Amirul Hisyam Antara Bintang Tempatan Paling Cemerlang Bersama Kedah Musim 2023

Prestasi pemain tengah berkaliber Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Amirul Hisyam Bin Awanh Kechik jelas sangat menonjol pada musim ini selepas sedikit suram pada tahun-tahun lalu.

Nama Amirul sebenarnya begitu gah ketika bersama Kedah pada awal penampilan beliau sewaktu berada bawah kendalian bekas pengendali, Tan Cheng Hoe.

Bergandingan bersama Sandro Mendonca serta Liridon Krasniqi ketika itu, prestasi Kedah boleh dianggap sangat memuncak terutama sekali ketika membabitkan penguasaan bola di posisi tengah.

Selepas itu, Amirul dilihat sedikit sukar untuk menyesuaikan diri dengan permainan selepas tampil dengan isu konsistensi serta kerap beraksi di posisi bukan dominan buat beliau.

Beraksi sebagai seorang pemain tengah bertahan, jelas Amirul menghadapi persaingan sengit sebenarnya musim ini untuk merebut kesebelasan utama bagi menonjolkan dirinya.

Apatah lagi, Kedah turut menandatangani dua pemain import di posisi tengah musim bagi 2023 iaitu Amirbek Juraboev serta Moses Atede untuk memberi persaingan buat Amirul.

Namun, Nafuzi jelas lebih mengenali pemain tengah tersebut selepas beliau tampil dengan begitu baik dan prestasi Amirul jelas lebih meningkat ketika di atas padang.

Musim ini menyaksikan Amirul telah pun beraksi sebanyak 13 perlawanan secara keseluruhan dengan 11 kali bermula dalam posisi kesebelasan utama.

Malah, Amirul juga memainkan peranan cukup penting pada perlawanan lalu ketika membabitkan Sang Kenari bertemu Selangor dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman (SDA).

Impak pemain ini cukup besar pada perlawanan tersebut, selepas gandingan Amirul bersama Moses Atede menyukarkan pasukan pelawat terutama di separuh masa pertama untuk menguasai bola di bahagian tengah.

Pemain ini juga mempamerkan ‘work rate’ yang sangat tinggi selepas beliau begitu rajin untuk membantu posisi pertahanan serta serangan Sang Kenari mengikut situasi diperlukan.

Suatu peningkatan paling ketara dipamerkan Amirul ketika ini apabila beliau juga memperbaiki teknik sepakan lebih baik pada perlawanan tersebut untuk menguji Sam Somerville.

Ketika pemain tengah negara kini semakin ramai diperkenalkan untuk mewakili pasukan kebangsaan, Amirul juga dilihat mempunyai potensi tersendiri untuk melayakkan dirinya bersama Harimau Malaya.

Apapun, pemain berusia 28 tahun ini perlu kekal konsisten bersama Nafuzi dan terus memberi sumbangan besar khususnya buat jentera tengah Kedah untuk kembali berpengaruh serta melayakkan diri ke pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN