Dalam analisis kali ini, seorang peminat Kedah dan juga pembaca semuanyaBOLA telah menerangkan bagaimana anatomi 4 gol Kedah ketika menentang Melaka.
Permulaan
Kedah turun seperti biasa dengan 4-2-3-1. Sandro kembali berada dalam kesebelasan utama. Liridon dan Amirul sebagai pivot. Sandro dilihat telah kembali ke prestasi terbaik.
Melaka turun dengan formasi 4-3-1-2 atau 4-1-2-1-2. Formasi ini memerlukan kesemua pemain tengah dan dua bek sisi mempunyai keupayaan untuk turun dan naik dengan cepat dalam transisi bertahan-menyerang-bertahan.
Analisis gol pertama
Gol pertama Kedah adalah berpunca dari 3 kesilapan yang dilakukan hampir berturutan oleh pemain-pemain Melaka.
Mereka lambat untuk menekan Sandro di tengah, pertahanan cuba menutup arah Syazwan Zainon gagal mendapatkan bola.
Ruang besar yang ditinggalkan bahagian tengah memberikan Sandro byk pilihan untuk melakukam hantaran.
Gol kedua
Build up sebelum Kedah mendapat penalti gol kedua sekali lagi mendedahkan kelemahan bahagian tengah Melaka. Bahagian tengah Melaka jelas gagal berada dalam posisi bertahan.
Mereka seolah-olah sedang berjoging sambil menonton bola.
Gol ketiga
Gol ketiga Kedah sekali lagi datang dari defensive error pasukan Melaka. Pertahanan kanan Melaka dipaksa melakukan zonal marking kepada 2 pemain Kedah iaitu Syazwan dan Asri.
Manakala pemain tengah kanan tidak menekan Liridon untuk menghalang hantaran. Ketika ini bahagian tengah Melaka juga menjadi sangat kosong.
Sandro bebas bergerak tanpa dikawal hingga menjaringkan gol.
Gol keempat
Dalam build up untuk gol ke-4 hasil sepakan percuma. Bahagian tengah Melaka terus mudah ditembusi dengan hanya 1 hantaran kerana mereka tidak berada dalam posisi yang baik.
Kesimpulan
Bahagian tengah Melaka sgt lemah untuk menutup ruang dan membantu pertahanan ketika bertahan.
Di bahagian pertahanan pula, Melaka kerap melakukan kesilapan asas sebagai seorang pemain pertahanan.
Kedah hanya perlu menyerang dan terus menyerang untuk mencari gol. Tugas mudah untuk Liridon dan Sandro keran mereka seolah-olah diberikan kebebasan untuk bergerak.
Pemain terbaik pilihan penulis
Sandro Mendonca da Silva (Kedah)
Nota editor: Analisis taktikal ini adalah kiriman pembaca semuanyaBOLA, Encik Rauf Lahab. Jika anda inginkan artikel bola sepak anda dibaca jutaan peminat bola sepak tanah air, e-mailkan ke [email protected]. Pastikan dalam format Microsof Words (300-800 patah perkataan).