Anak saudara sultan Brunei, Faiq Jefri Bolkiah sah meninggalkan Chelsea dan kini bergelar pemain Leicester City.
Faiq menandatangani kontrak 3 tahun bersama Leicester City selepas tamat kontrak di Stamford Bridge.
Leicester berharap mereka mampu merealisasikan potensi pemain sayap itu hingga mampu bermain untuk pasukan utama.
Faiq yang juga merupakan kapten skuad bawah-23 tahun Brunei ketika Sukan SEA di Singapura pada tahun 2015, mengesahkan perpindahannya ke King Power Stadium di akaun Instagramnya.
Beliau menulis:
“Gembira untuk mengumumkan bahawa saya telah menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan Leicester City.”
“Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan rapat kerana memberi sokongan. Gembira juga dapat bertemu dengan pemilik kelab sendiri. Tak sabar untuk bermain.”
https://www.instagram.com/p/BC-jNORI8Xu/
Dalam Sukan SEA di Singapura yang lepas, Faiq mengetuai pasukan Brunei yang tewas semua perlawanan kumpulan B yang turut disertai oleh Malaysia, Thailand, Vietnam, Laos dan Timor Leste.
Ketika menentang Malaysia, Brunei tewas 0-2. Gol Malaysia dijaringkan oleh Nurridzuan Abu Hassan dan Adam Nor Azlin.
Baca juga: Mohammed Salim: Pemain India Pertama Yang Bermain Di Eropah, Dengan Berkaki Ayam