Pemain Muda Malaysia Dituduh Hina Indonesia Oleh Media Di Sana

Ah, satu lagi kontroversi bakal berlaku melibatkan Malaysia dan Indonesia.

Pemain skuad B-16 Malaysia iaitu Amirul Ashrafiq Hanifah telah pun menjadi subjek kepada serangan oleh media Indonesia kerana kesilapan beliau di Instagram.

Gambar: Instagram Amirul Ashrafiq Hanifah (@amirulash9)

Beliau yang bersama-sama skuad B-16 Malaysia ketika ini sedang berada di Indonesia bagi kejohanan Piala AFF B-16.

Menurut laporan IndoSport, pemain muda negara itu dikatakan telah menghina Indonesia di laman Instagram Story miliknya.

Dalam kemas kini Instagram Story beliau, Amirul telah menyiarkan bendera Poland dan bukannya bendara Indonesia dalam ucapan beliau sebelum ke negara tersebut.

“AFF B-16 doakan kami berjaya. (bendera Malaysia)”

“Berlepas ke (bendera Poland)”

Gambar: Instagram Amirul Ashrafiq Hanifah (@amirulash9)

Tindakan Amirul itu telah membuatkan pihak IndoSport mengeluarkan artikel dengan tajuk, “Jelang Piala AFF U-16 2018, Pemain Malaysia Lecehkan Bendera Indonesia.”

Ia membawa maksud “Menjelang Piala AFF B-16 2018, Pemain Malaysia Hina Bendera Indonesia,” dalam bahasa kebangsaan kita.

Amirul barang kali telah melakukan kesilapan dalam kemas kini beliau, namun kesilapan yang dilakukan beliau ini jelas tidak dapat diterima oleh media Indonesia di sana.

Hal ini berkemungkinan mereka masih lagi terluka dengan kesilapan Malaysia yang mencetak bendera Indonesia secara terbalik ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Malaysia kini di Indonesia untuk cuba mengulangi kejayaan yang dicipta oleh skuad B-19 yang menjuarai kejuaraan Piala AFF di sana.

Mereka bakal bertemu Brunei, Singapura dan Laos pada aksi kumpulan B yang bermula pada 3 Ogos ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN