Analisis: 4 Perkara Dari Debut Thomas Tuchel Bersama Chelsea Menentang Wolves

Thomas Tuchel merekodkan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama Chelsea yang dikendalikannya menentang Wolves pada awal pagi tadi.

Perlawanan itu pasti antara yang ditunggu-tunggu oleh ramai kerana mahu melihat perbezaan dan perubahan di dalam pasukan Chelsea selepas berakhirnya era Frank Lampard.

Tuchel bagaimanapun dikhabarkan hanya sempat melalui satu sesi latihan bersama Chelsea. Tidak banyak yang boleh kita ulas, namun sekurang-kurangnya berikut adalah empat perkara paling jelas ketika perlawanan menentang Wolves pada awal pagi tadi.

1. Corak berasaskan possesion Tuchel

Jika anda biasa dengan corak permainan Thomas Tuchel maka anda pasti mengetahui bagaimana jurulatih ini menekankan kepentingan penguasaan bola. Walaupun hanya dengan satu sesi latihan setaat ini bersama Chelsea, penguasaan bola yang ditampilkan oleh Chelsea menentang Wolves sudah cukup bagus.

Chelsea menggerakkan bola dengan cukup lancar dan tepat. Mereka tidak terdesak menghantar bola ke dalam kotak penalti lawan supaya tidak terburu-buru. Malah Chelsea kelihatan lebih selesa memulakan kembali gerakan dan memastikan penguasaan milik mereka sebelum mendapatkan ruang diperlukan. Apa yang dipamerkan mengingatkan kita kembali kepada apa yang pernah diterapkan oleh Maurizio Sarri di mana penguasaan bola dan hantaran rendah adalah keutamaan.

Dalam perlawanan menentang Wolves, The Blues menghasilkan 879 hantaran. Ia adalah jumlah terbanyak yang dihasilkan mereka dalam satu-satu perlawaan liga sejak Sarri pada 2018. Malah sejak Sarri mengambil alih dahulu, hanya sekali Chelsea merekodkan jumlah hantaran yang lebih banyak dari apa yang dilakukan dalam perlawanan ini.

Walaupun berjaya dengan penguasaan bola, jelas sekali ia belum lagi efektif seperti yang dimahukan oleh Tuchel. Hanya satu peluang dicipta hasil dari penguasaan tersebut. Satu perkara yang jelas visi Tuchel dalam permainan Chelsea amat jelas. Kini terpulang kepada pemain untuk menyesuaikan diri secepat mungkin.

2. Kembalinya bek bertiga di dalam sistem Chelsea

Walaupun secara pandanga mata kasar formasi yang diguna pakai oleh Chelsea dalam perlawanan awal pagi tadi kelihatan seperti 4-3-2-1, Tuchel sebenarnya menggunakan sistem yang membentuk 3-4-2-1 dengan Callun Hudson-Odoi berfungsi sebagai bek sayap. Sistem dengan bentuk sebegini membenarkan Chelsea memiliki kelebihan numerical ketika bertukar hantaran dan menguasai bola tanpa memerlukan sehingga tiga pemain di bahagian tengah.

Sistem ini membantu N’Golo Kante untuk memaksimumkan keupayaannya kerana pemain ini biasa beraksi secara bergandingan di bahagian tengah. Sistem ini juga tidak akan mengganggu corak permainan bertukar hantaran yang diterapkan Tuchel.

Sistem 3-4-2-1 juga memberi ruang lebih banyak kepada Cesar Azpilicueta sebagai salah seorang bek bertiga. Ia penting untuk Azpilicueta memberikan arahan selaku kapten dan mengetuai bahagian pertahanan.

Dari segi ancaman, semua pemain menyerang juga lebih bebas bergerak dan tidak rigid secara zonal ketika melakukan serangan – termasuk penyerang utama Timo Werner – dan tidak perlu menghiraukan kehadiran pemain bek lawan ketika melakukan gerakan di sebelah sisi.

