Amirul Ashrafiq Dan Skuad B-16 Tahun Negara Diberikan Jaminan Keselamatan Di Surabaya

Amirul

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) telah memberikan jaminan keselamatan terhadap keselamatan buat Amirul Ashrafiq Hanifah dan skuad B-16 tahun kebangsaan di Surabaya, Indonesia.

Keadaan menjadi semakin tegang selepas pelbagai ugutan telah dilemparkan kepada pemain muda negara itu berikutan kesilapan yang dilakukan di instastory miliknya.

Amirul kemudiannya telah membuat permohonan maaf di akaun instagram yang mengakui kesilapan dilakukan.

Sehubungan dengan ancaman yang diterima, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah menghubungi Naib Presiden PSSI, Joko Driyono serta Setiausaha Agung, Ratu Tisha Destria.

Setiausaha Agung AFF, Dato’ Sri Azzuddin Ahmad turut dihubungi bagi membincangkan isu yang boleh dikatakan agak serius ini kerana ia melibatkan ancaman terhadap keselamatan pemain serta pasukan negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FAM menerusi Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam, ketiga-tiga individu penting tersebut telah berjanji bahawa Indonesia selaku tuan rumah manakala AFF sebagai penganjur akan memastikan keselamatan Amirul, para pemain lain serta pegawai skuad negara akan terjamin sepenuhnya sepanjang berada di Surabaya.

Dalam pada itu, AFF dan PSSI turut mengharapkan agar skuad kebangsaan tidak terlalu risau dengan ugutan yang diberikan pihak tidak bertanggungjawab setelah tahap keselamatan telah dipertingkatkan.

Diharapkan dengan jaminan keselamatan yang telah diberikan ini dapat meningkatkan moral para pemain yang sudah pasti sedikit terjejas dengan masalah yang sedang dihadapi.

Mereka juga perlu kekal fokus bagi memburu kejuaraan sekaligus mengikuti jejak langkah skuad B-19 tahun yang menjuarai kejuaraan AFF tempoh hari.

Foto: FAM

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN