Anak Muda 23 Tahun Jadi Pemegang Saham KL City

Kuala Lumpur City (KL City) kini mempunyai pemegang saham yang baharu selepas seorang pemuda berusia 23 tahun sah mengikat kerjasama bersama-sama mereka.

Noor Azri Noor Azerai yang merupakan Presiden Rinani Group Berhad memilih KL City sebagai pasukan untuk beliau bekerjasama selepas melihat potensi yang ada pasa kelab ibu kota itu.

Menurut Flash Sukan, Azri memilih KL City kerana keteguhan yang ada pada kelab tersebut dengan diketuai oleh Stanley Bernard.

“Kuala Lumpur City dipilih kerana ia adalah kelab ibu kota Malaysia dengan rekod yang baik dan mereka mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif yang juga bekas pemain bola sepak yang memahami tentang sinergi bisnes dan bola sepak selain syarikat kami yang berpangkalan di Lembah Klang.

“Selain itu saya juga memberikan kredit kepada DNA dan sikap yang disemai dan ditunjukkan oleh Stanley Bernard dan ketua jurulatih Bojan Hodak,” kata Azri.

Azri bersama Rinani mengikat kerjasama bersama-sama KL City ketika rehat separuh masa sewaktu Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada 4 Februari lalu.

Majlis memeterai perjanjian itu diadakan bersama-sama Presiden KLFA, Khalid Samad yang mewakili skuad Warga Kota.

Peristiwa ini nyata memberikan nafas baharu kepada bola sepak Malaysia dengan penglibatan lebih banyak syarikat swasta dalam melabur kepada bola sepak Malaysia.

Ditambah dengan penglibatan Azri yang di usia 23 tahun dijangka akan menarik lebih ramai warga muda untuk terlibat dengan Liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN