AmTuah Kecewa Pihak Penganjur Diam Pasal Hadiah Kemenangan RM1 Juta

Pemain e-sukan negara, AmTuah kecewa dengan sikap penganjur AGES 2016 yang masih membisu tentang hadiah kemenangan RM1 juta.

Dalam satu kenyataan AmTuah pada petang tadi menerusi lama sosial beliau, beliau menulis:

“Assalamualaikum dan hai semua. Mesti semua masih kabur tentang AGES 2016 kan ?”

“Untuk pengetahuan semua, pihak penganjur AGES 2016 telah lama menghilangkan diri. “

“Sudah banyak kali pihak pemenang cuba mendapatkan duit pemenang kami sebanyak RM 1 juta tetapi pihak Platinum Eden masih membisukan diri.”

“Pengasas Platinum eden ini ialah Taqiudin bin Tan Sri Halim Saad.

“Duit gaji untuk tenaga kerja seperti marshall, caster dan lain lain juga masih belum diselesaikan.”
 
“Saya minta jasa baik semua untuk viralkan benda ni. Sudah lama kita besabar dan memberi peluang kepada platinum eden ni.”

“Saya mewakili pihak semua pemenang untuk viralkan perkara ni. Mohon jasa baik JomGaming , Gamer Malaya Harian Metro Stadium Astro @ Arena 801Astro AWANI Semuanya BOLA The Sukan dan juga pihak pihak lain.

“Dalam bulatan tu la muka taqiudin yang janji nak bayar tapi menghilangkan diri.”

Kami menghubungi AmTuah sebentar tadi dan beliau memberikan beberapa maklumat tambahan.

Untuk pengetahuan semua, hadiah RM1 juta ini adalah hadiah terkumpul yang dimenangi oleh kesemua pemenang.

Mereka terdiri daripada pemenang dalam kategori FIFA, Dota , dan CSGo. Mereka semua masih tidak mendapat hadiah yang telah dijanjikan.

Untuk FIFA, ia adalah hadiah individu manakala untuk CSGo dan Dota pula secara berpasukan. Ini adalah senarai pemenang.

Untuk yang di kolum Malaysia Open dan Universities Open adalah pusingan kelayakan.  Senarai pemenang adalah pada kolum Grand Final seperti di atas.

Kami berharap pihak yang terlibat menyelesaikan isu ini segera.

Baca juga: AmTuah Umum Keluar Persaraan, Kembali Jadi Pemain E-Sukan Negara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN