Anak Patrick Kluivert Jaringkan Gol Pertama Pada Penampilan Sulung Bersama Akademi Barcelona

Patrick Kluivert

‘Bapa borek, anak rintik’ mungkin ini antara peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan keupayaan Shane Kluivert yang berjaya menghasilkan jaringan menarik ketika membuat debut bersama pasukan Akademi Barcelona. Shane merupakan anak kepada legenda Belanda yang pernah menempa nama di Barcelona, Patrick Kluivert.

Shane begitu terkesan dengan aura bapanya apabila turut beraksi di posisi penyerang dan mengenakan jersi nombor 9 yang turut menjadi nombor pilihan buat Patrick Kluivert ketika bersama Barcelona.

Kanak-kanak itu baru sahaja menyertai Akademi Barcelona pada musim panas ini setelah berpindah dari Paris Saint-Germain yang mengikuti jejak langkah bapanya yang turut sudah meninggalkan tugasannya sebagai Pengarah Bola Sepak kelab Perancis berkenaan.

Shane Kluivert membuat kemunculan sulung bersama pasukan barunya pada hujung minggu lalu dan berjaya menjaringkan gol yang dirakamkan oleh bapanya.

Walaupun Shane baru berusia 9 tahun tetapi sudah mempunyai kontrak pengiklanan dengan Nike. Tubuh badannya yang sedikit kecil berbanding pemain lain tidak membataskan aksinya di padang apabila dia berjaya memperagakan aksi mengkagumkan untuk menyudahkan rembatan cantik hasil hantaran rendah yang diterima.

Setelah membuat satu sentuhan, Shane Kluivert melencongkan bola ke sudut sukar sekaligus berjaya menewaskan penjaga gol lawan.

Dia sudah tahu cara bagaimana untuk meraikan jaringan tersebut apabila menunjukkan kearah bapanya dan berlari untuk memeluk Patrick yang berada di tepi padang.

Kluivert yang gembira dengan jaringan tersebut telah memuatnaik video itu ke akaun Instagramnya, dan meletakkan ‘caption’ : ‘Momen khas untuk saya hari ini #prouddad.’

Nampaknya Patrick Kluivert, pemenang Liga Juara-Juara Eropah bersama Ajax Amsterdam pada tahun 1995 telah menurunkan sentuhannya kepada anak-anaknya.

Selain Shane, salah seorang anak lelakinya, Justin juga telah membuat debutnya untuk pasukan senior Ajax musim lepas dan telah mewakili Belanda pada peringkat bawah 18 tahun.

 

Sumber :

Daily Mail (2017) http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4850236/Patrick-Kluivert-celebrates-son-scoring-Barcelona.html

Kredit foto : Soccerex

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN