Anak perempuan kepada pemilik Valencia CF Peter Lim pernah meluahkan kekesalan dan tidak faham mengapa penyokong Valencia CF menyelar ayah dan keluarganya atas apa yang berlaku di kelab itu.
Kim Lim, berusia 29 tahun adalah anak kepada usahawan Singapura, Peter Lim yang memiliki kelab La Liga, Valencia CF.
Melalui satu muat naik di laman Instagram Story beliau pada tahun lalu, Kim Lim dipetik sebagai berkata:
“Lagi sekali. Sebahagian penyokong Valencia CF marah dan memaki keluarga saya,” ujar Kim Lim.
Kim Lim poniendo esto en su Instagram… En fin. pic.twitter.com/qQXbuwm09B
— LeChuck (@LeChuckVCF) July 2, 2020
“Tidakkah mereka faham? Kelab bola sepak ini adalah milik kami dan kami berhak melakukan apa sahaja yang kami mahukan pada kelab tanpa sesiapa yang lain berhak berkata apa-apa.”
Pada ketika itu Los Che baharu sahaja memecat Albert Celades selepas tewas 2-0 kepada Villareal dan nasib pasukan tersebut turut tidak berubah pada perlawanan seterusnya apabila tewas pila kepada Athletic Bilbao.
Hubungan Lim dengan penyokong sebenarnya mulai retak apabila pada 2014 beliau membeli sehingga 70% daripada saham kelab. Ketika itu, Lim dirasakan menggunakan taktik licik untuk memujuk beberapa pemegang saham menjual pemilikan mereka kepada beliau.
Selepas itu, amarah para penyokong agak reda selepas Lim menunjukkan kesungguhan beliau berbelanja untuk kelab.
Namun kemarahan penyokong kembali memuncak apabila Peter Lim memecat pengurus kelab, Marcelino – pengurus sebelum Celades.
Para penyokong mendengar rintihan Marcelino yang menyatakan beliau masih mahu membimbing kelab itu.
Peter Lim GO HOME! #LimGoHome pic.twitter.com/LGWbeCfNng
— #FreePalestine (@badereddinbouk) September 14, 2019
Penyokong marah kerana Marcelino mengembalikan semula Valencia ke UCL dan pada masa yang sama membantu kelab itu memenangi piala domestik Copa Del Rey.
Marcelino memberitahu wartawan sebelum ini: “Tidak pasti apa sebab saya dipecat. Mungkin kerana saya membantu kelab ini memenangi Copa Del Rey.”
Beberapa minggu sebelum itu Peter Lim memberikan jaminan bahawa Marcelino akan kekal bersama Valencia dan mendapat sokongan daripada beliau.
Perkara itu diluahkan sendiri oleh Marcelino kepada wartawan. Namun, tak sampai 24 jam daripada kenyataan Marcelino itu, beliau dipecat, dan digantikan dengan Albert Celades – pembantu Marcelino.
Para penyokong tidak suka dengan layanan Peter Lim terhadap Marcelino dan mahukan Peter Lim segera berambus. Di media sosial mereka menggunakan tanda pagar #LimGoHome.
SOÑAR QUE NO TENEMOS DUEÑO. #LimGoHome #AnilCanallaFueraDeMestalla pic.twitter.com/j1PZsclLY1
— 🅼🅸🅶🆄🅴 (@Miguevcf) September 14, 2019
Musim panas lalu, suhu panas di Mestalla kembali memuncak selepas perubahan besar terhadap barisan pemain dan jurulatih yang dilakukan pada musim panas lalu.
Penghijrahan bekas kapten kelab Dani Parejo dan Francis Coquelin ke Villareal, selain Ferran Torres ke Manchester Citu dan Rodrigo Moreno ke Leeds selepas pemecatan mengejutkan Marcelino pada September 2019 dipercayai sebagai punca kemerosotan kelab tersebut.
Keputusan membenarkan Cristiano Piccini ke Atalanta secara pinjaman dan kegagalan kelab melajutkan kontrak Ezequeil Garay, dan Jaume Costa serta Alessandro Florenzi secara pinjaman turut tidak membantu situasi di dalam pasukan.
Terbaru pemilik kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail (TMJ) diura-urakan bakal mengambil alih kelab Sepanyol, Valencia.
El príncipe de Johor ya habla abiertamente de su llegada al Valencia: "No cambiaré el escudo o la tradición del club" https://t.co/VNMa07vuZX
— MARCA (@marca) March 2, 2021
Menerusi Story dalam akaun Instagram miliknya, TMJ seolah-oleh memberi beberapa petunjuk yang beliau mahukan cabaran baharu sambil menunjukkan beberapa imej yang memaparkan nilai ekonomi kelab La Liga berkenaan.
Kemungkinan itu tidak boleh disangkal mengambil kira pemilik Valencia, Peter Lim adalah merupakan ahli perniagaan dari Singapura yang mempunyai hubungan baik dengan TMJ.
Ini bukan kali pertama TMJ dikaitkan dengan pemilikan kelab La Liga itu. Kali pertama timbul spekulasi TMJ berminat untuk menjadikan Valencia sebahagian daripada empayar bola sepaknya adalah pada 2019 di mana beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Peter Lim di sebuah restoran terkemuka di Turin.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Valencia:
Valencia CF Gelakkan DC Comics Yang Mahu Menyaman Mereka Kerana Logo Kelawar
Gary Neville Mengaku Pengalaman Valencia Perit Baginya, Tak Mahu Jadi Jurulatih Lagi
Gary Neville Mengaku Pengalaman Valencia Perit Baginya, Tak Mahu Jadi Jurulatih Lagi