Penyokong PSV Beramai-ramai Hina Peminta Sedekah Madrid Sebelum Perlawanan Champions League

Ini perangai yang sangat memalukan.

Akhbar Sepanyol, AS semalam melaporkan kejadian memalukan itu apabila sekumpulan penyokong PSV Eindhoven membaling duit syiling ke tanah untuk dikutip oleh peminta sedekah di Plaza Mayor yang terletak di bandar Madrid.

Semuanya bermula apabila sekumpulan wanita peminta sedekah menghampiri kumpulan penyokong kelab Belanda itu.

Ketika itu, penyokong PSV sedang menunggu perlawanan Champions League antara pasukan mereka dengan Atletico Madrid awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Apa yang lebih memalukan, ada sekumpulan penyokong PSV di media sosial mempertahankan tindakan tersebut atas alasan ‘orang Gipsi memang layak diperlakukan sebegitu’.

Selain itu, penyokong PSV juga bertanggungjawab meninggalkan Plaza Mayor dalam keadaan seperti dalam gambar di bawah.

CdmiWWsWAAA6qQW

Siapa orang Gipsi?

Untuk pengetahuan anda, orang Gipsi adalah kumpulan minoriti pendatang Eropah yang berasal utara India. Mereka berhijrah dari utara India ke Eropah seawal abad ke-14.

Bagaimanapun orang Eropah memanggil mereka ‘orang Gipsi‘ kerana menyangka mereka berasal dari Mesir.

Di Eropah, orang Gipsi dikaitkan dengan kemiskinan. Disebabkan itu, mereka sering dilihat meminta sedekah di bandar-bandar besar Eropah dan ada juga yang beralih kepada jenayah untuk menyara hidup keluarga mereka.

Disebabkan penglibatan mereka dalam kegiatan meminta sedekah dan jenayah, orang Gipsi sering dipandang jelik oleh orang Eropah terutamanya di Itali dan Belanda.

Dikecam Bojan

Berita kelakuan penyokong PSV itu juga mendapat kecaman dari orang ramai yang menuduh penyokong PSV bersikap racist. Termasuklah penyerang Stoke City, Bojan.

Dalam tweet yang ditulisnya, Bojan memanggil penyokong PSV tersebut sebagai ‘bukan peminat bola sepak yang sebenar’.

Dalam perlawanan tersebut, Atletico Madrid mara ke pusingan suku akhir Champions League.

Mereka menewaskan PSV 8-7 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0 secara agregat.

Baca juga: Ajax Amsterdam Tutup Kawasan Tempat Duduk Penyokong Lawan, Beri Mereka VIP Box Terus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN