Khidmat Robert Lewandowski Masih Ditagih Bayern Munich

Lewandowski

Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac menolak kemungkinan penyerang utama, Robert Lewandowski akan meninggalkan kelab Bavaria tersebut dan menjelaskan penyerang antarabangsa Poland itu akan kekal di Allianz Arena.

Lewandowski dikhabarkan menjadi sasaran utama gergasi Sepanyol, Real Madrid pada jendela perpindahan kali ini.

Borussia Dortmund juga dikatakan berminat untuk membawa kembali penyerang tersebut kembali ke kelab seteru Bayern Munich itu dengan yuran bernilai €100 juta.

Di sebalik minat yang ditunjukkan kedua-dua kelab, Kovac jelas tidak mahu kehilangan penyerang prolifik itu.

SEVILLE, SPAIN – APRIL 03: Robert Lewandowski of Bayern Muenchen celebrates his sides first goal during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Sevilla FC and Bayern Muenchen at Estadio Ramon Sanchez Pizjuan on April 3, 2018 in Seville, Spain. (Photo by Adam Pretty/Getty Images)

”Tidak ada yang baru mengenai Robert (Lewandowski), ia jelas yang dia tidak akan meninggalkan kelab kerana kami mempunyai penyerang utama dan kami pasti tidak akan melepaskannya.”

”Kami mahu mengecapi banyak perkara bersamanya. Dia merupakan pemain bola sepak hebat, yang menikmati banyak kejayaan dalam saingan Bundesliga.”

”Dia menjaringkan banyak gol dan sekarang di musim baharu dia akan terus menjaringkan banyak gol.”

”Robert masih mempunyai baki kontrak, saya tidak tahu berapa panjang dan dia akan kekal seberapa lama yang boleh di sini.”

Di samping membantu Bayern Munich menjuarai saingan Bundesliga 2017/18, Robert Lewandowski berjaya memenangi anugerah kasut emas selepas menyumbat 29 jaringan sepanjang musim.

 

Leave a Reply