3. Mount hilang kekebalan

Mason Mount adalah nama pertama yang akan berada di dalam senarai kesebelasan utama Frank Lampard. Pemain muda itu diberikan peluang beraksi lebih kerap dari mana-mana pemain Chelsea yang lain di bawah kendalian Lampard dengan 80 penampilan semuanya. Musim 2020/21, Mount bermain 18 kali dari 19 perlawanan dilalui Chelsea. 17 daripadanya adalah dari kesebelasan utama dan Mount melengkapkan 90 minit perlawanan tidak kurang dari 16 perlawanan.

Namun untuk perlawanan pertama kendalian Tuchel, Mount diletakkan di bangku pemain simpanan. Tuchel memang belum sempat untuk melatih pemain-pemain Chelsea sepenuhnya, dan telah menamakan senarai pemain paling berpengalaman untuk perlawanan menentang Wolves.

Namun untuk merehatkan seorang pemain yang sebelum ini amat diberi kepercayaan ketika era Lampard sudah cukup untuk menjelaskan perkara tersirat.

Ini tidak bermakna masa depan Mount bersama Chelsea sudah tamat. Pemain muda ini masih banyak potensi untuk diberi kepada Chelsea seperti mana yang ditampilkan beliau pada 10 minit terakhir perlawanan. Namun kita semua tahun status kebal seperti ketika era Lampard dahulu sudah hilang, dan Mount harus membuktikan kepada Tuchel beliau layak beraksi di dalam kesebelasan utama kerana merit.

4. Kai kelihatan selesa

Biarlah kita jujur di dalam penilaian. Kai Havertz adalah pemain yang amat teruk untuk Chelsea setakat ini. Walaupun tiba dengan pelaburan besar mencecah £71 juta, pemain dari Jerman ini kelihatan bergelut untuk mendapatkan minit perlawanan ketika era Lampard. Dan apabila diberikan peluang dan minit untuk beraksi, Kai pula kelihatan bergelut untuk tampil meyakinkan.

Dalam perlawanan menentang Wolves, Thomas Tuchel terus meletakkan Kai Havert di dalam kesebelasan utama, dan hasilnya agak memberangsangkan. Beliau tidaklah beraksi dengan sangat cemerlang dengan statistik mengkagumkan. Namun sekurang-kurangnya buat pertama kali beliau kelihatan yakin dan selesa dengan peranannya di dalam pasukan.

Ada tiga momen yang Kai harus dipuji dalam perlawana ini. Salah satunya adalah larian dari kawasa padang Chelsea sehingga ke penghujung kawasan padang Wolves yang menampilkan kepantasan, kekuaran dan teknik. Pada babak kedua pula menyaksikan larian menarik dari Kai di sebelah kiri sebelum melakukan hantaran cut-back kepada Ben Chilwell. Ia adalah peluang terbaik Chelsea memecah kebuntuan dalam perlawanan ini. Dan pada minit akhir tandukan ke tanah dari sepakan sudut yang mungkin boleh menghasilkan sesuatu.

Ia adalah langkah kecil oleh Kai, tetapi untuk seorang pemain yang sebelum ini begitu tenggelam, ia boleh menjad turning point buat Kai Havertz sebagai pemain Chelsea.

Penutup

Seterusnya penyokong Chelsea perlu bersabar dan yakin akan proses yang akan diterapkan oleh Thomas Tuchel. Masa akan menentukan sama ada pelantikan Tuchel adalah tepat atau sebaliknya.

Beliau sememangnya datang dengan reputasi sebagai antara jurulatih terbaik dunia. Namun seperti kita semua tahu, cabaran di Premier League adalah berbeza dengan apa yang pernah dilalui beliau di Bundesliga atau pun di Ligue 1 Perancis.

Berikut artikel manarik lain mengenai Chelsea:

Oscar Dedah Sebab De Bruyne Dan Salah Gagal Menyerlah Bersama Chelsea

5 Pencapaian Terbaik Frank Lampard Sebagai Pengurus Chelsea

Thomas Tuchel Dipilih Demi Menerapkan ‘DNA Jerman’ Di Chelsea

Senarai Pemain Chelsea Yang Harus Risau Akan Pelantikan Thomas Tuchel

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN