Ibrahimovic Beri Amaran Agar Manchester United Mampu Menandingi Cita-Cita Beliau

Zlatan Ibrahimovic memberikan amaran kepada Manchester United bahawa beliau datang ke Old Trafford bukan untuk membuang masa.

Beliau melaungkan amaran di MUTV selepas seri dengan Everton. Ibrahimovic menjaringkan gol penyamaan lewat dalam perlawanan itu.

Beliau mengingatkan agar semua orang di dalam kelab tersebut harus berfikiran lebih besar agar ia sesuai dan mampu menandingi cita-cita Ibrahimovic.

Jika tidak, beliau akan angkat kaki dari Old Trafford pada musim hadapan. Destinasi pilihan beliau mungkin LA Galaxy ataupun Napoli.

Buat masa ini, Ibrahimovic masih belum menandatangani kontrak lanjutan di United. Beliau menunggu sehingga akhir musim ini.

Ibrahimovic yakin beliau masih ada sentuhan tajam pada usia beliau 35 tahun. Dengan berita United berusaha mendapatkan Griezmann, ia antara faktor yang akan dipertimbangkan oleh Ibrahimovic.

Beliau mahu melihat perancangan kelab ini untuk musim hadapan dan adakah beliau sesuai dengan perancangan mereka dan sebaliknya. Ini pandangan beliau:

“Saya sekarang sudah berumur 35 tahun. Banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Ia tidak sama dengan ketika saya berusia 20 tahun. Di mana saya boleh berkata, ok saya ada 5 atau 10 tahun lagi dalam karier saya.”

“Kini saya cuma ada 1, 2 atau 3 tahun dalam karier saya. Jadi, dalam peringkat ini, amat penting untuk saya tahu apa yang saya inginkan dan apa yang kelab mahukan serta apa visi kelab.”

“Sejak hari pertama lagi saya sudah memberitahu kelab ini bahawa saya datang ke sini bukan untuk membuang masa. Saya ke sini untuk menang sesuatu.”

“Jika kelab mahu menang lebih besar, anda harus mencipta sesuatu yang lebih besar.”

“Saya sentiasa mahu berkomunikasi dengan kelab. Saya akan meluahkan apa yang saya rasa, kelab juga boleh meluahkan apa yang mereka nak cakap kepada saya. Saya sangat terbuka.”

“Saya datang ke sini walaupun saya tahu di sini tidak ada malam Champions League. Saya datang ke dalam pasukan yang ada sebelum ini, pasukan yang bukan pilihan untuk juara. Tetapi saya masih mahu datang ke sini.”

“Kenapa? Sebab saya mahu membantu. Saya datang untuk melakukan apa yang saya mampu. Cuba menjadikan pasukan ini lebih baik.”

“Membantu pasukan ini naik supaya berada di paras lebih tinggi. Jadi, sama-sama kita tunggu apa yang akan berlaku selepas ini.”

“Semua orang harus realistik. Kami telah berusaha sekeras yang mungkin. Masih ada 2 bulan lagi. Banyak perkara boleh berlaku.”

“Sudah pastinya kami mahu menang semua perlawanan. Namun lebih baik banyak seri berbanding dengan banyak kalah.”

“Apa yang ada sekarang, itulah dia. Jika kami pasukan yang terbaik, sudah pastinya kami no.1 di carta liga pada hari ini.”

Baca juga: Kedah FA: “Kami Bersedia Berunding Dengan FAM Mengenai Tan Cheng Hoe”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN