Syarikat media bola sepak yang berpangkalan di Berlin, Jerman, OneFootball dilaporkan telah mengambil alih sepenuhnya platform kandungan bola sepak, Dugout bagi membentuk perniagaan media bola sepak digital terbesar di dunia.
Pengambilalihan tersebut bakal menawarkan streaming perlawanan yang disediakan dengan internet berkelajuan tinggi, sorotan perlawanan, di sebalik tabir, arkib kandungan video, berita, keputusan serta statistik perlawanan.
Ini juga bermakna, pemegang saham OneFootball akan merangkumi kelab-kelab yang bertanggungjawab menjadi pengasas kepada Dugout dan memiliki pegangan saham seperti Arsenal, Barcelona, Bayern Munich, Chelsea, Juventus, Liverpool, Manchester City, Paris Saint-Germain, Real Madrid serta pemegang sahaja terbaharu, Olympique de Marseille.
Ia juga dapat mempertingkatkan lagi rangkaian 110 penerbit premium Dugout di mana telah menggamit lebih dari 85 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.
Sehubungan dengan itu, OneFootball menegaskan pengambilalihan ini membawa maksud kelab, liga dan badan bola sepak akan mendapat manfaat daripada peningkatan peminat global, pandangan dari segi data dan pemahaman yang lebih baik tentang penglibatan peminat mereka di medium media digital.
Manakala, peminat pula bakal menikmati kelebihan dari segi kemudahan akses dan fleksibel, akses pantas untuk mendapatkan isi kandungan asli seperti siaran langsung, arkib rakaman, berita terkini, keputusan, analisis dan banyak lagi.
”Bola sepak akan menjadi lebih mudah untuk diakses oleh lebih ramai penyokong di seluruh dunia, dia mana sahaja, bila-bila masa sahaja, sebagai pengalaman peribadi,” ujar OneFootball menurut satu kenyataan ringkas dikeluarkan di Broadcast Sport.
Semuanya BOLA juga tidak terkecuali daripada turut menjalinkan kerjasama dengan Dugout sehingga ke hari ini di mana kami memaparkan video-video yang dikeluarkan oleh platform terkenal tersebut pada setiap artikel.
Kredit featured image: Broadcast Sport
Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak di seluruh dunia:
Pengurus Pahang Dedahkan Sebab Kelewatan Gaji Mohamadou Sumareh
Dianggap Miliki ‘Magis’, Ini Antara Sebab West Brom Pilih Sam Allardyce