Anak Mendiang Jose Antonio Reyes Bakal Sertai Akademi Real Madrid

Anak kepada bekas kapten Sevilla, Jose Antonio Reyes akan menyertai akademi bola sepak Real Madrid mulai musim hadapan.

Jose Antonio Reyes Lopez akan menyertai skuad remaja Real Madrid selepas cemerlang bersama Leganes – sebuah kelab yang terletak di selatan ibu kota Sepanyol itu.

Laporan media di Sepanyol berkata perkara tersebut adalah hasil inisiatif Presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Reyes Lopez adalah penjaring terbanyak untuk Leganes dalam satu kejohanan peringkat kebangsaan yang diadakan di Ciudad Real (pusat latihan Real Madrid) pada awal musim ini. Pemain remaja ini disifatkan sebagai pemain yang mempunyai masa hadapan cerah di dalam bola sepak.

Reyes Lopez turut menghadiri majlis pengebumian ayahnya yang maut pada usia 35 tahun, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.

LONDON – AUGUST 22: (L-R) Arsenal players Gilberto, Robert Pires, Ashley Cole and Jose Antonio Reyes celebrate Pires’ goal during the Barclays Premiership match between Arsenal and Middlesbrough at Highbury on August 22, 2004 in London. (Photo by Phil Cole/Getty Images) *** Local Caption *** Gilberto;Robert Pires;Ashley Cole;Jose Antonio Reyes

Karier bola sepak Reyes termasuklah tempoh selama lapan tahun bersama Sevilla, sebelum turut pernah menyarung jersi Atletico dan juga Real Madrid.

Dikenali sebagai seorang pemain sayap yang lincah, Reyes juga merupakan salah seorang anggota skuad Arsenal yang muncul juara tanpa tewas pada musim 2003-04.

Bersama Sepanyol, Reyes tampil dalam 21 perlawanan dan menjaringkan 4 gol untuk negaranya diantara tahun 2003 sehingga 2006.

Kini Reyes Lopez berpeluang untuk mengikuti jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional sekiranya terus tekun berusaha bersama Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN