Amaran Kedua Tebas Untuk PSG, Jangan Cuba Mencabar La Liga!

Presiden La Liga, Javier Tebas memberikan amaran kedua kepada PSG untuk tidak meneruskan hasrat mereka mendapatkan Neymar.

Sebelum ini, kami ada berkongsi artikel tentang amaran Tebas kepada PSG dalam artikel berjudul: Presiden La Liga Mahu Melaporkan PSG Ke UEFA Atas Regulasi FFP.

Tebas memberitahu Marca bahawa, kehilangan Neymar akan memberikan ‘kerosakan’ (damage) kepada La Liga. Tebas menepis dakwaan yang La Liga takut kehilangan Neymar kerana ia bakal menjejaskan publisiti liga tersebut.

Ini akan memberikan impak kepada hak penyiaran dan penajaan.

Tebas mengingatkan semua pihak bahawa publisiti La Liga dan Barcelona jauh lebih besar daripada Neymar. Menurut Tebas, Ronaldo dan Messi adalah 2 pemain yang lebih berpengaruh daripada Neymar dari segi publisiti.

Jadi, beliau tidak mahu dituduh mengeluarkan kenyataan ini kerana takut publisiti La Liga hilang. Namun beliau bercakap atas kapasiti mahukan keadilan kepada kelab Sepanyol. Beliau berkata:

“La Liga dan Barcelona adalah lebih besar daripada Neymar. Saya lebih risau jika Cristiano Ronaldo ataupun Lionel Messi pergi.”

“Namun saya mahukan keadilan dalam FFP ditegakkan. Jika PSG tidak membayar jumlah klausa perlepasan €222 juta sekalipun, mereka tetap melanggar FFP.”

Tebas memaksudkan, sekiranya PSG mendapatkan Neymar pada harga lebih murah. PSG tetap terkait dengan kesalahan FFP.

“Pasti ramai terkejut dan tidak percaya. Negara Qatar telah menyuntik dana kewangan ke dalam kelab tersebut untuk mendapatkan Neymar. Ini telah melanggar FFP.”

Tebas berkata, pihak La Liga tidak akan berdiam diri sekiranya PSG meneruskan usaha untuk mendapatkan Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN