyang di atas sangat dinamik. Pada separuh masa pertama Arsenal memenangi 5 bola di kawasan lawan. Ianya angka yang sangat tinggi. Arsenal berjaya melakukan counter pressing yang kerap membuatkan Chelsea panik.

Sistem diamond ini juga membolehkan Lacazette dan Aubameyang sentiasa berlegar di half space, sama ada untuk menyerang dari ruang belakang pertahanan ataupun menerima bola terus (direct). Banyak sekali ‘forward run’ dilakukan oleh pemain-pemain Arsenal.

Seterusnya, harus juga diakui bahawa Kolasinac dan juga Bellerin sangat selesa dengan sistem ini di bek sisi.

Kekuatan Arsenal

Arsenal lebih berdisiplin secara taktikal, sama ada ketika bertahan ataupun menyerang. Ketika bertahan mereka sangat kompak dan cepat ‘menapis’ ancaman daripada Chelsea di zon tengah. Membuatkan Bernd Leno kelihatan lebih ‘relax’ berbanding dengan Kepa Arrizabalaga.

Anda bayangkan, Chelsea hanya melakukan 1 percubaan tepat. Lebih daripada sejam Chelsea gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke kubu Arsenal. Itu sudah cukup menggambarkan betapa Arsenal sangat efektif mematikan ancaman lebih awal.

Sistem Arsenal yang menggerakkan pemain dari zon kompak ke luar (wide) membuatkan pertahanan Chelsea kerap buntu untuk mengekang gerakan mereka. Bahagian sayap Chelsea didedahkan dengan ancaman yang sangat kuat.

Seteryusnya, Arsenal kerap memerangkan Chelsea dengan hantaran yang pantas di antara pemain. Sarri jelas kecewa dengan anak-anak buah beliau yang terlalu mudah dibuli oleh permainan ‘rondo’ oleh Arsenal ini.

Jelas sekali mereka pasukan yang jauh lebih bersedia untuk perlawanan ini dalam semua aspek, termasuk bola mati.

https://twitter.com/mfbnproject/status/1086945897655742464

Isu taktikal Chelsea

Masalah utama mereka adalah tidak penetratif. Tidak banyak hantaran kunci di final third. Mereka gagal untuk mencipta lebih banyak peluang bahaya, dan lebih 80 minit tanpa sebarang percubaan tepat.

https://twitter.com/ilovesportsyes/status/1086736914349060096

Eden Hazard sebagai 9 jadian (false 9) kali ini terputus daripada organisasi secara teruk ataupun isolated.

Martin Keown menyatakan: “Pasukan Chelsea ini; jika Hazard tidak bermain baik, mereka dalam masalah.”

Chelsea melepaskan 2 gol awal pada separuh masa pertama. Dan respon mereka tidak cukup baik. Sarri sendiri mengakui pasukan Chelsea ini sukar untuk diberikan motivasi. Mereka mudah panik dan tertekan apabila ketinggalan.

Pada separuh masa kedua, Sarri menukar sistem kepada 4-3-3 dengan Hazard dan Hudson Odoi sebagai pemain sayap songsang. Namun ianya masih gagal untuk menembusi organisasi pertahanan Arsenal yang diketuai Koscielny – kapten Arsenal ini melakukan 13 clearances.

Rumusan

Maurizzio Sarri berhadapan dengan tactical error yang kritikal dalam perlawanan ini. Sekali lagi Chelsea berhadapan dengan masalah pass pass and pass tanpa ada penetration dan kreativiti yang lebih baik.

Manakala Unai Emery pula menyaksikan sistem permainan mereka berjalan lancar, dinamik dan komitmen tinggi para pemain untuk turun bertahan secara unit.

Secara asasnya, Unai Emery harus mempertimbangkan sistem 4-4-2 berlian ini sebagai formasi utama pada setiap minggu.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Aaron Ramsey (Arsenal)

Beliau adalah nadi kepada sistem Arsenal ketika bertahan dan ‘pertahanan pertama’ yang penting untuk menutup pivot Chelsea iaitu Jorginho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN