Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memberikan mesej jelas kepada 2 pasukan kelab di negeri itu untuk tidak lagi bergantung harap kepada dana kerajaan lagi.
Menurut laporan Berita Harian, Amirudin yang pernah menjadi pengurus pasukan Selangor satu ketika dahulu memberi bayangan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menarik balik segala tajaan.
Amirudin berkata demikian kerana beliau mahu ketiga-tiga pasukan ini bergerak dengan sendirinya dari segi pendapatan.
“Harus diingat, 2 pasukan berstatus kelab di negeri ini beraksi hasil bantuan dari dana kerajaan negeri.”
“Mereka perlu ada pelan jangka panjang seperti pelan 5 tahun mengenai cara mereka dalam memperoleh pendapatan sendiri untuk pasukan.”
Terdahulu, Amirudin mengatakan yang kerajaan negeri akan mewujudkan pasukan pembangunan atau feeder team yang akan digunakan untuk pasukan Selangor FA.
Sekiranya perancangan itu terlaksana, kerajaan negeri jangka akan memilih sama ada PKNS FC atau pun Selangor United sebagai ‘korban’ untuk dijadikan sebagai pasukan pembangunan.
Kata Menteri Besar Selangor lagi, keputusan itu dijangka akan dibuat pada akhir tahun ini.
“Kami akan buat keputusan mengenai pasukan pembangunan ini pada akhir tahun nanti.”
Untuk rekod, Selangor FA dan PKNS FC diberikan dana sebanyak RM15 juta setiap entiti oleh kerajaan negeri pada musim ini.
Untuk Selangor United pula, mereka diberikan dana sebanyak maksima 4 juta untuk bersaing dalam saingan Lig Premier.