AMD Mahu Hasilkan Pemain Lebih Baik Dari Luqman Hakim

Bagi penyokong bola sepak Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), sebuah pusat latihan beprestasi tinggi untuk melahirkan bakat-bakat muda yang dikumpul dari seluruh negara.

Selepas berjaya menghasilkan generasi pertama yang terdiri daripada beberapa pemain muda handalan seperti Luqman Hakim Shamsudin, Umar Hakeem suhar dan Harith Haiqal, AMD tidak mahu sekadar berpuas hati dengan apa yang sudah mereka capai ketika ini.

Apatah lagi akademi elit bola sepak negara itu sebenarnya mempunyai ramai pemain berbakat besar yang mampu digilap untuk menjadi pemain profesional pada satu hari nanti.

Memetik laporan Berita Harian, Pengurus Besar AMD, Muhamad Yusuf Ibrahim berkata, dengan fasiliti dan perancangan yang tersusun, mereka telah memasang impian untuk melahirkan pemain yang lebih baik berbanding Luqman Hakim.

Beliau mengakui pemain-pemain generasi pertama itu telah menjadi penanda aras terhadap kualiti produk yang dikeluarkan oleh akademi itu dan menjadi tugas mereka untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Setiap tahun memang ada pemain yang berpotensi di mana saya lihat bagi setiap kelompok pemain itu, ada dua atau tiga pemain yang saya yakin mampu pergi lebih jauh.

“Berdasarkan saingan Piala Supermokh 2019 ini pun, kita boleh nampak perkembangan positif yang ditunjukkan pemain kita. Kita tengok mereka bertambah baik namun siapa yang dapat memenuhi kemuncak potensinya, ,kita tunggu dan lihat.

“Luqman dan rakan mereka meletakkan standard yang perlu kita atasi. Kita perlu bekerja keras untuk melepasi standard itu. Dengan adanya pengarah baru, kita mahu lebih daripada itu. Cita cita saya adalah untuk lahirkan pemain yang bukan hanya setara dengan Luqman tetapi lebih baik daripada dia,” katanya lagi.

Tambah Yusuf lagi, selain daripada membangunkan pelatih, AMD juga perlu mengukuhkan jemana AMD supaya ianya lebih dikenali di pentas antarabangsa.

“Kita perlu naikkan jenama AMD dan Malaysia supaya reputasi kita lebih meningkat dan dunia antarabangsa kenal apa itu AMD. Ini adalah satu proses yang panjang dan kita perlu bersabar.

“Malah apabila kita menghantar jemputan untuk kejohanan bola sepak sekalipun, tidak ramai yang begitu mengenali kita dan juga bola sepak Malaysia. Jadi kita perlu pergi selangkah demi selangkah dan kita akan meneruskan projek di bawah AMD dan juga NFDP.”

https://twitter.com/NFDPOfficial/status/1182596550368747520?s=20

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini mahu NFDP melahirkan lebih ramai pemain seperti Luqman Hakim.

Ia berikutan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberikan peruntukan sebanyak RM45 juta yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lepas.

“Saya sangat gembira kerana ini adalah perkara yang lama kita perjuangkan berkenaan NFDP. Pada awal (menjadi Menteri Belia dan Sukan), dana khas yg diperuntukkan buat NFDP adalah RM3.5 juta kemudian dinaikkan ke RM15 juta dan sekarang untuk tahun depan kita naikkan kepada rm45 juta – tiga kali peningkatan daripada Belanjawan 2019,” kata Syed Saddiq.

“Ini akan memberikan impak kepada lebih 80,000 anak muda khususnya di luar bandar untuk dimasukkan ke dalam ekosistem bola sepak bagi melahirkan lebih ramai anak muda seperti Luqman…Kita nak lahirkan lebih ramai Luqman, jadi kita perlukan lebih banyak pelaburan besar dan pelaburan strategik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN